Transformasi Ekosistem Perniagaan Bakat Jadi Tumpuan Gagasan Kemakmuran Bersama


Ainul Asniera Ahsan Mohamed Azmin Ali
KUALA LUMPUR – Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan memastikan Gagasan Kemakmuran Bersama akan menjadi falsafah dan tulang belakang kepada Rancangan Malaysia Ke-12.

Gagasan Kemakmuran Bersama bukan gagasan sekadar untuk meningkat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tetapi mengutamakan kepentingan rakyat.

Sebaliknya, Gagasan Kemakmuran Bersama juga akan menekankan penggunaan bakat sumber manusia dan syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negara kepada potensi yang terbaik.

Kemakmuran Bersama adalah konsep ekonomi baharu yang lebih inklusif dan mengambil kira kepentingan semua, akan diterima rakyat keseluruhannya.

Ia juga memastikan kekayaan negara dapat diagihkan dengan lebih menyeluruh, meningkatkan pendapatan rakyat dan seterusnya mengurangkan jurang ekonomi rakyat tanpa mengira kelas, kaum mahupun wilayah

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, untuk itu perubahan-perubahan utama perlu dilaksanakan untuk memastikan matlamat ini dicapai. Antara lain ialah:

a) Membantu transformasi ekosistem perniagaan dan industri termasuk PKS supaya mampu mengadaptasi kepada Revolusi Industri 4.0, Ekonomi Digital dan Ekonomi Intelek untuk menjadi industri nilai tinggi dan mampu menjana lebih pendapatan kepada rakyat

b) Mengadakan transformasi kepada sumber manusia negara bagi menghasilkan tenaga kerja yang efektif dan bernilai tinggi serta memastikan pusat-pusat pembangunan kemahiran dan TVET negara memenuhi kehendak industri.

c) Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan memastikan industri beralih kepada pekerjaan dan perkhidmatan nilai tinggi yang menjanjikan pendapatan yang lebih tinggi kepada pekerja.

d) Mengenal pasti 15 bidang-bidang keberhasilan utama baharu yang boleh menganjak ekonomi ke tahap yang lebih tinggi

e) Mengadakan rasionalisasi kepada dasar dan strategi kebajikan rakyat (needs-based approach) dengan menekankan program graduasi golongan rentan ekonomi dan B40 untuk keluar dari kemiskinan relatif; serta

f) Mewujudkan 50 pusat-pusat ekonomi tempatan di luar Lembah Klang bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat diagihkan dengan lebih meluas.

Menurut Azmin, Kemakmuran Bersama harus memastikan jurang ekonomi, pendapatan dan penyertaan dalam rantaian bekalan dapat diminimumkan terutama dalam kalangan masyarakat Melayu, Orang Asli, Bumiputera Sabah Sarawak dan golongan relatif miskin supaya kekayaan negara dapat benar-benar dirasai bersama.

“Atas semua strategi dan gagasan ini kita mengharapkan Gagasan Kemakmuran Bersama akan mampu mengurangkan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat dan mempertumbuhkan ekonomi dengan lebih rancak.

“Tujuan Gagasan ini adalah untuk kepentingan rakyat yang lebih menyeluruh. Oleh itu, kita mengharapkan gagasan ini bukan hanya datang dari kerajaan kepada rakyat, namun seharusnya mendapat pandangan dan maklum balas dari rakyat, industri dan masyarakat sivil supaya ia mampu menjawab dan menyelesaikan kehendak dan keperluan rakyat,” katanya.

Tambahnya, kementerian itu akan mengambil tanggungjawab untuk mengadakan konsultasi dan mendapatkan maklum balas dari semua pemegang taruh, termasuk kumpulan pekerja, peniaga dan pemain industri untuk memastikan gagasan ini akan menjadi milik rakyat secara bersama. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/transformasi-ekosistem-perniagaan-bakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kawa Anak Andien Mulai Tunjukkan Bakat Di Dunia Hiburan Ini Tingkah Lucunya

Kawa Anak Andien Mulai Tunjukkan Bakat Di Dunia Hiburan Ini Tingkah Lucunya

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 343 hits
Coba tebak kalau dilihat lihat Kawa bakal jadi penyanyi drummer atau gitaris nih
Tingkat Dagangan Intra Asean Perlu Diberi Tumpuan Cari Kaedah Terbaik

Tingkat Dagangan Intra Asean Perlu Diberi Tumpuan Cari Kaedah Terbaik

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 266 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Akhlak Kolektif Ph Jadi Tumpuan Akibat Isu Seks Gay Kata Kadir Jasin

Akhlak Kolektif Ph Jadi Tumpuan Akibat Isu Seks Gay Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 285 hits
June 23 2019 11 56 PMPETALING JAYA Menggunakan contoh pemimpin politik di negara lain meletak jawatan selepas terbabit skandal seks seorang pengikut setia Dr Mahathir Mohamad dalam PPBM hari ini membayangkan ahli politik Pakatan Harapan yan...
3 Teknik Untuk Rekrut Bakat Bagus Untuk Majukan Bisnes

3 Teknik Untuk Rekrut Bakat Bagus Untuk Majukan Bisnes

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 409 hits
Rata rata usahawan yang berjaya menyifatkan antara faktor penting untuk sesuatu bisnes berjaya adalah dengan melantik pekerja yang bagus sesuai dengan keperluan syarikat Melantik dan mengekalkan pekerja yang bagus adalah salah satu cabaran ...
Bakat Baru Kedah Bernilai 5 Juta

Bakat Baru Kedah Bernilai 5 Juta

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 474 hits
Mohammad Fayadh Zulkifli Amin ketika menjalani sesi latihan di Stadium Darul Aman menjelang Piala FA separuh akhir satu pada Sabtu ini NSTP Sharul Hafiz Zam BAKAT BARU Kedah bernilai 5 jutaPersatuan Bolasepak Kedah akan melanjutkan kontrak ...
Sertai Team Goplus Network Mulakan Empayar Perniagaan Internet Anda Sekarang

Sertai Team Goplus Network Mulakan Empayar Perniagaan Internet Anda Sekarang

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 373 hits
Pada hari ini ramai diluar sana yang telah terbukti menjana wang secara pasif dengan hanya menyertai pemasaran online Diantara cara untuk menjana wang secara pasif di internet adalah melalui Affiliate Program dimana anda dibayar komisen dan...
Hari Indah Aku Bisik Pada Allah Sudah Pun Tiba Nabila Huda Peluk Ibu Tiri Curi Tumpuan

Hari Indah Aku Bisik Pada Allah Sudah Pun Tiba Nabila Huda Peluk Ibu Tiri Curi Tumpuan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 451 hits
Hari Indah Aku Bisik Pada Allah Sudah Pun Tiba Nabila Huda Peluk Ibu Tiri Curi Tumpuan Umum sedia maklum hubungan antara pelakon Nabila Huda dan ayahnya Amy Search serta ibu tiri Nourish renggang sejak tiga tahun lalu Sebelum ini Nabila Hud...
Majlis Media Dijangka Ditubuhkan Akhir Tahun Ini 5 Aspek Diberi Tumpuan

Majlis Media Dijangka Ditubuhkan Akhir Tahun Ini 5 Aspek Diberi Tumpuan

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 299 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Female Debtors Being Forced Into Prostitution To Pay Off Debts Says Association New Straits Times 24 07 2025

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


20 Contoh Menu Snek Sihat Sangat Mudah Disediakan

Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Pempengaruh Automotif Dipenjara Sebulan Denda Rm1 500 Kerana Laporan Palsu

Cmcf Seru Etika Dalam Era Tular Viral Tanpa Batasan Boleh Gugat Kepercayaan

Film Thriller Psikologis Drama Netflix A Normal Woman 7 Trauma Milla Yang Mengajak Kita Refleksi Jati Diri

Tracee Ellis Ross On The Joy And Loneliness Of Solo Travel