Train Trip Ke Klcc Dengan Erl Lrt
TRAIN TRIP KE KLCC | Baru - baru ni kami short holiday ke Kuala Lumpur. Boleh dikatakan juga sebagai Birthday Trip sebabnya Amani dan Ardini lahir pada bulan November. Bila Mek ajak ke Bangi Wonderland dan incik suami kebetulan free so kami ON ke Kuala Lumpur. Kalau ke Kuala Lumpur bab penginapan memang takde masalah sebabnya Gee ada sorang kakak dan adik lelaki yang memang stay kat sana. Cerita pasal naik train ni, Gee dan husband memang suka bawak anak - anak naik train kalau ke KL sebabnya kat Ganu takde train! Haha! Kami pula style suka anak - anak rasa pengalaman travel dengan pelbagai jenis public transport. Bukan apa, bagi kami, pendedahan ni sangat penting jugak untuk perkembangan minda mereka. Biar mereka nampak dan rasa sendiri pengalaman tu
Kali ni specialnya dapat buat trip bersama Mek Yunie dan family. Lagi meriah sebabnya 2 keluarga yang punya anak - anak kecik travel bersama. Travel dengan anak kecik ni lain macam sikit caranya. Ada ketika mereka akan meragam, berebut tempat duduk, lapar, nak susu, dahaga, nak mainan, nak dukung, dan macam - macam lagi kerenah ada. Nasib masing - masing dah faham bila anak Gee meragam, anak - anak Mek sangat behaved dan sebaliknya. Meriah!
Perjalanan kami bermula dari Putrajaya Sentral. Bila dah jumpa baru decide macam mana nak plan trip kami ke KLCC, dan dari KLCC ke Putrajaya balik. Gee ni memang tak berapa nak fokus sangat so serahkan aje pada incik suami yang lebih mengetahui. Dia dulu pernah study dan kerja kat KL so baik aku turutkan aje idea beliau nanti. Haha
Dari Putrajaya kami naik ERL ( Ekspress Rail Link ). ERL ni kendalikan KLIA Transit dan juga KLIA Ekspress di laluan KLIA - KL Sentral. Yang laju berdesup non stop dari KLIA itu namanya KLIA Ekspress. Yang kami naiki adalah KLIA Transit iaitu keretapi komuter yang berhenti di 6 hentian. Boleh tahan juga laju ERL ni dan kerusi serta keluasan train sangat selesa. Kami naik ERL hingga ke Stesen Bandar Tasik Selatan sebabnya malas nak berhimpit di KL Sentral. Hehe.
Tiket ERL Putrajaya - Bandar Tasik Selatan : RM 8 adult / RM 3.60 kids
Kami naik LRT dari Stesen Bandar Tasik Selatan ke Masjid Jamek. Seronok tengok anak - anak boleh naik turun train. Cuma kita mak bapak ni kena extra cares lah sebab anak - anak kecil agak bahaya bila duk kat stesen keretapi. Mulut ni jenuh warning jangan lepas border warna kuning. Seram bila anak - anak ramai ni. Yang kecil macam umur Aqil & Ardini ni lagilah belum faham apa - apa. So tak boleh leka langsung
Tiket LRT Bandar Tasik Selatan - Masjid Jamek : RM 3.20
Dari Masjid Jamek kami tukar train LRT ke KLCC pulak. Kalini anak - anak boleh merasa naik train bawah tanah. Haha! Tapi memang bawah tanah ke? Atau bawah bangunan? Eh samalah bawah bangunan kalau bawah tanah. Haha
Tiket LRT Masjid Jamek - KLCC : RM 1.90
Yeay dah sampai KLCC! Trip kalini takde pun nak shopping ke apa cuma nak anak - anak merasa naik train. Last naik train tahun lepas kot. Aqil pun dah besar, so dia punya reaksi berbeza daripada sebelum ni. Dah sampai KLCC kami menuju ke kedai idaman Mek Yunie dulu sebabnya itu merupakan dia punya wish list ke KLCC. Hakak pun apa lagi? Window shopping lah di Marks & Spencer! Anak - anak sama naik window shopping dan siap try baju winter lagi tau! Takpelah nak, amek aura dulu. Mana lah tahu ada rezeki tahun depan boleh tengok salji pulak. EH!Kikikiki
Aqil Dengan Pilihan Bajunya!Ardini pun nak cuba jugak!Bila dah banyak window shopping, perut pun lapar lah hoi! Al maklumlah travel dengan anak - anak. Bila sorang dah bagi hint kelaparan tu, makanya kita kena terus get ready cari kedai makan untuk di singgah. Kalau ke KLCC, Gee dan incik suami mesti makan di foodcourt atas KLCC. Lupa floor berapa.
Orang yang pertama kali bawak kami makan sini adalah kakak Gee. Dialah yang bawak kami makan dan kami terus jatuh cinta dengan food yang kami dah cuba. Harga pun taklah mahal sangat. Contoh sepinggan spagetti bolognesse + meatball tak sampai 10 hengget pun. Banding dengan foodcourt kat Ganu ni, harga dah lah belas belas ringgit pastu kuah macam masak tomato. Adeh! Keciwe daku!
Anak - anak menikmati spagetti. Ardini tunggu dia punya spagetti. Hehe.So menu luncheon kami di KLCC pada hari tersebut adalah seperti berikut. Hahaha! Anak - anak kami belikan menu kegemaran sepanjang masa spagetti bolognesse + meatball. Harga lupa nak tulis sebab lapor! Haha! Tapi for sure tak sampai RM10 sepinggan.
Beef TeppanyakiIncik suami masih lagi setia dengan nasi putih + daging goreng atau dikenali Beef Teppanyaki. Menu tu simple gitu je tapi sedap! Harga kalau tak silap Gee tak sampai RM 10. Untuk Gee, disebabkan lama dah tak pekena, makanya aku masih setia dengan burger Fuel Shack Original. Ini abang ipar Gee yang patut dipersalahkan sebab perkenalkan burger sedap nih! Serius! Daging dia sangat lembut dan terasa originalnya! Harga dalam RM16 - 20 satu set sekali dengan fries dan air. Mana nak cari Fuel Shack kat Ganu nih!! Kah
Original ShackDah semua dah kenyang! Kami teruskan window shopping kami. Hehe. Nasib baik jiwa kuat tau! Sebabnya banyak juga sale sempena 11/11 haritu. Kental jiwa raga. Haha! Maybe next time
Us after luncheon!! Cukup korum dalam gambar tapi pelbagai aksi ada. Haha!Puas berjalan, kami pun nak say good bye to KLCC. Haritu hujan, so tak dapat nak melepak depan KLCC. Its okay maybe next time. Haha!
Since semua dah penat, dan drama sinetron keletihan pun dah bermula, maka kami ambil train yang paling mudah dan cepat! Seperti dirancangkan oleh incik suami. Nak balik baru amik direct train cuma stop di KL Sentral untuk tukar train
Dari KLCC naik LRT ke KL Sentral. Masa dalam LRT ni Aqil dah mula drama dia. Ditendang kaki kakak kakak cun yang duduk sebelah. Dia dah terlalu mengantuk dan nak susu. Di pujuk, tak menjadi. Berkali - kali Gee minta maaf pada diaorang sebab Aqil bising. Haha! Lama - lama Aqil pun terlelap dengan sendirinya. Hehe.
Tiket LRT KLCC - KL Sentral : RM 2.40
Bergambar di KL Sentral. Aqil dan Ardini dah touch down dah. Penat sungguh! Haha!Dari KL Sentral kami naik ERL ke Putrajaya. Tak sabar nak naik ERL sebabnya boleh rehat selesa sikit. Arsyad memang dah lama nak naik ERL tu. Tercapai juga hajat dia. Dalam ERL Gee siap terlelap 2 minit. Sambil riba si Aqil, ibu pun lelap sama sebab memang selesa. Seat pun banyak kosong masa tu. Patutlah harga tiket ERL mahal sikit, maybe sebab keselesaan tu kita bayar extra. Kalau naik KLIA Express punya mesti lagi syok sebab laju berdesup! Okey maybe next time.Hahaha
Tiket ERL KL Sentral - Putrajaya : RM 14 Adults / RM 6.30 Kids
Tamatlah perjalanan kami ke KLCC dengan public transport LRT dan ERL. Seronok tengok kepuasan anak - anak bila dapat naik train. So lain kali kalau ke Kuala Lumpur, kita buat lagi trip dengan train ni. So alang - alang buat trip dengan kiddos, meh Gee share beberapa tips untuk buat trip naik train dengan anak - anak kecil ni.
Tips Travel By Train With Kiddos
1. Pastikan bawa air mineral / air kosong untuk bagi anak - anak minum. Gee akan make sure semua akan teguk air setiap kali sampai ke destinasi atau sementara tunggu train
2. Ibu sila pakai sling bag! Tangan kita mesti free untuk pimpin anak - anak.
3. Pakaikan baju yang paling selesa untuk anak - anak. Gee suka pakaikan seluar panjang dan shoes cuma kalini kasut lupa bawa lah pulak. Ardini je berkasut, lagi 3 pakai selipar je. Kikikiki
4. Bawa bekal coklat untuk standby bila anak - anak lapar dalam train untuk mengelakkan perut masuk angin. Coklat boleh bagi energy kat diaorang dan kita jugak
5. Terangkan pada anak - anak yang dah faham seperti Arsyad dan Amani tentang pentingnya berdiri di dalam petak kuning, alert bila train sampai, dan tidak berlari di stesen ketika menunggu
6. Make sure anak usia 6 tahun ke bawah sentiasa di pimpin terutamanya di stesen train
Done sharing apa yang perlu korang buat. Nanti kalau ada lain, Gee updates lagi. Apa - apa pun enjoy your quality times with the kids. Lepas ni Gee dan incik suami nak buat trip naik ETS pulak! Its a long journey! In syaa Allah ada rezeki. Joms siapa nak join
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sisgee.com/2018/11/train-trip-ke-klcc-dengan-erl-lrt.html