Trans Jerging Bhgn 1


1. Agak lama juga aku ngidam trip ni. Walaupun namanya tak sehebat trans-trans yang lain, tapi, trek atau laluannya, tidak kurang hardcore-nya. Trans Jerging ni boleh kira trip yang jarang dibuat. Dalam setahun, mungkin 1 atau 2 kumpulan sahaja yang akan masuk ke laluan ini. Alasannya mudah, kedua-dua gunung tersebut boleh dibuat secara daypack.
2. Trans Jerging ni adalah trip hardcore pertama yang dikelola oleh Backpackers. Disertai oleh 16 orang, termasuk juru pandu arah dari OGKL, brader Jay Hamid dan 4 rakan yang lain.

3. Trans Jerging ni diambil sempena nama sebatang sungai yang akan direntas oleh pendaki dari Gunung Suku ke Gunung Irau; Sungai Jerging.
4. Trip ni pada asalnya dirancang selama 2 malam, selepas berlaku beberapa sesi perbincangan antara pihak penganjur dengan guide, trip di-compress-kan kepada 1 malam. Ha kau, merasalah trip hardcore-compress walaupun sekejap.
25/4/2014
5. 0000 – Pembahagian ration dilakukan sementara menunggu peserta lain sampai. Terserempak pula dengan Ana and the gang. Mereka ke Gunung Benum, lagi hardcore. Selepas semua peserta sampai, kami ke RnR Rawang. Sapedek! Kemudian perjalanan diteruskan ke Cameron Highland. Lebih kurang jam 4 pagi sampai depan Petronas Brinchang. Tidur sekejap.
pembahagian ration 6. 0710 – Bbersiap dan sarapan. Cuak dan teruja bercampur dah masa ni. Tak tahu nak cuak tang mana, nak teruja tang mana. Lepas sarapan, buat laporan polis dan naik 4wd Abang Poji ke starting point Gunung Suku.
7. Perjalanan ke starting point mengambil masa selama sejam. Selama sejam ni lah kami layan view gunung-gunung sekitar Banjaran Titiwangsa sambil ber-selfie.
teruja dalam kecuakan

8. 0945 –  sampai starting point. Dengar taklimat ringkas, panaskan badan dan baca doa. Tepat jam 10 pagi, kami mulakan pendakian ke Gunung Suku. Pendakian diketuai oleh brader Jay dibantu oleh Mat Chong dan sweeper oleh Scapex dan Yaya. Nampak je Yaya ni macam comel-comel kakak-kakak, tapi hardcore ooo…
starting point

9. 1007 –  Mula dah trek mencanak perginya. Cuaca pun cantek. Layanlah trek hampir menegak ni selama 2 jam sebelum tiba di puncak tipu yang ditanda dengan tin minuman Milo, jadi kami panggil puncak Milo. Mungkin itu juga namanya. Dari puncak Milo ni, nampak lagi satu puncak yang tinggi. Puncak Suku kot tu.

nampak tak dia punya curam tu? 10. 1205 – Bergerak dari puncak Milo. Tak sampai 20 minit turun dari puncak tadi, ada sumber air terakhir sebelum puncak sebenar.
turun dari puncak milo pendakian selepas water point 11. 1225 – Trek mencanak lagi selepas sumber air tadi. Memang tak bagi peluang langsung. Layanlah mencanak ni selama 2 jam 30 minit sampai ke puncak tipu. Puncak ni la yang kelihatan dari puncak Milo tadi. Ces! Ingatkan dah sampai. Sebelah kanan puncak ni, ada laluan ke campsite. Dari puncak tipu ni boleh nampak puncak suku dengan jelasnya. Rehat kejap. 5 minit!
puncak tipu sebelum puncak suku puncak suku dibalik kabus 12. 1405 – Sambung perjalanan. Kumpulan terakhir sampai ke puncak Gunung Suku jam 2:40 petang dan menjadikan masa keseluruhan dari starting point ke puncak Suku adalah, 4 jam 40 minit.
13. Di puncak, kami menikmati pemandangan yang kelabu cerah disebabkan oleh kabus selepas hujan. Masa ni pun gerimis sudah mula membisik.
puncak suku 14. 1530 – Sesudah selesai segala yang perlu, perjalanan diteruskan. Check point berikutnya adalah Kem Bear. Kem yang akan dijadikan lokasi bermalam.
15. Trek ke Kem Bear ni tak se-hardcore nak ke puncak Suku tadi, tapi sebab laluan sudah lama tak dipijak orang, maka kena menebas la jawabnya. Kerja menebas dilakukan oleh Jay, Mat Chong dan Shahrul. Kami, bawa pisau masak je. Heee.
16. Sepanjang perjalanan nak ke Kem Bear, hujan turun dengan lebat. Kami dilimpahkan dengan rahmat Tuhan 2 kali sepanjang sehari. Sekali sebelum sampai ke puncak tipu tadi.
17. Kami akhirnya tiba di Kem Bear beberapa minit sebelum waktu Maghrib menjadikan masa perjalanan kami dari puncak Suku ke Kem Bear adalah 4 jam.
kem bear 18. Cerita banyak takde, sampai je kami pasang fly dan bentang ground sheet. Chef yang bertanggungjawab untuk menyediakan makan malam adalah Chef Jdee bersama pembantunya, Hanif dan Mat Ju. Aku buat air, kopi O outdoor dan teh O. Peeerrghhh!
Sambung sini.
Koordinat GPS : 4.556015, 101.323436 (Starting point Gunung Suku)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://backpackers.my/trans-jerging-suku-irau-bhgn-1/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trans Jerging Bhgn 2

Trans Jerging Bhgn 2

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 269 hits
Ok kita sambung 26 4 2014 1 Bangun awal prepare sarapan dan lunch pack Pagi ni Mira atau lebih dikenali secara outdoor nya sebagai makcik kantin menyediakan sarapan Sementara itu Jdee masak nasi untuk lunch nanti Sesudah lunch pack ready Aw...
Gunung Tahan Bhgn 2

Gunung Tahan Bhgn 2

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 224 hits
Difahamkan hari ke 2 ni agak mencabar All the way up Oh Maaaan Sayang nak tinggalkan Kem Kor sebenarnya Bayangkan kau lepak berborak tiba tiba rasa dahaga selamba kau ceduk air sungai lepas tu minum Dah feeling feeling dalam syurga kata kau...
Menhub Budi Jalur Ka Trans Sulawesi Lintas Pangkep Barru Rampung Akhir Tahun

Menhub Budi Jalur Ka Trans Sulawesi Lintas Pangkep Barru Rampung Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 261 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi menargetkan pembangunan jalur kereta api Trans Sulawesi atau lintas Kabupaten Barru Pangkep selesai pada akhir tahun ini Pihaknya secara intens telah berkoordinasi dengan Pemerintah Daerah dalam upaya m...
Gunung Tahan Bhgn 1

Gunung Tahan Bhgn 1

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 215 hits
Tiadalah dalam masa terdekat atau lebih senang disebut dalam tahun ini aku hendak mendaki Gunung Tahan ini Akan tetapi dek kerana terlihat di news feed fb akan event yang dianjurkan oleh owner Abang Sham Castello hati ini melantunkan keingi...
Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rain Lily Scarlet O Hara

Satay Buaya Dan Kisah Tom Yam Paste Yang Dibuang Di Airport

Drama Selamat Pengantin Haru

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Lebih Ramai Bukan Bumiputera Akan Masuk Sebagai Ahli Bersekutu Bersatu Pahang Dalam Masa Terdekat Ini

Cara Buat Link Whatsapp