Travelog Batam Trail Run 5km 2019 At Sijori Resorts And Spa Sekupang Kota Batam Kepulauan Riau Indonesia
Batam Trail Run 5KM yang bermula pada 7 April 2019 di Sijori Resorts and Spa di Sekupang, Kota Batam, Riau, Indonesia. First time Seri Wangi dapat bersama menyaksikan acara gilang gemilang ini di Batam. Frust jugak Seri Wangi dan beberapa kawan tak dapat sertai acara larian tersebut tapi kami happy sebab dapat sama-sama ikut laluan larian mereka yang cuma 5KM....jauh tak rasanya? Hmmm...bila kami dah ikut laluan mereka sebenarnya tidaklah jauh sangat pun.
Acara larian Batam Trail Run 5KM ni dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:Dewasa (usia 16 tahun ke atas) - 5KM Kanak-Kanak (usia 10 - 16 tahun) - 2.5KMKadar bayaran pendaftaran untuk peserta dewasa adalah Rp100,000...haaaa...npk macam banyakkan? Klu duit malaysia RM...dan kanak-kanak adalah Rp60,000 (RM ). Setiap peserta diberikan T-Shirt, Snack dan Air Mineral. Hadian keseluruhannya adalah Rp.77 juta (RM22k gitu...)WOW!!! Nak tau apa hadiah dia?1. Hadiah untuk Dewasa - 5KM
a. Juara - Rp.10juta + Pialab. Naib Juara - Rp. 8juta + Pialac. Ketiga - Rp. 5juta + Pialad. Keempat - Rp. 1 juta
2. Hadiah untuk Kanak-Kanak - 2.5KM
a. Juara - Rp. 4juta + Pialab. Naib Juara - Rp. 3juta + Pialac. Ketiga - Rp. 2juta + Pialad. Keempat - Rp. 1 juta
Semua peserta akan melalui laluan yang bermula dari Sijori Resort & Spa Hotel ke laluan berbukit di Tebing Langit, pastinya mereka akan teruja dapat melihat keindahan alam semulajadi di sepanjang larian tersebut sejauh 5KM untuk dewasa dan kanak-kanak pula sejauh 2.5KM. Memang seronok tau sebabnya walaupun Seri Wangi dan teman-teman yang lain tidak dapat join larian tersebut turut serta mengikuti laluan trek sejauh 5KM hingga ke Tebing Langit, terpaksalah menapak memanjat tangga hingga ke atas bukit Tebing Langit.
Siap Sedia mula larianAcara Batam Trail Run 5KM tersebut dianjurkan dengan kerjasama Sijori Resort & Spa Hotel, Tebing Langit, KPJ Puteri Johor Bharu, Karang Tabung Kota Batam. Perbadanan Pelancongan Indonesia dan Wonderful Riu Island. Peserta dianggarkan seramai 500 orang dari pelbagai negara selain Indonesia iaitu Malaysia, Singapura, Kenya dan juga lain-lain negara. Seperti biasa setiap pendaftaran para pesertakan akan diberi Baju T, Nombor Giliran dan juga sarapan pagi.
Sebelum larian majlis dimulakan dengan persembahan tarian tradisional dan juga pasukan cheerleaders dari kumpulan The Ligers dari Sekolah Menengah Atas 16 Batam (SMA16) Indonesia. Memang gempak sangat persembahan mereka.
Penat jugak berjalan menuruni tannga dari atas bukit Tebing Langit selepas puas berselfie bagai di tempat-tempat indah dan cantik pemandangannya di situ, tentu peserta yang melalui jalan sepanjang larian itu hilang rasa penat setelah letih berlari, memanjat dan menuruni tangga di samping melihat alam flora dan fiona di sekeliling Tebing Langit di situ. Itupun sebenarnya banyak lagi yang belum kami sempat explore dan bergambar sebab dah ontime kami kena balik.
Tu dia...tangga ke Tebing Langit. Haaa..yg depan tu photograher kita orangBerakhir sudah larian Batam Trail Run 5KM dengan meriah dan berjaya dilaksanakan dan ianya menjadi kenangan manis, buat kami sepanjang mengikuti program Batam Trail Run 5KM. Seronok tengok peserta-peserta yang menang termasuk kawan-kawan kami yang turut serta larian tersebut.
Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada Bapak Edi Sustrisno yang sudi memberi peluang kepada kami mengikuti merasai perjalanan program tersebut serta warga Batam yang peramah belaka. Jangan lupa membaca entri Seri Wangi seterusnya menerokai keindahan Batam....muahhhh!!
#BatamTrailRun5KM #BataMiliKita #WonderfulIndonesia#WonderfulRiauIsland #WonderfulBatam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2019/04/travelog-batam-trail-run-5km-2019-at.html