Trauma


Assalamualaikum & salam sejahtera
Sebelum ni aku tak pernah mention yang aku ni adalah disable person aka OKU (Orang Kelainan Upaya) kan? & belum pernah aku cerita mengenai sejarah hitam yang aku alami 9 tahun lalu dalam mana-mana entry. Ramai diantara rakan-rakan yang menganggap aku cacat sejak lahir, dan tak kurang yang segan bertanya kerana takut akan mengecilkan hati aku. KAMON LAH geng! Aku okey je, meh sini aku cerita...
Kejadian tu berlaku pada akhir bulan Disember tahun 2004. Ketika itu aku baru berusia 17 tahun (tingkatan 5) dan cuti sekolah baru bermula. Nak ikutkan family aku agak susah pada masa dulu, dan kedua orang tuaku sangat strict dalam membesarkan kami empat beradik. Untuk itu aku biasanya berdikari untuk mendapatkan duit poket sendiri dan akhirnya mengambil keputusan untuk bekerja kontrak di salah sebuah kilang besi. Dengan gaji RM40/hari sudah cukup mengujukan aku pada ketika tu

Waktu tu aku bekerja shif malam, start 7pm-7am. Memandangkan waktu bekerja hampir tamat dan tiada lagi kerja yang perlu dibuat, kami mengambil kesempatan itu untuk berehat sementara menunggu waktu tukar shif. Lalu seorang leader menggesa kami melakukan kerja-kerja housekeeping (pembersihan). Dan aku ditugaskan untuk housekeeping bersama 2 lagi pekerja Indonesia. Ada yang menyapu lantai, ada yang mengelap tingkap, ada yang menyusun peralatan dan kami (aku dan 2 indon) mengeluarkan serpihan besi yang termendap didalam longkang di sekitar mesin. Kami perlu memahat mendakan tersebut untuk mengeluarkan tahi besi yang termendap itu. Malang tidak berbau, tanpa diduga ketika salah seorang mamat indon tu memahat mendakan besi tersebut, ianya terpelanting ke arahku tanpa sempat aku memalingkan muka, serpihan tersebut telah mengenai mata kananku

Aku terasa sesuatu yang mengalir deras dari mata dan amat terkejut kerana mendapati darah bercucuran deras ke lantai! Oh ye, waktu tu kami tidak menggunakan google (cermin mata) dan semua peralatan safety kerana menganggap ianya hanyalah housekeeping, malah semua mesin sudah berhenti berfungsi pada ketika itu.
Aku segera dibawa ke klinik panel kilang tersebut dan selepas diperiksa, doktor mengatakan yang aku perlu dibawa ke hospital segera kerana kecederaan berat dan peralatan yang tidak mencukupi di klinik tersebut. Pagi itu juga aku dibawa ke hospital yang mengambil masa selama 1jam masa perjalanan. Sesampainya disana, aku ditahan di wad kecemasan dan doktor menyuruh agar keluarga segera datang kerana aku perlu di bedah dan persetujuan serta tanda tangan ibu bapa diperlukan memandangkan aku masih dibawah umur ketika itu. Aku rasa sangat bersalah kepada keluarga kerana menyusahkan mereka waktu itu. Fikiran aku melayang dan menganggap kematian hampir sahaja mejemputku. Sebaik sahaja keluarga sampai, aku sudah siap sedia dimasukkan kebilik pembedahan dan memohon maaf kepada keluarga andainya itu kali terakhir aku melihat dunia yang fana ini. Sob.. sob.. sob
Didalam bilik bedah aku diberi bantuan pernafasan yang mengandungi chloroform aku rasa, kerana akhirnya aku terlelap dan tidak sedarkan diri. Sedar-sedar sahaja semuanya sudah selesai! Aku rasa macam bermimpi dan sangat berharap ianya adalah mimpi! Namun, itu semua adalah kenyataan. Aku dimasukkan ke wad biasa dan ditahan disitu selama lebih kurang 2 bulan lamanya. Aku berasa bosan yang teramat kerana makanan hospital yang tidak memenuhi seleraku, rasa pening kepala dan cucian mata setiap pagi perlu dilakukan oleh nurse, tidur pun tidak selesa kerana kepala katil perlu dinaikkan sepanjang hari.. Arghhhh, sungguh azab aku rasa ketika itu. Syukur, akhirnya aku dibenarkan pulang kerumah, namun perlu menjalani rawatan susulan setiap minggu kepada bulan dan akhirnya tamat beberapa bulan berikutnya

Terkini, mata asal semakin mengecil ;)Sepanjang tempoh rawatan itu, aku masih boleh melihat namun agak kabur pada mulanya. Namun aku totally blind pada beberapa rawatan selanjutnya. Namun, aku telah diberitahu lebih awal tentang keadaan itu, dan aku redha menerimanya. Malahan aku sangat bersyukur kerana kecederaan itu tidak meragut nyawaku. Aku sangat yakin bahawa dunia ni hanyalah pinjaman sementara, bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik apa yang dikehendaki. Jika bukan pembalasan dosa, aku menganggapnya sebagai ujian daripada-Nya

Sampai la ke hari ni aku tidak dapat menjejaki 2 orang pekerja Indonesia yang menjadi saksi utama kejadian tersebut. Malah, aku dapat tahu keduanya telah resign sehari selepas kejadian. Mungkin mereka rasa takut untuk bertanggungjawab atau keduanya adalah PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Tapi ketahuilah bahawa aku tidak pernah menyimpan dendam kepada keduanya. Setelah itu, bermulalah hidup aku sebagai OKU. Cermin mata menjadi sebahagian diriku 8)
P/s: Moral of the story, kepada adik-adik yang sedang bercuti tu buatlah kerja yang berfaedah dan elakkan daripada kerja-kerja yang berbahaya. Okay, kalau kau rasa kesian boleh tekan iklan ni untuk menderma, buahahaha..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://akhelaken.blogspot.com/2012/12/trauma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Ditikam Jiran Masih Trauma Suspek Minta Maaf Kerana Tidak Sedar Apa Yang Dilakukan

Budak Ditikam Jiran Masih Trauma Suspek Minta Maaf Kerana Tidak Sedar Apa Yang Dilakukan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 403 hits
The ReporterMangsa ditikam jiran di Kampung Keda Che Bema Sungai Petani kelmarin dilaporkan semakin pulih tetapi masih berada dalam keadaan trauma dan sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim Nur Adawiyah Safiyya Zulkefli 5 banyak mend...
Ibu Trauma Telinga Anak Sakit Rupanya Tempiras Tumpang Siap Buat Sarang

Ibu Trauma Telinga Anak Sakit Rupanya Tempiras Tumpang Siap Buat Sarang

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 347 hits
Bagi yang takut kepada serangga seperti lipas anda pasti cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada haiwan tersebut menggunakan pelbagai cara Bayangkan jika serangga tersebut masuk ke dalam rongga telinga dan bersarang di situ ia pasti sanga...
Mungkin Masih Trauma Koala Lompat Ke Tangan Sukarelawan Semula Ketika Dilepaskan Ke Hutan

Mungkin Masih Trauma Koala Lompat Ke Tangan Sukarelawan Semula Ketika Dilepaskan Ke Hutan

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 234 hits
Beruang koala merupakan antara haiwan yang banyak terkorban dalam kebakaran dasyat di Australia Pun begitu banyak juga koala yang berjaya diselamatkan dan diberikan rawatan Seperti yang dikongsikan oleh portal 9News seekor beruang Koala yan...
Koala Lompat Ke Tangan Sukarelawan Enggan Pulang Ke Hutan Kerana Masih Trauma

Koala Lompat Ke Tangan Sukarelawan Enggan Pulang Ke Hutan Kerana Masih Trauma

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 222 hits
Sepertimana yang korang tahu sejak tahun lepas lagi Australia mengalami kebakaran hutan yang sangat teruk disebabkan cuaca yang panas Lebih 500 juta haiwan termasuk koala terkorban tau Tetapi baru baru ini ada seekor koala enggan pulang ke ...
Di Bully Oleh Guru Agamanya Sendiri Siswi Smk Di Anambas Trauma Sampai Mogok Sekolah Kasihan

Di Bully Oleh Guru Agamanya Sendiri Siswi Smk Di Anambas Trauma Sampai Mogok Sekolah Kasihan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 228 hits
Ia disebut perempuan nakal sama gurunya sendiri Mirisnya teman teman dan guru lain juga pada ikutan
Gerai Lelaki Ini Dirempuh Pemandu Mabuk Anak Gigil Trauma Hampir Dilanggar

Gerai Lelaki Ini Dirempuh Pemandu Mabuk Anak Gigil Trauma Hampir Dilanggar

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 388 hits
Hampir saban bulan rakyat Malaysia disajikan dengan berita kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk sehingga meragut nyawa yang tidak berdosa Loading Terbaru seorang peniaga Hazwan mengalami kerugian apabila gerai burger miliknya dida...
Aku Memutuskan Untuk Tidak Menikah Bukan Karena Trauma Ini Semata Soal Pilihan Saja

Aku Memutuskan Untuk Tidak Menikah Bukan Karena Trauma Ini Semata Soal Pilihan Saja

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 126 hits
Cara hidup dan kebahagiaan setiap orang itu berbeda Tidak semua orang menjadikan pernikahan sebagai puncak kebahagiaan
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Masih Beraya

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Continuous Learning

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

2 Minute Microwave Onsen Tamago