Tragedi Cas Telefon Bimbit
Tragedi Cas Telefon Bimbit. Remaja lelaki ma ut akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas di rumahnya di Kampung Gais Batu Pedas, Rembau, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, mangsa, Mohd Aidi Azzhar Zahrin, 16, ditemui meningg4l dunia jam 12.45 tengahari oleh ibunya yang mendapati anaknya tidak sedarkan diri.
Katanya, ibu mangsa berusia 51 tahun sebelum itu keluar rumah jam 7.45 pagi untuk ke tempat kerja dan mendapati anaknya dalam keadaan tertiarap di lantai yang disangkanya sedang tidur.
“Sewaktu berada di tempat kerja, wanita itu berasa tidak sedap hati lalu pulang ke rumah. Sebaik tiba dia melihat keadaan anaknya dalam posisi yang sama.
“Wanita itu cuba mengejutkan anaknya, namun tiada tindak balas, malah keadaan badan mangsa begitu sejuk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam semalam.
Katanya, wanita berkenaan menghubungi klinik kesihatan berdekatan sebelum pegawai perubatan yang tiba membuat pemeriksaan.
“Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui kesan lebam atau luka, sebaliknya pendarahan di sebelah telinga kiri.
“Ketika itu mangsa sedang memakai ‘earphone’ dan telefon bimbit miliknya yang berada bersebelahan sedang dicas. Pemeriksaan lanjut mendapati remaja itu sudah meningg4l dunia,” katanya.
Katanya, seorang daripada abang mangsa cuba mematikan suis elektrik sebelum menyedari terdapat kesan renjatan elektrik pada wayar berkenaan.
“May4t mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan hasil bedah siasat mengesahkan remaja itu ma ut akibat terkena renjatan elektrik,” katanya.
Sumber/FOTO: harian Metro
Remaja ma ut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon
Ibu mangsa, Jamaiyah Hamizah, tidak dapat menahan sebak ketika melihat jena zah anaknya, Mohd. Aidil Azzahar yang ma ut akibat renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit di Kampung Gaing Baru, Pedas, hari ini. Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun meningg4l dunia selepas terkena renjatan elektrik di rumahnya di Kampung Baru Gaing, Pedas, dekat sini semalam.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, mangsa Mohd. Aidil Azzahar Zaharin ditemukan meningg4l dunia dalam keadaan tertiarap di lantai bilik tidur oleh ibunya kira-kira pukul 12.45 tengah hari.
“Ibu mangsa, Jamaiyah Amizah yang pulang dari bekerja cuba mengejutkan anaknya tetapi mangsa tidak bergerak dan seluruh badan anaknya sejuk. Pemeriksaan ke atas tubuhnya mendapati tiada kesan lebam atau luka tetapi di telinga sebelah kiri terdapat kesan darah.
“Selain itu sebuah telefon bimbit yang sedang dicas ditemukan berdekatan mangsa. Fon telinga pula masih terpasang di telinga kiri dan terdapat kesan terbakar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Anuar Bakri berkata, may4t pelajar itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meningg4l dunia akibat terkena renjatan elektrik.
The post Tragedi Cas Telefon Bimbit.. appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/tragedi-cas-telefon-bimbit/