Touching Disebalik Pembunuhan Muslim Rohingya Koleksi Gambar Seribu Makna


Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?


Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud,


“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
2. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.

3. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.



4. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.



5. Berdasarkan maklumat langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.



6. Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.



7. Pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.



8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.



9. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.



10. Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.
11. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu, penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.
12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.


13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.


14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.


15. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.


16. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar .


17. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.


18. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.

Koleksi Gambar:-Tiada pelindung daripada panasnya mentari. Tiada selimut
tika kesejukan membalut tubuhnya. T_TLelaki Rohingya sedang memeluk pengawal sempadan Bangladesh supaya
tidak menghantar keluarga mereka kembali ke Myammar T.TAnak kecil ini masih tegar mengambil wuduk
untuk menunaikan solat ketika saat perang berkecamuk. Kita?Erti kesusahan masih boleh ditutup
dengan secebis senyuman ikhlas mereka
Doa adalah senjata orang beriman


Masih terlalu kecil untuk anak ini
memahami erti penderitaan...Demi secebis rezekiKeadaan di pusat pelarian



Dalam kekecamukan peperangan seseorang
 insan pasti butuhkan TuhannyaKanak-kanak masih lagi riang bermain di
pusat pelarian










Ya Allah, bantulah kami, bantulah kami...
















Anak kecil itu bakal menjadi pejuang
di masa hadapan...





Rumah Rohingya dibakar oleh ekstrimis RakhineLagaknya seperti pejuang, namun inilah Hassasin alaf baru.
Umur setahun jagung telah membunuh berpuluh-puluh muslim Rohingya

Adakah ada simpati dalam kalangan polis sendiri?
Ratusan anak muda Rohingya ditahan tanpa sebabPolis bersekongkol dengan Ekstrimis Rakhine sedang
membantai penduduk Rohingya tak mengira usia
Dulu janji bukan main manis, tapi apabila berjaya dilantik Ahli Parlimen,
janjinya kepada Rohingya dimungkiri


"Kamu keluar aku tembak.",laung polis itu kepada keluarga Rohingya
Masyarakat Rakhine sendiri turut terkena tempiasnya.
Perkampungan Rohingya dibakar

Menyayat hatiGambar mayat seorang Muslim Rohingya yang telah dihumban
ke dalam air kumbahan setelah dibunuhKaum wanita Rakhine turut serta membantai
umat Islam Rohingya




Rakhine membawa pedang, parang, dan senjata tajam seperti buluh ke mana-mana. Katanya mahu berlindung dari keganasan Rohingya sedang Rohingya tidak dibenarkan memiliki alatan tajam walaupun pisau dapur!

Laknatullah! Megah berjalan selepas selesai
membakar perkampungan Rohingya.
Salah seorang ekstrimis RakhineMasjid dibakar. Ya Rasulullah, sesungguhnya umatmu
kini ditindas...

Pengawal Bangladesh ini tidak menerima pendatang Rohingya
ke negaranya. Mana belas kasihanmu???

Headshot atau diparang? Allahurabbi...Tiada negara yang mahu menerima mereka...

Jika berdiam diri sahaja pasti akan dibakar oleh
ekstrimis Rakhine, jika keluar pula ditembak oleh polis yang bersekongkol. Dilema.

Seribu satu makna



Ekstrimis Rakhine selepas usai membakar rumah
penduduk Rohingya

Pabila masjid dan madrasah turut dijasikan sasaranMenunggu mangsanya...Laknat kamu !!!









Sami Buddha turut terlibat dengan serangan
ke atas penduduk RohingyaHanya menunggu signal. Baru belasan tahun.Rakhine+Polis vs RohingyaMadrasah disekat, dihalang
Orang tua yang langsung tidak berdaya dipukul beramai-ramai



Sudah cukup gambar ini membuatkan air mata kita menitis. T.T
Semoga kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hijabulcrewz.blogspot.com/2012/07/touching-disebalik-pembunuhan-muslim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Layan Koleksi Gambar Lucu Yang Mencuit Hati

Jom Layan Koleksi Gambar Lucu Yang Mencuit Hati

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 443 hits
koleksi gambar lawak Peminat Ray Ban dan G Shock Dapatkan dan
8 Gambar Kenali Alyssa Anak Ustaz Derry Sulaiman Yang Seksi Menawan

8 Gambar Kenali Alyssa Anak Ustaz Derry Sulaiman Yang Seksi Menawan

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 1630 hits
Anak perempuan tiri kumpulan gitaris band metal popular di Indonesia Betrayer Derry Sulaiman tengah hangat diperkatan Gadis yang dimaksud adalah Alyssa Spischack Alyssa telah mencuri perhatian netizen lantaran penampilan barunya Dia tampil ...
Perisian Penyunting Gambar Aperture Tidak Akan Boleh Digunakan Selepas Macos Mojave

Perisian Penyunting Gambar Aperture Tidak Akan Boleh Digunakan Selepas Macos Mojave

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 217 hits
Aperture merupakan salah satu perisian penyunting gambar yang ditujukan untuk golongan professional dan disediakan oleh Apple sendiri Terkini pihak Apple mengumumkan yang mana perisian Aperture tidak lagi boleh digunakan pada macOS selepas ...
Viral Kes Rakyat Malaysia Ugut Minta Duit Kalau Nak Gambar Mendiang Anak Ini Respon Fynn Jamal

Viral Kes Rakyat Malaysia Ugut Minta Duit Kalau Nak Gambar Mendiang Anak Ini Respon Fynn Jamal

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 451 hits
Penyanyi Fynn Jamal menerusi akaun instagramnya memberi riaksi kecewa dan marah dengan berita yang melibatkan wanita Malaysia di luar negara sanggup menggunakan sensitiviti untuk kepentingan peribadi I pray Kau Tak Jadi Punca Rakyat Malaysi...
Dah La Tak Payah Lebih2 Sangat Gambar Lan Pet Pet Cium Pak Ya Buat Netizen Naik Meluat

Dah La Tak Payah Lebih2 Sangat Gambar Lan Pet Pet Cium Pak Ya Buat Netizen Naik Meluat

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 504 hits
Sebelum ini pernah menjadi buah mulut ramai berkaitan kes pergaduhan mengenai pelawak Lan Pet Pet dan pengawal keselamatan wagra emas dikenali sebagai Pak Ya Umum sedia maklum bahawa pelawak tersebut telah membuat permohonan maaf secara ter...
Ugut Rm2 900 Jika Mahu Gambar Mendiang Bayi Semula Wanita Malaysia Tidak Dibenar Ikat Jamin

Ugut Rm2 900 Jika Mahu Gambar Mendiang Bayi Semula Wanita Malaysia Tidak Dibenar Ikat Jamin

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 1071 hits
Seorang wanita Malaysia yang dikenali sebagai Siti Nurhidayah Kamal dituduh memeras ugut sepasang suami isteri Jay dan Dee Windross yang kematian bayi mereka untuk sejumlah wang sebanyak A 1 000 BACA Siti Nurhidayah telah menghubungi pasang...
Wanita Malaysia Ugut Rm2 900 Dari Pasangan Ini Jika Mahu Gambar Mendiang Bayi Mereka Dikembalikan

Wanita Malaysia Ugut Rm2 900 Dari Pasangan Ini Jika Mahu Gambar Mendiang Bayi Mereka Dikembalikan

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 698 hits
Seorang wanita Malaysia dituduh memeras ugut sepasang suami isteri yang kematian bayi mereka untuk sejumlah wang A 1 000 nbsp Siti Nurhidayah Kamal 24 tidak dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Ringwood semalam kerana bimbang tertuduh akan
12 Gambar Krisis Ekonomi Venezuela Berdozen Dozen Wang Kertas Diperlukan Untuk Beli Barang Keperluan

12 Gambar Krisis Ekonomi Venezuela Berdozen Dozen Wang Kertas Diperlukan Untuk Beli Barang Keperluan

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 909 hits
Matawang Venezuela yang tiada lagi nilai berikutan kemerosotan ekonominya yang teruk menyebabkan wang negara itu kini hanya seperti kertas biasa boleh didapati berselerak di jalanan malah ada yang menganyamnya dijadikan beg dan barang cende...
Hiburan Power Tangkap Gambar Ini Peluang Anda Menangi Huawei P30 Pro Wang Tunai Usd20 000

Hiburan Power Tangkap Gambar Ini Peluang Anda Menangi Huawei P30 Pro Wang Tunai Usd20 000

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 533 hits
Anda berbakat mengambil gambar Sering menerima pujian seperti wow macam pro la you ambil gambar pergh kalah jurugambar professional nie dan kebabom hebat gila Tunjur ajarku sifu apabila memuatnaik gambar anda ke laman sosial Inilah masanya ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan