Trip Ke Guangzhou Nov 2018 Guangzhou Cultural Park
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕
HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!!! Cisssss!! apa la ko ni JM ahahahah....marah diri sendirik!! Adeh! Sibokkkkkkkkkkkk! ye ke sibok ke jadi penyebok hahah..nak blogwalking pun tak sempat..Macam mana nak jana income melalui blog ni..nak update blog pun malas..Issskkkk!
ADAKAH KERANA FAKTOR USIA...makin berusia ni makin malas pulak nak menulis. Seronok tengok blog kawan-kawan sentiasa ada cerita baru..
Hari ni mood JM rajin sikit so nak sambung journey story di Guangzhou China. Sambungan dari entri Baiyun & Leather Market
Sebut pasal China ni..satu dunia tahu pasal penderitaan rakyat China yang perlu berdepan dengan serangan Corona Virus atau Covid19 yang mana virus tersebut mula merebak ke beberapa buah negara lain termasuk Malaysia. Bila China dapat serangan 'seperti' ni, ekonomi negara secara tidak langsung amat terjejas begitu juga sektor pelancongan. Tiket penerbangna dijual dengan harga murah tetap tidak mendapat sambutan..tidak berani untuk menempah maut. Duduk la diam-diam kat rumah.
Semoga apa yang terjadi menjadi iktibar, pengajaran dan peringatan kepada semua dan ia adalah 'teguran' bagi mereka yang BERFIKIR. Hanya mampu berdoa agar 'serangan' ini dapat dipulihkan dengan cepat dan semoga wujud kesedaran dikalangan penduduk dunia atas apa yang berlaku itu adalah 'peringatan' dari yang Maha Agung terutama bagi yang beragama Islam.
Jom sambung story trip di Guangzhou
Guangzhou Cultural Park
Tourist Map Of Guangzhou Cultural Park24 Nov 2018 - Hari ke-4 di Guangzhou...hari ni 26 Feb 2020 masih lagi menulis mengenai trip di guangzhou selepas setahun trip ni berlalu.
Masih mencari kekuatan untuk menulis sebagai kenangan untuk diri sendiri..wah!! ayat madah berhelah sangat ko hahaha.
Plan pagi ni kalau ikut iterenary kami nak ke beli GADGET..aksesori handphone, aksesori komputer dan semua aksesori berkaitan la. Dari Malaysia lagi waktu search kat google, ramai yang recommend
New Asia International Electronic & Digital City, nak tahu cite..bila kami sampai sana..Ehh??? ni ke tempat nya..apa ni? macam menipu jek...apa boleh dibeli kat sini..aduh!!! macam buang masa jek pergi sini..FRUST tul...nak tahu kenapa? tunggu JM share next entri. Adehh!!!
Kalau ye pun nak share pasal tempat ni..tulis la detail supaya tak mudah orang tertipu!!! Waktu google dulu semua suggest tempat ni tau...tapi bukan itu yang kami carik!!!
So awal pagi tu keluar hotel, ambil train dari Beijing Lue station stop di Culture Park Station Exit A. Pastikan korang follow Line 6 (subway line warna purple eh).
Keluar sahaja dari Exit ! nanti korang akan nampak tanda jalan macam kat bawah ni XIDI 2 MALU so jalan malu-malu, follow jek arah ke RENMIN NANLU...bukan WAK LU ahahaha.
Iku arah ke kiri - RENMIN NANLUJalan la kami bertiga menyusuri RENMIN NANLU tu..tengok kiri kanan lengang jek jalan..tengok seberang jalan ada banyak jugak kedai jual barang-barang letrik dan aksesori komputer tau, kira kawasan ni mall yang jual perkakasan letrik dan digital..tapi tengok macam tak bukak lagi. Tengok jam kat tangan dah pukul 10.00 pagi. Then jam berapa dorang start berniaga
Kedai bertentangan dengan Building New Asia Digital - Nanfang Building International Electronik & Digital CityDalam 5 min mcm tu berjalan kami pun sampai la depan bangunan New Asia Digital ni, tapi tengok macam tak meriah, pintu utama bukak tetapi bila masuk dalam banyak lago shop lot belum bukak. So, jan berapa dorang bukak...bila tanya orang kat dalam tu dorang cakap jam 11.00 pagi..lagi satu jam nak tunggu, takkan nak patah balik hotel..then mana nak lepas ni??
New Asia International Electronic and Digital City - besar building nya ada beberapa tingkatKami masuk la tengok kat dalam..ada beberapa buah kedai jek baru nak bukak, lelain tuan kedai belum mandi agaknya sebab belum bukakEh tak boleh jadik ni, kalau nak tunggu sini buang sama jek..lagi satu jam kot nak tunggu. Kami decide patah balik ke arah Culture Park Station tu sebab waktu keluar dari Exit A tu ada nampak seperti taman, meriah jugak la..sampai je kat pintu masuk utama tu ada papan tanda "Culture Park"...La kat sini ke Culture Park. Memang ada baca pasal taman ni tapi kami tak plan la nak masuk taman-taman tapi kerana kedai belum bukak kita lepak kat taman ni dulu. Let Go!!
Tak pasti la taman ni ikut musim ke, atau meriah seperti ini tiap-tiap hari tami waktu kami sampai ni memang meriah..bunga sana sini. Masuk PERCUMA!!!Meh la layan gambar bunga-bunga kat taman ni...barulah berbunga-bunga hati tu..terutama Cik Bunga...dia kan suka bunga hihih.
Introduction to park..baca banya kali tapi tak faham-faham sebab bahasa Cina hehehe..baca lah yang bahasa inggeris tu heeBunga apa ni..kekwa ke? siapa tahu?
Zoom sikit!!!Ada rama-rama..ehh kupu kupu :-)Ajin nya dia baca bukuBunga sana sini macam masuk FLORIA pulak tapi masuk FLORIA kena bayar..mahal pulak tuJom kita masuk tengok apa ada kat dalam ni
Ha..tengok puas-puas..cantik kan..tak pasti la berapa lama bunga ni bertahan kesegaran nya..tapi ada je pekerja yang akan siram nantiNak tengok lagi tak???? ada lagi ni heee
Hambek ko..Singa..ehh bukan..Naga..tak buat kamera ko!!Ada air terjun tapi dilarang mandi di sini ye heeeRamai tau..nyonya-nyonya ni datang taman buat tiachi..exercise..dorang memang rajin..pernah nampak tak nenek-nenek kita ke mak-mak kita ke yang berusia 60tahun ke atas tu pergi taman buat acara macam ni..Puteri Hang Li Po ke tu..Tengok jam almost 11.00 pagi, jom la kita tempat yang tak kesampaian tadi. Sebelum keluar nampak tiga orang mamat tengah jual pisang..tak nak la beli..kat Malaysia pun banyak pisang macam-macam jenis ada..hihih..pisang nangka pun ada..ehh pisang ke nangka?.
Jual pisang apa tu bang hihihTill then..jumpa lagi ye dalam next entri..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jarimanistravel.blogspot.com/2020/02/trip-ke-guangzhou-nov-2018-guangzhou.html