Trekking Ke Sky Mirror Pulau Pinang




Kolam kecil tepi laut yang tersembunyi di Gertak Sanggul Pulau Pinang ini menjadi satu tempat menarik bila para pengunjung merakam gambar. Bias bayang di kolam kecil tersebut kelihatan seperti cermin dan sangat memukau. Pengunjung terpaksa trekking sedikit untuk sampai ke tempat tersorok ini. Saya dan seorang teman ke sini dibawa oleh teman lama dan anaknya yang pernah beberapa kali berkunjung ke sini.


Kami sepakat berjumpa di tapak pakir percuma di 0.00 Kilometer Gertak Sanggul di mana trek ke Sky Mirror ini bermula. Sambil bersedia untuk memulakan trekking, saya merakam gambar di pantai berselut tempat para pencari kerang meraih rezeki. Walaupun pantai ini berselut, pemandangan di sini sedikit memukau pandangan saya. Terdapat sebuah tokong dan penginapan Country Home and Cafe berhampiran tempat pakir.


Jam 08:20 pagi, kami berempat memulakan trekking melalui mini tar sehingga ke kawasan perkebunan. Trek landai dan sedikit menaik berselang seli. Kami menyusuri mini tar ini sehingga ke penghujung kenderaan empat roda boleh dilalui. Kemudian trek dalam kawasan kebun buah-buahan mengambil alih. Kami berehat sebentar di atas sebongkah batu besar di dalam kawasan kebun ini sambil merakam gambar.




Trek menyusuri kawasan perkebunan ini agak redup dan terdapat banyak pokok buah pala yang popular di Pulau Pinang sedang berbuah lebat. Kami trekking secara santai sambil bercerita dan bertanya khabar memandangkan kami telah lama tidak bertemu. 



Trek sepanjang perjalanan ditanda jelas di batu-batu tepi jalur. Sampai di dua persimpangan, kami menyusuri jalur kiri dan bawah manakala jalur di sebelah kanan menuju ke Pulau Betong seperti yang tertulis di batu. 



Sampai di hujung kawasan perkebunan, kami memasuki sedikit kawasan hutan sehingga tepi pantai. Turun ke pantai kami di sambut oleh Batu Muka. Bentuk muka manusia di batu tepi laut itu saya rakam setelah Sari selaku penunjuk arah  memberitahu saya.  



Kami berehat sebentar di pantai bersih ini sambil melihat beberapa orang yang sedang memancing. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan memasuki semula ke hutan mengikuti arah trek yang di tanda.

Akhirnya jam 10:00 pagi kami sampai di satu spot yang digelar Sky Mirror. Kolam comel yang tenang itu sangat cantik pada penghayatan saya. Kami merakam gambar semahunya di sini sambil berehat dan bersarapan ringan. Cuaca hari itu sungguh cerah dan hasil gambar yang kami rakam secara bahagia walaupun bukan profesional memuaskan hati kami.








Jam 10:50 kami bergerak pulang melalui jalur kami datang tadi. Kami bertegur sapa sebentar dengan beberapa pemancing ikan di pantai. Jam 11:55 kami sampai semula di kawasan tapak pakir





Sebelum pulang, kami berehat sebentar di tepi laut sambil menikmati ais cream dan melihat pencari kerang sedang mencari hasil. Kami juga merakam gambar di Patung Duyung ala-ala Patung Duyung di Samila Beach Songkla di hadapan tokong
Penunjuk arah: Sari- 013 4287054


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2024/02/trekking-ke-sky-mirror-pulau-pinang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelakon Hong Kong Meraikan Tahun Baru Cina Di Pulau Pinang

Pelakon Hong Kong Meraikan Tahun Baru Cina Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 261 hits
Semasa Tahun Baru Cina ramai rakyat Malaysia pulang ke Pulau Pinang untuk menyambut Tahun Baru Cina sambil mengambil kesempatan cuti hujung minggu yang panjang Malah pelakon dan penerbit filem dari Hong Kong Philip Keung turut menyambut Tah...
Greatech Pm Lawat Rahsia Tersembunyi Teknologi Tinggi Pulau Pinang

Greatech Pm Lawat Rahsia Tersembunyi Teknologi Tinggi Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 430 hits
Rakyat Malaysia mungkin melihat keluar negara apabila membicarakan mengenai teknologi tinggi terkini seperti bateri kereta elektrik Kecerdasan Buatan atau pun panel suria Namun menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin banyak komponen b...
Jadual Waktu Berbuka Puasa Amp Imsak Pulau Pinang Tahun 2024

Jadual Waktu Berbuka Puasa Amp Imsak Pulau Pinang Tahun 2024

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 315 hits
Jadual Waktu berbuka Puasa amp Imsak Pulau Pinang Tahun 2024 KHALIFAH MEDIA NETWORKS Bulan Ramadhan ialah bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam di dunia Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga Semua orang Islam diwajibkan berpuasa di ...
Kenyataan Mufti Pulau Pinang Jangan Politikkan Keputusan

Kenyataan Mufti Pulau Pinang Jangan Politikkan Keputusan

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 360 hits
Mufti Pulau Pinang mengingatkan semua pihak tidak mempolitikkan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019 semalam Menurut Wan Salim Wan Mohd Noor semua pihak perlu menerima ke...
Wanita Oku Cuba Libas Tali Pinggang Tendang Penunggang Lain Di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Wanita Oku Cuba Libas Tali Pinggang Tendang Penunggang Lain Di Jambatan Kedua Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 272 hits
Baru baru ini tular di media sosial berkenaan tentang dua individu yang dipercayai sepasang suami isteri berstatus Orang Kurang Upaya berkelakuan aneh di atas jalan raya apabila mereka bertindak untuk cuba menjatuhkan beberapa penunggang mo...
Makan Malam Di Santai Santai Cafe Batu Ferringhi Pulau Pinang

Makan Malam Di Santai Santai Cafe Batu Ferringhi Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 298 hits
makan tepi pantaiSantai Santai Cafe Batu FerringhiSantai Santai Cafe ni terletak di Batu Ferringhi Pulau Pinang Kalau nak cari Santai Santai Cafe ni korang boleh cari dibelakang hotel Park Royal Aku check in hotel Park Royal ni nak makan ka...
Dinner Di Tunas Bistro Batu Maung Bayan Lepas Pulau Pinang

Dinner Di Tunas Bistro Batu Maung Bayan Lepas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 351 hits
Maafkan la mama yang membuat post basi arini Seperti yang mama pernah cerita sebelum ni Selepas pertama kali dijangkiti Covid19 memang banyak sangat post yang mama tak buat Mungkin sebab badan tak OK kerana long covid waktu tu Mama nbsp Din...
Tendang Penunggang Di Jambatan P Pinang 2 Ditahan

Tendang Penunggang Di Jambatan P Pinang 2 Ditahan

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 229 hits
FMT ReportersTangkap layar video tular menunjukkan tindakan dua suspek menakutkan pengguna jalan raya di Jambatan Pulau Pinang PETALING JAYA Dua termasuk seorang wanita ditahan selepas tular rakaman menunjukkan tindakan mereka menakutkan pe...
Perjuangan Mengantar Logistik Pemilu Ke Pulau Sangkarrang Cuaca Ekstrem Hingga Ombak 4 Meter

Perjuangan Mengantar Logistik Pemilu Ke Pulau Sangkarrang Cuaca Ekstrem Hingga Ombak 4 Meter

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 169 hits
Jumlah logistik yang didistribusikan sebanyak 205 kotak suara dan 51 305 plus dua persen surat suara
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

The Kinetic Harley Davidson Breakout That Wowed At Speed And Crafts

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Ciri Ciri Cetakan Berkualiti Tinggi Yang Meningkatkan Keyakinan Pelanggan

Tak Terjangka

Catatan Hari Keempat Di Tokyo

Qawiy Aro Sembang Belajar South Africa Ke Tebuk Quran Kahwin Cabaran Kebangkitan

Kenapa Kalau Kenyang Mesti Mengantuk