Tourism Selangor Meterai Perjanjian Persefahaman Bersama Pkns Real Estate Sdn Bhd


MoU sebagai Permulaan kepada Projek “SACC Walk Retail Container”; Sebuah Tarikan Pelancongan Baharu di Shah Alam bermula Ramadan 2022



Tourism Selangor hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pihak PKNS Real Estate (PREC) dalam usahasama membina dan membangunkan projek “SACC Walk Retail Container”. Memorandum yang dimeterai menyaksikan satu lagi langkah strategik dalam mengukuhkan lagi sinergi dan kerjasama dinamik untuk merancakkan kembali bidang peruncitan dan pelancongan negara. Majlis pemeteraian yang berlangsung di Black Box@SACC Mall yang turut disiarkan secara atas talian telah disempunakan oleh Tuan Encik Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif,Tourism Selangor dan Tuan Sr. Fakru Radzi bin Ab Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif PREC.
Selain penyediaan tapak untuk kontena runcit, pelan perlaksanaan turut menyokong kerja pemasangan penuh kontena, keperluan teknikal, perlesenan dan perkara berbangkit. Sokongan kewangan turut disediakan kepada bakal penyewa dan atau mana-mana syarikat yang berminat untuk membeli kontena atau menjadi sebahagian daripada kandungan Kontena Runcit SACC Walk. Pemasangan sebanyak 10 kontena runcit ini dijangka siap menjelang bulan Ramadan 2022.



Bagi menyokong usaha tersebut, pihak Tourism Selangor akan bertanggungjawab menyalurkan maklumat atau hebahan kepada pihak berminat untuk tujuan pembelian atau penyewaan, selain mengadakan acara atau aktiviti mempromosikan SACC Walk kepada orang ramai dalam mewujudkan kesedaran tentang daya tarikan di kawasan ini.



Tuan Azrul Shah Mohamad dalam sebuah kenyataan berkata, “Memorandum Persefaham atau MoU yang dimeterai pada hari ini menandakan sebuah lagi pencapaian pihak Tourism Selangor, terutamanya dalam pemerkasaan sektor peruncitan yang merupakan antara elemen terpenting dalam sektor pelancongan Negeri. Pihak Tourism Selangor sedia maklum tentang potensi besar sektor ini, serta mengalu-alukan idea-idea baharu serta di luar kotak, yang disambut-baik oleh orang awam”.
 


“Inisiatif ini juga adalah bertepatan dengan visi Kempen “Pusing Selangor Dulu” yang mengajak orang ramai ke tempat-tempat tumpuan seperti ke SACC Walk bagi merasa sendiri inovasi kepada pengalaman runcit dan beli-belah di sini”, tambah Tuan Azrul Shah.

En. Sr. Hj. Fakru Radzi Ab Ghani, dalam ucapannya berkata “Majlis ini menjadi saksi kepada kesepakatan kami untuk membangunkan “SACC Walk Retail Container” bertempat di SACC Walk, Shah Alam.  Fenomena kontena terpakai yang dikomersialkan untuk tujuan “homestay”, ruang pejabat, kedai makan, dan peruncitan bukanlah sesuatu yang baharu. Justeru, kami percaya bahawa kolaborasi bersama Tourism Selangor dalam mengadakan kontena terpakai ini di tapak yang strategik seperti SACC Walk mampu menjadi daya tarikan tambahan kepada para pengunjung. Apatahlagi dengan kepelbagaian dan kelainan produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan, kami percaya ia mempunyai kelebihan daya saing yang mampu memenangi hati orang ramai.”


Sebagai salah sebuah usaha proaktif dalam menetapkan semula atau “reset” industri pelancongan domestik Negara khususnya di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor telah melancarkan Kempen Pusing Selangor Dulu”” pada Disember tahun lalu. Seorang selebriti tempatan; Che Puan Juliana Evans telah dilantik sebagai Duta Kempen ini yang digerakkan menerusi landasan digital, terutamanya laman media sosial rasmi Tourism Selangor; Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube.




Apa yang membanggakan, sejak dilancarkan, tanda pagar #PusingSelangorDulu telah menerima sebanyak 22 juta reach di laman media sosial. Dalam masa yang sama, sasaran Kempen “Pusing Selangor Dulu” bakal diperluas dalam mencapai objektif menjadikan SACC Walk sebagai kawasan nukleus pelancongan baharu bagi Negeri Selangor.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Baca juga : Kemeriahan Deepavali Masih Terasa



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2021/11/tourism-selangor-meterai-perjanjian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tourism Sertai Matta Fair 2021 Dengan Kempen Pusing Selangor Dulu

Tourism Sertai Matta Fair 2021 Dengan Kempen Pusing Selangor Dulu

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 454 hits
Inilah Masanya untuk Anda DapatkanTawaran dan Diskaun Hebat Produk Pelancongan Negeri Selangor Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor akan menyertai pameran pelancongan MATTA FAIR 2021 yang kembali semula menemui para pengembara...
The 3rd Tourism Selangor Golf Tournament 2021 A Much Anticipated Event Coming To You This December 12th

The 3rd Tourism Selangor Golf Tournament 2021 A Much Anticipated Event Coming To You This December 12th

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 349 hits
The Tournament s Third Edition Proves Tourism Selangor s Dedication in Penetrating Golf Tourism in the State It s Time to Golf without Hesitation in Selangor Selangor State Government through its Official Tourism Promotion Agency Tourism Se...
Ada Kesilapan Besar Dalam Dokumen Perjanjian Awal Projek Terowong P Pinang

Ada Kesilapan Besar Dalam Dokumen Perjanjian Awal Projek Terowong P Pinang

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 301 hits
Membabitkan lot tanah yang menjadi perkara utama Saksi KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa terdapat kesilapan besar dalam kandungan dokumen Perjanjian Awalan Bagi Projek Penswastaan Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pina...
Sebaik Baik Perjanjian Adalah Pembentukan Muafakat Nasional Nik Abduh

Sebaik Baik Perjanjian Adalah Pembentukan Muafakat Nasional Nik Abduh

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 194 hits
Sebaik baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional Nik Abduh Sebaik baik perjanjian yang termeterai sejak berpuluh tahun adalah di Himpunan Perpaduan Ummah yang membentuk Muafakat Nasional kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Moham...
2 500kg Of Plastic Bottles Fished Out Of River In Selangor

2 500kg Of Plastic Bottles Fished Out Of River In Selangor

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 270 hits
Some 2 500kg of plastic bottles have been collected from Sungai Kandis in Selangor The Selangor Maritime Gateway initiative said a pilot project to capture floating debris in the river collected 2 5 metric tonnes of plastic bottles in just ...
Tetak Rakan Langgar Perjanjian Buat Hubungan Sulit Dengan Isteri

Tetak Rakan Langgar Perjanjian Buat Hubungan Sulit Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 160 hits
Dalam kejadian kira kira 1 pagi itu bekas banduan terbabit naik angin dan menetak rakannya dengan parang di rumahnya di sebuah taman perumahan dekat sini apabila mendapati rakannya itu berjumpa isterinya untuk melakukan hubungan seks pada s...
Perjanjian Ahli Sihir David Copperfield Dengan Jin

Perjanjian Ahli Sihir David Copperfield Dengan Jin

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 263 hits
Anda semua sudah kenal manusia ajaib dan misteri seperti ini David Copperfield mula bermain silap mata sejak berusia 12 tahun dan menjadi ahli silap mata termuda diterima sebagai ahli Persatuan Ahli silap mata Amerika og Apabila 16 tahun Ne...
Benarkah Perjanjian Tppa Sudah Dimeterai Tetapi Cuma Belum Ditandatangani

Benarkah Perjanjian Tppa Sudah Dimeterai Tetapi Cuma Belum Ditandatangani

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 102 hits
TPPA Belum DimeteraiSaya terpanggil untuk dengan rendah hati menegur penyunting penyunting media termasuk media arus perdana yang melaporkan berhubung TPPA Penggunaan kalimah seperti meterai dan done deal antaranya adalah sama sekali tidak ...
Man In Selangor Slashes Son After Argument Over Tv Channels

Man In Selangor Slashes Son After Argument Over Tv Channels

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 310 hits
Hulu Selangor Police chief Supt Arsad Kamaruddin said the father slashed his 37 year old son three times on the neck using a knife taken from the kitchen 8211 Stock photo KUALA LUMPUR An argument over TV channels resulted in the death of a ...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord