Tradisi Perkahwinan Yang Pelik Dan Aneh Di Dunia




Assalamualaikum wbt..
Perkahwinan adalah satu ikatan penyatuan di antara dua insan bercinta, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Bila dua insan ini telah mencapai satu kata sepakat untuk membina kehidupan bersama, maka akan dirai dalam satu keramaian mengikut adat dan budaya masing-masing.

Namun, awak tau tak, masih ada budaya dan adat perkahwinan yang agak pelik dan aneh digunapakai hingga ke generasi sekarang.. Menurut masyakarat berkenaan, jika adat dan budaya ini ditinggalkan, maka perkahwinan seseorang itu bakal menerima musibah yang besar serta jodoh antara mempelai dikatakan akan musnah dalam sekelip mata.

Ini adalah contoh-contoh adat dan ritual perkahwinan yang masih digunapakai dalam masyarakat dunia.. 
Sumber gambar daripada Google Images

Bersedia untuk dikotorkan - Dekat Scotland, pasangan pengantin baru akan disirami dengan sebaldi cecair yang merupakan campuran daripada apa saja bahan yang ada dekat dapur, contohnya sos tomato, tepung gandum, daging cencang, isi ikan,dan apa-apa saja yang kotor. Ahli keluarga dan rakan-rakan pengantin ini akan bergilir-gilir mengotorkan pengantin dengan cara siram air campuran itu. Setelah dikotorkan, kedua mempelai ini akan dibawa keluar dalam keadaan kotoran sebegitu. Masyarakat Scotland percaya mempelai yang dikotorkan terutama pengantin perempuan akan menjadi lebih kental dan mempunyai mental yang kuat dalam menangani dugaan dalam sepanjang usia perkahwinan mereka.. Awak sanggup nak kena siram dengan cecair sebegitu..


Sumber gambar daripada Google Images

Berkahwin dengan pokok - Tradisi perkahwinan di India kebanyakkannya memang unik, termasuklah adat pengantin yang memilih untuk berkahwin dengan objek seperti pokok. Perkahwinan ini dikenali sebagai 'Manglik' yang merupakan perkahwinan antara manusia dengan pokok dan anjing sebelum mereka dibenarkan berkahwin dengan manusia.  Mengikut kepercayaan orang India, mereka yakin sekiranya pengantin itu tidak berkahwin dengan objek terlebih dulu, dibimbangi sama ada pengantin lelaki mahupun pengantin wanita akan meninggal dunia sebaik saja mereka berkahwin kelak...

Sumber gambar daripada Google Images

Juadah daripada mangkuk tandas - Dekat Perancis, ada satu adat yang menjadi kebiasaan untuk pasangan pengantin baru menikmati juadah istimewa ini.. Istimewanya adalah sisa makanan tetamu akan disatukan dalam satu bekas mangkuk khas yang serupa benar dengan mangkuk tandas. Pasangan pengantin ini wajib menghabiskan makanan tersebut tanpa meninggalkan satu sisa pun makanan dalam mangkuk ini. Sekiranya tak habis dimakan, maka pengantin itu perlu membayar cukai sebagai denda yang dengar ceritanya agak besar nilainya.. Awak sanggup tak nak makan camtu..?

Sumber gambar daripada Google Images

Memanah pengantin perempuan - Di China, salah satu ritual adat yang masih digunapakai di sana adalah dengan mengadakan sesi memanah yang dilakukan oleh pengantin lelaki ke atas pengantin perempuan. Walau bagaimanapun, anak panah yang digunakan tidak mempunyai bahagian mata yang tajam, jadi jangan risau bila nak kena panah tue.. Selalunya anak panah itu akan disasarkan oleh si suami ke arah isterinya sebanyak tiga kali, selesai memanah si suami tadi akan mengutip kembali anak panah yang digunakan dan kemudian akan mematahkannya menjadi dua bahagian. Mengikut kepercayaan orang di sana, simbolik dalam penggunaan anak panah itu menunjukkan ikatan cinta pasangan pengantin baru berkahwin ini akan berkekalan selamanya.. 

Sumber gambar daripada Google Images

Ibu pengantin membawa malang - Bagi masyarakat Benggali pula, lain adatnya.. Dikatakan ibu pengantin kedua-dua mempelai tak dibenarkan sama sekali untuk menghadiri majlis perkahwinan anak mereka kerana masyarakat di sana mempercayai wujudnya semangat jahat yang datang daripada ibu pengantin dan boleh mengancam keharmonian rumahtangga anak mereka.. Pulak... 

Sumber gambar daripada Google Images

Bersedia untuk diludah - Di Kenya Afrika pula memang terkenal dengan masyarakat yang berpegang teguh pada adat nenek moyang mereka. Yang paling terkenal kat sini adalah, takde istilah bercinta sebelum kahwin, dan urusan perkahwinan memang sebulat-bulatnya diuruskan oleh orang  tua dan mereka akan mengadakan satu mesyuarat bagi memilih calon suami yang sesuai untuk dijodohkan dengan anak perempuan mereka. Hanya apabila calon suami dah ada dan didapati sesuai, maka barulah akan diadakan majlis perkahwinan. Pad hari perkahwinan itu, biasanya pengantin perempuan akan dibotakkan kepala mereka dan kemudian dilumurkan dengan lemak kambing yang telah dijadikan minyak. Bagi melengkapkan ritual ini, bapa si pengantin perempuan akan meludah ke bahagian kepala anaknya dan ke bahagian payudaranya sebagai simbolik restu, tuah dan nasib yang baik.. Macam-macam.. 
Sumber gambar daripada Google Images

Lamaran dengan gigi ikan paus - Di Fiji, tradisi yang masih digunapakai untuk perkahwinan adalah menggunakan rantaian gigi ikan paus untuk melamar pengantin perempuan. Gigi ikan paus ini dikenali sebagai 'tabua' dan ia akan dipersembahkan kepada bapa bakal pengantin perempuan sewaktu sesi lamaran oleh pengantin lelaki. Hampir semua keluarga di Fiji menyimpan tabua ini bagi kegunaan anak-anak lelaki mereka terutamanya apabila bila tiba masa mereka untuk melamar gadis pilihan mereka sendiri.

Sumber gambar daripada Google Images

Lebih berisi lebih baik - Selalu yang kita dengar bila nak berkahwin nie, semuanya berpakat untuk diet dan mengikat perut agar kelihatan lebih langsing dan jelita semasa hari majlis yang penuh bermakna ini, tapi lain pula cerita dan adat di Mauritius. Pengantin perempuan diarahkan untuk makan sebanyak mungkin bagi menaikkan berat badan sebab mengikut kepercayaan orang-orang di sana, bila pengantin perempuan nie lebih berisi adalah lebih baik dan ia juga melambangkan kesuburan, kekayaan dan kemewahan. Kalau awak nak tahu, lelaki Mauritius memang lebih cenderung memilih kekasih yang mempunyai tubuh badan besar daripada yang langsing kerana bagi mereka wanita berisi nie lebih menawan hati daripada yang jenis langsing.. hihihi.. Macam-macam...
So, inilah adat tradisi perkahwinan yang pelik dan aneh dalam dunia nie.. 
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2020/07/tradisi-perkahwinan-yang-pelik-dan-aneh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Anak Malaysia Diiktiraf Dunia Dr Masliza Mahmod Dilantik Jadi Profesor Perubatan Kardiovaskular Universiti Oxford

Lagi Anak Malaysia Diiktiraf Dunia Dr Masliza Mahmod Dilantik Jadi Profesor Perubatan Kardiovaskular Universiti Oxford

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 438 hits
Melalui perkongsian Dato Sri Noor Hisham di laman Twitter beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr Masliza Mahmad diatas pencapaianya menjadi Profesor Madya Perubatan Kardiovaskular di universiti terbaik di dunia Congratulations to Dr Ma...
Pemandu Bas Mati Otak Dibelasah Selepas Tegur Penumpang Tak Pakai Topeng Muka Dilapor Meninggal Dunia

Pemandu Bas Mati Otak Dibelasah Selepas Tegur Penumpang Tak Pakai Topeng Muka Dilapor Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 463 hits
Seorang pemandu bas di Bayonne Perancis yang dilaporkan cedera parah sehingga mati otak selepas dibelasah penumpang dilaporkan meninggal dunia semalam Tragedi yang menimpa mangsa Philippe Monguillot 59 menggemparkan dunia apabila tindakanny...
Perihal Piala Dunia U 20 Ini Harapan Besar Menpora

Perihal Piala Dunia U 20 Ini Harapan Besar Menpora

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 172 hits
Menpora Zainudin Amali yang juga menjabat Ketua Panitia Penyelenggara Piala Dunia U 20 2021menaruh harapan besar Yakni bagi ia Indonesia selaku tuan rumah harus sukses penyelenggaraan sukses prestasi dan sukses administrasi harus dapat dira...
Adakah Semua Manusia Di Dunia Wajib Untuk Solat

Adakah Semua Manusia Di Dunia Wajib Untuk Solat

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 238 hits
SOALAN Pasti ada antara kita yang ingin tahu adakah orang kafir wajib untuk menunaikan perkara yang dilakukan oleh orang Islam JAWAPAN Majoriti ulamak usul berjalan di atas bahawasanya orang kafir di tuntut atas mereka itu ketika di dunia i...
Dunia Sementara

Dunia Sementara

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 326 hits
Tiada yang kekal Semua hanya sementaraHanya Allah Yang Kekal AbadiDunia akan musnah jua akhirnyaPenghujungnya hanya Syurga NerakaBiarlah dunia sementara iniMenjadi syurga yang didahulukanSungguh Dunia ini hanyalah medan ujianHanya yang lulu...
Usah Biar Palestin Lenyap Daripada Peta Dunia

Usah Biar Palestin Lenyap Daripada Peta Dunia

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 294 hits
Dr Ismail IbrahimSELEPAS sekian lama akhirnya Israel dengan sokongan penuh Amerika Syarikat berjaya mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya Kini langkah seterusnya adalah memperluaskan negaranya ke tanah milik Palestin di sekelilin...
5 Pemenang Jackpot Paling Lumayan Di Dunia

5 Pemenang Jackpot Paling Lumayan Di Dunia

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 411 hits
Jika anda bermain loteri atau nombor ekor ia semata mata bergantung kepada nasib dan di Malaysia hadiah paling lumayan dimenangi adalah pada tahun 2017 di mana seorang wanita berusia 40 tahun telah memenangi wang tunai bernilai RM69 6 juta ...
Belum Dapat Merasa Susu Ibu Wanita Hidap Kanser Meninggal Dunia Lepas Lahirkan Anak

Belum Dapat Merasa Susu Ibu Wanita Hidap Kanser Meninggal Dunia Lepas Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 456 hits
Seorang ibu muda berusia 24 tahun Noor Athirah akhirnya menemui ajal pada 9 Julai nbsp selepas 47 hari bertarung nyawa melawan penyakit kanser arwah meninggalkan dua orang cahaya mata yang masih kecil Lebih meruntun jiwa suaminya Muhammad H...
Presiden Felda United Meninggal Dunia

Presiden Felda United Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 418 hits
PRESIDEN Felda United Anuar Malek 58 meninggal dunia akibat komplikasi jantung di sebuah pusat perubatan swasta ibu negara jam 3 pagi tadi Setiausaha Agung Felda United Afizal Abu Othman berkata jenazah Allahyarham kini berada di Masjid At ...
Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

A Triple Somersault Wearing A Sarong In C Wealth Games 2026

Pembangkang Perlu Ketepi Ego Contohi Langkah Ph Meterai Mou Bersama Kabinet Ismail Sabri

Perunding Berdaftar Harta Pusaka Islam Hans Legacy Sdn Bhd

Ibis Styles Iskandar Puteri Buffet Berbuka Puasa

Penurunan Wall Street Didorong Oleh Sektor Teknologi Dan Kadar Fed

Rawatan Urutan Badan Chiropractic Dan Acupressure Dari Tukang Urut Skudai

Indonesia Perkenal Insentif Tingkat Jualan Kereta Elektrik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 Astro Ria

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 Mesti Tonton

5 Budaya Barat Yang Dah Jadi Ikutan Pasangan Melayu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga Slot Akasia TV3

5 Fakta Tentang Dragonball Mutiara Naga Yang Anda Perlu Tahu


Lebuhraya Wce Beruas Ke Changkat Jering

Resepi Sambal Terung

Naik Lrt Mrt Kl Central Ke Star Hill Pavilion 2024

Jangan Pernah Berhenti

Resepi Kfc Double Down

Lokasi Tapak Bazar Ramadan Sekitar Shah Alam 2024