Tragedi Pilu Titanic 2023
NEW YORK - Ekspedisi untuk meneroka lokasi bangkai kapal Titanic tenggelam pada 1912 yang dikendalikan OceanGate Expeditions bertukar tragedi apabila kesemua lima kru dilaporkan terkorban selepas kapal selam dinaiki mereka meletup sekelip mata.Pengumuman
pada Khamis itu, sekali gus bakal menamatkan operasi mencari dan
menyelamat (SAR) multinasional di perairan Atlantik Utara yang mendapat
perhatian komuniti antarabangsa sejak awal minggu lalu.
Laksamana Muda John Mauger berkata, analisis menunjukkan serpihan
tersebut ditemui di dasar laut pada kedalaman 500 meter dari laluan ke
lokasi Titanic.
"Bukti penemuan itu konsisten dengan letupan bencana ruang tekanan kapal selam tersebut.
"Bagi
pihak Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) dan seluruh pasukan
terlibat, saya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kelima-lima
mangsa," ujarnya.
Terdahulu, Pengawal Pantai AS mengumumkan robot dasar laut yang turut
digunakan dalam misi itu berjaya menemui medan serpihan di zon carian
yang telah diperluaskan di Lautan Atlantik.
Difahamkan, serpihan itu termasuk kon ekor kapal selam dan bahagian depan serta belakang badan tekanannya.
"Pengawal
pantai tidak dapat memastikan bila atau mengapa Titan meletup dan sama
ada kesemua cebisan mayat akan dibawa naik ke permukaan. Robot yang
dikerahkan ke lokasi berkenaan akan meneruskan operasi carian di dasar
laut buat masa ini.
"Kami akan mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang boleh," jelas Mauger lagi.
Mereka
yang terbunuh ialah bilionair Britain, Hamish Harding, 58, pakar kapal
selam Perancis, Paul-Henri Nargeolet, 77, taikun Pakistan, Shahzada,
48,dan anak lelakinya, Suleman Dawood, 19, serta Ketua Pegawai Eksekutif
OceanGate Expeditions, Stockton Rush, 61.
"Kesemua mereka adalah
peneroka sejati yang berkongsi semangat pengembaraan berbeza untuk
meneroka dan melindungi lautan dunia," kata pengendali kapal selam Titan
itu dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Wall Street Journal
(WSJ) melaporkan tentera AS pada awalnya telah mengesan letupan Titan
menggunakan peranti pemantauan rahsia bunyi dasar laut tidak lama
selepas ia dikatakan hilang pada Ahad lalu.
"Tentera Laut AS
menjalankan analisis data akustik dan mengesan anomali yang konsisten
dengan letupan atau impak di persekitaran umum di mana Titan beroperasi
apabila komunikasi terputus," lapor WSJ memetik kenyataan pegawai kanan
tentera laut. - AFP
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://lagiberita.blogspot.com/2023/06/tragedi-pilu-titanic-2023.html