Assalamualaikum
Persiapan pergi ke Japan ni tak susah sangat. Ada passport, ada tiket. On je. Cuma Air Asia macam dah ketat sikit tau soal muatan bagasi. So kalau nak bawa baju tu fikirlah beberapa kali dan bawa apa yang perlu. Kalau kau pakai baju kalah Rozita Che Wan, bayar je baggage fees. itu korang kena titikberatkan. Kalau tak nahas kau kat airport. Budu kena masa tu bukan di airport Malaysia tetapi di Kansai. Masa tu Budu masukkan baju basah dalam bag jadi, bag Budu 2 kali ganda berat. Akhirnya disuruh ke tepi dan keluarkan baju yang perlu dibuang. Nasiblah staff tu baik, dia lepaskan. Masa kat imigresen pula, beg Budu dua tiga kali scan tak lepas sebab ubat gigi. Jadi, ubat gigi Budu dirampas.
Green tea ice cream
U-Don Fav sayaMakanan untuk seminggu tu, semua Budu bawa dari Malaysia. Tekak Melayu. Nak makan apa sangat, Budu bawa bubur segera, susu cair yg packing macam ubat gigi tu *sorry takda contoh nak kasi. Lepas tu Budu bawa sardin, roti dan kopi 3in1. Setahu Budu belum ada lagi sekatan untuk membawa makanan segera ke negara Jepun. Bawalah apa sahaja. Ingat muatan jangan melebihi limit yang ditetapkan . Cuma percutian kali ni Budu lebih berani nak try makanan sana dan banyak tengok-tengok juga video percutian orang lain, tengok apa yang boleh dimakan, apa yang tidak boleh. Tapi serius, orang sana pandai buat ais krim dan manisan. Dia tak terlalu manis dan sedap-sedap je rasanya. Sumpah!

|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |