Tong Gas Ungu Petronas Perbezaan Dan Kegunaan


Tong Gas Ungu Petronas – Perbezaan dan Kegunaan
Mungkin anda pernah melihat kehadiran tong gas ungu tersebut dan tertanya-tanya, kenapa tong gas tiba-tiba bertukar warna? Bukankah sebelum ini warna tong gas Petronas biasanya hijau? 
Untuk pengetahuan anda, bermula 1 Mei 2025 yang lalu, pelaksanaan tong gas berwarna ungu telah mula dikuatkuasakan. 
Tong gas berwarna ungu yang diperkenalkan oleh Petronas adalah silinder LPG 14kg khas untuk kegunaan komersial dan industri di Malaysia.
Sebenarnya, warna ungu ini bukan sekadar perubahan kosmetik. Ia membawa maksud yang sangat penting dalam sistem agihan subsidi gas memasak (LPG) di Malaysia.
Mari baca info lebih lanjut di bawah. 
BACA JUGA: Nombor Pengenalan Cukai (TIN) – Semakan dan Pendaftaran
Apa Itu Tong Gas Ungu Petronas? Secara asasnya, tong gas ungu Petronas ialah silinder LPG (liquefied petroleum gas) yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia di bawah inisiatif Program Pengurusan Subsidi Bersasar. 
Warna ungu ini bertujuan untuk membezakan antara tong gas subsidi dengan tong gas tidak bersubsidi yang biasa kita beli di pasaran.
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja menerima manfaat subsidi LPG.
Ia juga bertujuan membendung penyalahgunaan subsidi, di mana sebelum ini banyak kes berlaku melibatkan penggunaan LPG subsidi oleh pihak industri dan komersial secara tidak sah.
Kenapa Tong Gas Ungu Petronas Diperkenalkan? Pelaksanaan tong gas ungu Petronas bertujuan utama untuk membezakan antara tong gas subsidi dan bukan subsidi. 
Mulai 1 Mei 2025, penggunaan silinder gas petroleum cecair (LPG) komersial 14 kilogram, atau lebih dikenali sebagai tong gas ungu diwajibkan bagi tujuan komersial. 
Langkah ini diambil untuk meningkatkan keselamatan, mengelakkan penyelewengan dan memastikan hanya pengguna yang layak benar-benar menerima manfaat subsidi kerajaan.
Dengan pengenalan tong gas subsidi yang berwarna ungu, kerajaan dapat mengekang aktiviti pemindahan gas subsidi ke tong bukan subsidi (decanting), yang biasanya dijual pada harga lebih tinggi di pasaran gelap. 
Siapa Patut Guna Tong Gas Ungu? Hanya pengguna domestik yang layak menerima tong gas subsidi, manakala peniaga dan kegunaan komersial diwajibkan menggunakan tong gas ungu Petronas. 
Penguatkuasaan ini penting untuk memastikan subsidi kerajaan sampai kepada golongan sasaran dan tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 
Pengguna disarankan untuk sentiasa membeli tong gas dari pengedar sah dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. 
Jadi, siapa patut guna tong gas ungu?
Peniaga makanan – restoran, kedai makan, gerai & katering Industri Kecil & Sederhana (IKS) – kilang makanan, dobi, bengkel Pengguna komersial lain – hotel, kantin & perniagaan berasaskan gas Perbezaan Tong Gas Ungu dan Tong Gas Subsidi? Sumber: Facebook My Resipi 1. Warna dan Tujuan Penggunaan
Tong gas ungu dikhaskan untuk kegunaan komersial, seperti restoran, kedai makan dan perniagaan makanan. Tong gas subsidi lazimnya berwana merah, hijau, kelabu, dan untuk kegunaan domestik.
2. Harga dan Subsidi
Tong gas biasa (subsidi) dijual pada harga yang jauh lebih rendah kerana mendapat subsidi kerajaan. Sebaliknya, tong gas ungu tidak menerima subsidi dan dijual pada harga pasaran bergantung kepada lokasi. Perbezaan harga ini memberi kesan langsung kepada kos operasi peniaga dan harga makanan di pasaran.
3. Peraturan Penggunaan
Peniaga makanan tidak dibenarkan menggunakan tong gas subsidi untuk operasi mereka dan wajib beralih kepada tong gas ungu. Ini bertujuan memastikan subsidi LPG hanya dinikmati oleh pengguna domestik yang layak, serta mengelakkan penyelewengan dan ketirisan subsidi. 
Penjelasan Menteri KPDN Isu Gas LPG Ungu untuk Komersial & Industri Assalam/Salam Sejahtera,
Maklum balas Isu LPG
1. Bukan satu dasar peraturan baharu di bawah Kerajaan Madani dan bukan pemotongan subsidi sebagaimana didakwa. Ini terkait dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 yang telahpun berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021 di bawah pentadbiran Kerajaan lalu. Dalam Peraturan 2021 ini, penggunaan barang-barang kawalan tertentu melebih kuantiti yang ditetapkan, perlu memohon permit barang kawalan. Bagi LPG, penggunaan melebihi 42 kg pada satu-satu masa (melebih 3 tong 14 kg, tidak boleh menggunakan tong LPG bersubsidi).
2. Bermula 1 Mei 2025, KPDN melaksanakan Ops Gas Memasak (Ops GASAK). Fokus kepada aspek ketirisan subsidi LPG melalui aktiviti decanting dan penggunaan subsidi oleh pihak industri. Walau bagaimanapun, dalam operasi pemeriksaan rutin penguat kuasa di premis-premis perniagaan termasuk restoran, kita memaklumkan peniaga tentang peraturan yang berkuat kuasa melalui notis yang dikeluarkan.
3. Notis tersebut bukanlah satu dokumen kompaun kesalahan tetapi merupakan dokumen Kenyataan Pemeriksaan Premis yang merupakan dokumen standard yang akan diserahkan penguat kuasa KPDN semasa membuat sebarang pemeriksaan rutin di mana-mana premis yang berkaitan. Ini termasuk pemeriksaan pematuhan semua perundangan di bawah bidang kuasa KPDN yang berkaitan seperti pemeriksaan tanda harga, alat timbang sukat dan semakan Permit Barang Kawalan.
4. Terkait tong LPG, mana-mana pihak yang tidak menyimpan atau menggunakan melebihi had berkenaan tidak tertakluk kepada keperluan Permit Barang Kawalan.
5. Sebahagian besar gerai penjaja dan gerai makan tidak menggunakan tong LPG subsidi melebihi 3 tong @ 42kg pada satu-satu masa, isunya adalah berkaitan restoran-restoran dan perniagaan berskala besar.
6. Pada masa ini tindakan undang-undang hanya diambil serta merta kepada aktiviti decanting (tong LPG subdisi yang diseleweng dan dimasukkan ke dalam tong tanpa subsidi) dan penggunaan oleh industri. Di premis perniagaan lain, hanya untuk advokasi untuk memaklumkan peraturan untuk premis perniagaan yang menggunakan lebih 3 tong LPG (melebihi 42 kg pada satu-satu masa perlu memohon permit barang kawalan).
7. Sungguhpun Peraturan 2021 telah meletakkan peruntukan yang jelas, setakat ini KPDN tidak melaksanakan tindakan penguatkuasaan kepada premis perniagaan termasuk restoran yang tidak mematuhi peraturan tersebut dan hanya berbentuk advokasi melalui dokumen makluman. KPDN akan merujuk kepada agensi pusat terlebihi dahulu sebelum sebarang tindakan kompaun diambil.
8. Perlu diingat, subsidi LPG telah mencecah RM3.4 bilion pada tahun 2024. Ini adalah salah satu jenis subsidi kepenggunaan iaitu subsidi dapur rumah rakyat, bukannya subsidi perniagaan atau perdagangan.
9. Jumlah subsidi ini akan terus meningkat sekiranya tiada larangan tegas kerana premis perniagaan makanan minuman semakin bertambah.
10. Kita ambil makluman risiko kenaikan harga makanan yang disebut oleh pihak tertentu sekiranya mereka tidak dibenarkan menggunakan tong subsidi. Namun, perlu juga dipertimbangkan sama ada ruang fiskal kerajaan akan mampu menampung kos subsidi LPG yang semakin membesar termasuk memberikan subsidi kepada semua jenis restoran.
11. Buat masa ini, subsidi LPG digunakan oleh sebahagian besar restoran, apa juga jenis restoran. Ada restoran menjual nasi ayam RM8 per serving, ada RM10, ada RM15 dan ada juga melebihi RM20 seorang. Adakah wajar kita berikan subsidi LPG kepada restoran yang menjual mee goreng pada harga RM20 sepinggan, sedangkan ada restoran yang hanya menjual pada harga RM8.
Data Tuntutan Subsidi LPG (bil)
2013 – 2.20 2018 – 2.39 2021 – 2.54 2022 – 4.00 2023 – 3.01 2024 – 3.40 Salam hormat,
YB Armizan Mohd Ali
Menteri KPDN
Sumber: Facebook Armizan Mohd Ali


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tong-gas-ungu-petronas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tong-gas-ungu-petronas

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Keliru Fuziah Salleh Perjelas Peniaga Makcik Kiah Tak Perlu Guna Tong Gas Ungu

Masih Keliru Fuziah Salleh Perjelas Peniaga Makcik Kiah Tak Perlu Guna Tong Gas Ungu

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 108 hits
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh perjelas peniaga kecil tidak perlu menggunakan tong gas memasak berwarna ungu Beliau berkata demikian bagi menjawab kontroversi yang melibatkan penggunaaan tong
Siapa Patut Menggunakan Tong Gas Ungu

Siapa Patut Menggunakan Tong Gas Ungu

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 256 hits
Tong gas berwarna ungu yang diperkenalkan oleh Petronas adalah silinder LPG 14kg yang direka khas untuk kegunaan komersial dan industri di Malaysia Warna ungu ini membantu membezakan tong gas komersial daripada tong gas bersubsidi yang bias...
Harga Bakar Poket Gas Ungu Untuk Peniaga Rm70

Harga Bakar Poket Gas Ungu Untuk Peniaga Rm70

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 191 hits
Kedai makan warung sampai gerai tepi jalan tak boleh guna silinder gas bersubsidi RM26 lagi Sekarang kena paksa beli gas komersial 14kg yang ungu tu harga RM70 hampir tiga kali ganda mahal Bukan setakat tu kalau guna lebih tiga tong sebulan...
Guna Tong Gas Bersubsidi Tapi Anda Peniaga Ini Risikonya Yang Ramai Tak Sedar

Guna Tong Gas Bersubsidi Tapi Anda Peniaga Ini Risikonya Yang Ramai Tak Sedar

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 143 hits
Ramai peniaga menggunakan tong gas bersubsidi untuk peniaga walaupun sebenarnya subsidi tersebut hanya diperuntukkan untuk kegunaan isi rumah sahaja Ini The post appeared first on
Consider Petronas Like Model To Develop Our Ree Industry

Consider Petronas Like Model To Develop Our Ree Industry

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 153 hits
DENG Xiaoping once made a shrewd prediction He said The Middle East has oil China has rare earths Rare earth element is now indispensable as the world catches the net zero fever It is not just limited to use in the electric vehicle but has ...
Sarawak Urged To Push For 30 Equity Stake In Petronas

Sarawak Urged To Push For 30 Equity Stake In Petronas

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 147 hits
DAP s Chong Chieng Jen says the bulk of the gas produced comes from Sarawak Sarawak DAP chairman Chong Chieng Jen said Sarawak has leverage over the federal government given the fragmented political landscape in Peninsular Malaysia PETALING...
Petronas Kaamatan Web Film A Powerful Message Of Resilience Says Jeffrey Kitingan

Petronas Kaamatan Web Film A Powerful Message Of Resilience Says Jeffrey Kitingan

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 114 hits
KOTA KINABALU Sometimes coming in second best is not bad at all and PETRONAS new Kaamatan web film reinforces that message Titled Tinorindak Olisim it suggests that the true meaning of triumph is not through victory or titles but love cultu...
Perbezaan Antara Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Di Malaysia

Perbezaan Antara Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 142 hits
Original Content Beza SBP dan SBPI Pengenalan Di Malaysia terdapat pelbagai jenis sekolah yang menawarkan pendidikan berkualiti tinggi dan antara yang paling terkenal adalah Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Wala...
Petronas Boleh Mohon Dikecualikan Lesen Kata Menteri Sarawak

Petronas Boleh Mohon Dikecualikan Lesen Kata Menteri Sarawak

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 103 hits
Julaihi Narawi berkata syarikat minyak negara bebas jalan kegiatan yang tidak bertindih dengan peranan Petros di Sarawak Julaihi Narawi berkata sebarang bentuk perjanjian dan urusan pembekalan dan penjualan gas asli di Sarawak mestilah berp...
Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Carian Popular Motosikal 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Miqat Haji

Kari Ikan Chef Anand

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Tri Suaka Feat Langit Sore Galaksi Dan Bumi Chord