Travelogue Day Trip Skyworlds Theme Park Genting Highland


 Salam to all readers,


| Travelogue: Day Trip SkyWorlds Theme Park, Genting Highland | Memandangkan hujung minggu ini kita bercuti panjang sampai hari Isnin, dapatlah aku curi masa nak update blog. Rasa macam banyak gila rakyat Malaysia ini bercuti tahun ini. Bulan depan cuti raya haji pula. Diam tak diam, dah masuk bulan 6, tinggal 6 bulan sahaja lagi nak masuk tahun baru. Cepat betul rasanya. Rasa banyak benda aku tak archieve lagi. 




So, kalini aku nak kongsikan dengan korang pengalaman aku ke SkyWorlds Theme Park, Genting Highland bersama rakan kerja. Kami buat company trip ke Theme Park Genting Highland. Ikutkan, last aku ke sini ketika usia aku 8 tahun rasanya, waktu tu aku naik dengan mak dengan abah aku sekali. Punyalah excited dapat naik gondola. Kalini jadi menarik, bilamana aku diberi tugaskan untuk arrange untuk day trip ini. Plan asal nak naik ke atas guna carpool, alih-alih kami book bus. Plan nak ke sini dari sebelum raya lagi, finally apa yang dirancang berjalan dengan lancar pada 30 May 2022.


Mostly staff dekat sini bawah 30 tahun, pangkat adik-adik sangat, rasa awkward pula. Tapi dorang memang sportinglah. Seminggu sebelum nak pergi tu, kami arrange balik apa yang patut dari segi nak berkumpul dekat mana, breakfast apa, lunch and prop untuk bergambar semua, big boss paling excited, dia banyak bagi idea untuk aktiviti, aku bab aktiviti memang ke laut. Lagi-lagi bila disertai ramai orang. Setakat aktiviti dalam bus nak karaoke tu bolehlah. 





Awal tu konon nak pecah 2 check point untuk meet up, 1 dekat office and 1 lagi dekat KL Sentral. Sebab ada staff yang duduk area Klang, and ada juga yang duduk area Sentul sana. Alih-alih, perkhidmatan bas yang kita guna tu tak bagi, alasannya tak lalu situ terus masuk highway. Tambah dekat jalan situ jem teruk kalau nak masuk. Alih-alih semua kena berkumpul dekat office. Plan nak beli McD for breakfast pun tak dapat sebab, McD breakfast open 8.00am. Kami nak gerak around 8.15am, alih-alih salah seorang take over untuk beli roti dan air tin for breakfast.


Sekitar jam 8.20am semua orang dah ada, kami meet up dekat office bagi chance pada mereka mana yang nak ke toilet sebelum bergerak. Jam 8.30am macam tu kami berangkat ke Genting Highland, turun dekat GPO untuk ambil cable car naik ke atas. Bas 44 seater weyh, orang yang pergi less than 20. Masing-masing conker 2 seats terus. Disebabkan kami jarang jumpa dan ramai staff baru, boss panggil setiap seorang perkenalkan diri dekat hadapan, sebelum upacara karaoke dan juga group aktiviti. Dalam pada seronok menyanyi, tahu-tahu dah sampai. Kejap betul rasanya.


Total yang sertai ada dalam 18 orang, kami pecah kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberi tugasan yang sama dan masing-masing kena participate aktiviti ini semasa berada di Theme Park. Antaranya seperti;
1)  Each team must take a silly video together, all teams must play a minimum 4 theme park rides (all different rides) + watch 1 show together
2) Each team must snap creative photo together
3) Each team must creat tiktok video as requested- Most rides - 5 points
- Most shows - 5 points
- Funniest photo - 5 points
- Funniest video - 10 points
Program kami sampai pukul 3.00pm lepas waktu jam 3.00pm kira dah free & easy aktiviti. Tiket kami beli online so sampai sana scan je nak masuk. Korang boleh beli tiket dekat banyak tempat sama ada dekat official Genting SkyWorlds Genting Highland, Klooks, ataupun dekat Wonderfly

Dah selesai beli tiket online, korang install siap-siap apps "SkyWorlds Genting Theme Park" ini dekat playstore/apps store
1) Sebab dekat sana nak masuk kena scan QR code je. Apps ini kalau korang dah install, register siap-siap your account. Kemudian, log in, terus scan QR code tu pada pautan "My Ticket"
2) Apps ini awal tu buat keliru jugalah, tapi bila dah tahu guna jadi senang. Macam kiteorang ada 18 orang, semua orang kena install > sign up and scan QR code masing-masing. And then setiap ketua kumpulan boleh invite team mereka dalam "My Group". So, kalau ada permainan yang kami nak main boleh book dulu sementara main permainan lain. Permainan yang boleh book hanyalah permainan yang top sahaja. Kalau takde tersenarai memang kena que jugalah dekat situ
3) Dalam apps ini juga memudahkan korang untuk tengok permainan apa yang available, berapa minit untuk que, dan boleh juga tengok attraction lain, termasuklah maps

Ikutkan permainan yang aku nak sangat naik adalah "Terraform Tower Challenge" Waktu kami pergilah temporary close. Haishh... Antara permainan lain yang group aku main sepanjang haritu adalah seperti;
1) Alpha Fighter Pilot2) Epic Voyage to Moonheaven3) ESD Global Defender4) Sid's Playhouse Ice Age5) Night At the Museum6) Sid's Rock & Slide7) Booth camps

Patut around 2 lebih macam tu kami ada slot Samba Gliders, alih-alih terlepas waktu. Sebab masing-masing dah kelaparan wakttu tu. Nak ke tempat makan boleh tahan jauh juga perjalanan, sebab nak makan Five Guys kena keluar dari Theme Park. Lepas makan, baru bertenaga balik ya. Bila pergi balik tengok orang beratur punya panjang terus tak jadi. Kami main booth camps "flying fox" punya part. Walaupun kami pergi 30/5 pada hari bekerja, still ramai juga orang datang. Nak kata cuti sekolah, belum mula lagi waktu tu. 




Roller coaster ini best, tapi dia tak segerun naik dekat korea la. Korea punya menakutkan, aku pejam mata okay dekat sana. Tambah dia punya kayu, tu pun ada hati adik aku ajak beratur naik 2nd round. Memang taklah aku nak naik. Kalau tinggu korang melebihi 190cm ke atas memang tak boleh naik yang ni, team aku sorang tak lepas nak naik, sebab terlalu tinggi. Terpaksalah dia tunggu dekat bawah


Alpha Space ini pun boleh tahan best. Boleh dikatakan permainan dekat sini est naik adalah around less than 5 minutes. Yang penatnya nak menunggu giliran untuk naik je. 

Night at the Museum ini pun best juga permainannya. Games tembak menembak sambil pakai spec 3D
  Sid's Playhouse Ice Age - ini pun boleh tahan best, tapi basah sikitlah pakaian korang. Better bawa raincoat siap-siap

Samba Gliders ini pun best. Tapi bila tengok que punyalah panjang terus tak jadi


Selesai acara cabaran theme park, buat video tiktok, bergambar semua, permainan pun dah habis main. Kami pun pakat turun nak ke GPO. Around pukul 6.00pm dah ada dekat bawah. Bas datang around 7 lebih macam tu, aku apa lagi dah alang-alang masuk GPO, aku sempat jugalah shopping Sketchers. Weyhh, baru aku tahu nak ke GPO ini lagi senang, memang akan datang aku pulun naik sini sorang


Lunch Makan Five Guys

Boleh dikatakan semua group pergi makan dekat Five Guys. Kira one of place yang top jugalah, ia punya dish boleh tahan mahal. Pendek cerita semua makanan dekat atas ini memang mahallah. Five Guys, paling murah pun start dengan RM25. Disebabkan group aku tak makan dari awal permainan, then bila datang lunch dekat Five Guys masing-masing order burger paling besar + milkshake sorang satu. Milkshake dekat sini 1 RM25 kau jah

Dah TRY makan KGB Burger belum?

Aku memang hantu burger lagi-burger daging. Bagi aku burger dorang biasa-biasa je. Tapi fries dia mmang sedap!! Boleh try kalau datang sini. Kalau rasa jauh, boleh singgah outlet terbaru dorang dekat area Bukit Bintang sana


Datang sini, jangan risau bab makanan sebab pilihan makanan terlalu banyak. Korang hanya perlu debit card/kad kredit/ e-wallet. Makesure dalam tu ada duit je untuk buat bayaran. Dekat atas ini semua guna cashless ya. Tiada satu pun bayar pakai cash.  Haritu kami makan by group, dalam setiap kumpulan ada ketua yang incharge bab duit untuk makan-makan. Even makan by group sendiri-sendiri, sampai dekat tempat makan jumpa dorang juga



Burger dia besar dan mengenyangkan. Habis makan, kami sambung main Booth Camps dekat theme park. Lepas tu baru berangkat turun naik cable car pergi GPO. Around 7.15pm macam tu bas dah datang, so kami pun gerak balik KL semula. Masing-masing barai, aku dah puas jalan, masuk bas auto pening kepala. 


Tips datang ke Theme Park Genting Highland;1)  Beli tiket online, senang register siap-siap dalam aplikasi "SkyWorlds Genting Highlands"2) Boleh survey cuaca dulu sama ada okay tak waktu korang nak datang main dekat sini, sebab kalau hujan tak bestlah nanti, banyak tak dapat main. Mujur haritu cuaca okay, tak sejuk sangat pun
3) Tempat makan mudah cari, semua bayaran guna "cashless". Jangan bawa cash sebab takde kioks or kedai terima cash dah
4) Ada banyak port locker untuk simpan bag, mostly banyak permainan tak dapat bawa gadget dan juga handbag. Locker pun mudah cari
5) Pakai baju yang sesuai dan dinasihatkan pakailah kasut sukan, kalau tak nanti disuruh berkaki ayam
6) Muat turun aplikasi "SkyWorlds Genting Highlands", kalau korang dah register dan scan QR code dekat My Ticket, korang boleh book permainan top dekat dalam aplikasi tu siap-siap
7) VQ ini bukan untuk orang beli tiket lagi mahal ke apa. VQ only top riders only, others riders still kena Q dekat sana. Contoh top riders seperti Simba Griders starts jam 12.30am, so korang kena cepat-cepat book this games dalam apps. Tak perlu pergi sana beratur. Pendek cerita ia virtual queue/speed lane. Korang kena make sure, korang kena ada dekat sana awal beberapa minit sahaja sebelum permainan bermula sebab korang dah reserve
8) Get ready credit card/Maybank2U/e wallet to unlock the locker when you want to collect your bag

That alls! Have fun guys


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2022/06/travelogue-day-trip-skyworlds-theme.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Seminggu Bersalin Park Shinhye Hadiri Perkahwinan Abangnya

Selepas Seminggu Bersalin Park Shinhye Hadiri Perkahwinan Abangnya

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 181 hits
Nampaknya ibu baru Park Shin hye kelihatan bahagia menjalani hari harinya kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru wanita itu dilihat menghadiri majlis perkahwinan abangnya Park Shi won meskipun baru seminggu melahirkan cahaya mata pertamanya dan Cho...
Park Shinhye Kongsi Foto Hadiah Pertama Buat Anak Lelakinya

Park Shinhye Kongsi Foto Hadiah Pertama Buat Anak Lelakinya

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 181 hits
Membesar di hadapan mata penonton K Drama Park Shin hye sudah pun bergelar seorang ibu kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru wanita itu telah berkongsi hadiah pertama yang diterima anak lelakinya menerusi Instagram Dengan foto sepasang sneaker dew...
Saya Sudah 40 Tahun Park Haejin Kongsi Kerisauan Kualiti Lakonan Tak Capai Jangkaan Umum

Saya Sudah 40 Tahun Park Haejin Kongsi Kerisauan Kualiti Lakonan Tak Capai Jangkaan Umum

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 150 hits
Baru baru ini Park Hae jin tampil dalam drama terbitan MBC From Now On Showtime dan telah berkongsi beberapa pandangan jujur mengenai kerisauannya terhadap kualiti lakonan pada masa akan datang From Now On Showtime adalah satu drama komedi ...
Park Minyoung Dilihat Jalani Penggambaran Perkahwinan Bagi Drama Monwedfrituesthurssat

Park Minyoung Dilihat Jalani Penggambaran Perkahwinan Bagi Drama Monwedfrituesthurssat

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 170 hits
Baru baru ini netizen mula berteka teki apabila telah tersebar imej pelakon Park Min young memakai gaun pengantin dan berjalan di halaman sebuah perkahwinan Dah kahwin ke Imej yang tersebar itu kelihatan sangat meyakinkan menyebabkan ramai ...
D O Exo Pun Gugup Lee Hongki Akui Gementar Menyanyi Di Perkahwinan Park Shinhye Choi Taejoon

D O Exo Pun Gugup Lee Hongki Akui Gementar Menyanyi Di Perkahwinan Park Shinhye Choi Taejoon

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 136 hits
Pastinya ramai yang ingin tahu mengenai kisah disebalik tabir ketika perkahwinan Park Shin hye dan Choi Tae joon kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Lee Hong ki dari FT ISLAND telah berkongsi cerita mengenai sesi nyanyian tahniah olehnya dan D O ...
How To Solve 5 Common Wordpress Theme Errors Seo Friendly

How To Solve 5 Common Wordpress Theme Errors Seo Friendly

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 148 hits
http jeweltheme com 5 common wordpress theme errors Let s solve 5 common WordPress problem or errors you need to troubleshoot after installing or activating a new Theme I am showing you step by step how to fix these problems of WordPress Wo...
Selamat Park Shin Hye Melahirkan Anak Pertama Berjenis Kelamin Laki Laki

Selamat Park Shin Hye Melahirkan Anak Pertama Berjenis Kelamin Laki Laki

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 119 hits
Seperti yang diketahui Park Shin Hye mengumumkan kehamilannya pada November lalu dan melangsungkan pernikahan dengan Choi Tae joon Januari tahun ini
Tahniah Park Shinhye Choi Taejoon Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Tahniah Park Shinhye Choi Taejoon Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 129 hits
Setelah sekian lama menunggu akhirnya pasangan Park Shin hye dan Choi Tae joon selamat menimang cahaya mata pertama mereka Menurut laporan Park Shin hye telah pun melahirkan anak lelaki yang sihat di sebuah hospital di Seoul Kini bayi itu d...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Make Your Business Standout

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Kling Ai Video

Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi