Travel Europe Dengan Murah Menggunakan Interflix
Hi semua! Harini I nak kongsikan tips yang sangat-sangat berguna, khas untuk siapa yang nak travel ke Europe murah!!
Boleh baca cara I travel Europe serendah RM 3000 di :Itinerary Backpack Europe
Korang pernah tak plan nak jelajah Europe dengan pergi ke beberapa buah negara sekali gus ketika travel? Antara contoh route yang biasa orang pergi ketika travel ke Europe ialah :
KL - London - Amsterdam - Brussels - Frankfurt - Paris - KL
dan ada banyak lagi route yang best-best korang boleh cuba. Cara nak dari satu tempat ke satu tempat lain of course ada beberapa pilihan, antaranya ialah :
1. Flight2. Bas3. Train
Ini contoh I travel by flight. Flight kalau dapat murah, korang terus grab je, jangan tunggu-tunggu. Tapi, untuk cheapskate, naik flight sebenarnya agak mahal sebab bukan sahaja korang perlu membayar tiket untuk naik flight, tapi bila dah sampai sesebuah negara tu, korang kena book hotel pula ye dak??
Selain flight, macamana nak travel ke semua tempat ni dengan harga yang murah??
Haaaaa perkenalkan, INTERFLIX yang diperkenalkan oleh FLIXBUS!
I dulu pun pernah naik FLIXBUS ni, semasa travel ke Eastern Europe dengan bajet bawah RM 2900 juga all in. Boleh baca di sini
Backpack Eastern Europe bawah RM 2900
So untuk warga-warga yang suka nak travel dengan harga cheapskate, korang bolehlah cuba naik bas, dan lebih jimat, naik NIGHT BUS, so boleh tidur dalam bas jeeeeee. Lagipun perjalanan dari satu negara ke negara lain pun ambil masa 4-6 jam, so better naik night bus je ye dakkk?
Inilah INTERFLIX, yang diperkenalkan oleh FLIXBUS : naik bas untuk ke 5 negara, dengan harga bernilai €99 sahaja!!
Jadi bersesuaian la dengan route yang korang plan tadi :
London - Amsterdam - Brussels - Frankfurt - Paris
Tapi apa beza ambil Interflix dengan ambil tiket one way Flixbus yang biasa je? Jom tengok situasi di bawah
London ---> Amsterdam (night bus) Bertolak 2130 ---> 0840 (pagi keesokan harinya) pun dah berharga €65.99 one way okay!!!!
Amsterdam ---> Brussels (night bus)0015 --> 0430 berharga €16.99
Brussels ---> Frankfurt (night bus)2310 --> 0620 berharga €19.99
Frankfurt ---> Paris (night bus)2205 --> 0635 berharga €49.99
So cuba total kan setiap harga one way tiket bas tadi tu :
€65.99+ €16.99+ €19.99+ €49.99_______ €152.96
Jadi, mana lebih jimat? €152.96 atau €99???
Haaaaa best kan?
Tapi of course, tiket ini pon ada limit dia. Antaranya ialah :
1. Tidak boleh digunakan untuk return trip (contoh London --> Paris --> London)
So ape yang korang boleh buat ialah, tambah la negara-negara lain, supaya dia takdela nampak macam return trip haha. Macam contoh London --> Paris --> Amsterdam --> London. Haaaa gituu
2. Tidak boleh digunakan untuk tiket bas yang ada transfers. Contohnya :
Nampak tak ada tulis transfer tu? London ---> Amsterdam, tapi sebelum sampai Amsterdam akan singgah Brussels dulu.
Yang tu tak boleh sebab yela, cuba bayangkan kalau 5 negara kita nak pergi tadi tu,
London - Amsterdam - Brussels - Frankfurt - Paris
Semua ada stop kat bandar lain, so itinerari kita bukan je 5 tempat, tapi dah jadi 10 tempat kita explore! hahaha
3. Perlu digunakan dalam masa 3 bulan
Tapi yela kita travel pun takde la lama sampai 3 bulan kan. Usually beberapa minggu, paling lama pun 1 bulan.
So amacam, best tak INTERFLIX? Haaa cuba, jangan tak cubaaaa. Selamat travel ke Europe! Adios D Amigos!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missdae.com/2019/10/travel-europe-dengan-murah-menggunakan.html