Tomyam Hunting Danok Thailand


Assalamualaikum. Holla ~
Hujung minggu MZ biasanya memang penuh, nak-nak kalau MZ pulang ke kampung Mr.H. MZ suka kalau balik ke kampung Mr.H sebab.... antaranya, masa hujung minggu sentiasa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang best ! hahahaha..

Biasanya, kalau balik kampung, ada lah kerjanya. Ada lah plan adik ipaq MZ untuk aktiviti-aktivit menarik. Syok la kita pun. Plan untuk ke Danok ni, dah lama sebenarnya. Dah lama sebelum ianya benar-benar direalisasikan. 
Dari Kangar kami menuju ke Bukit Kayu Hitam dengan menaiki kereta. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam. Suka diingatkan yang kalau nak ke seberang sana, kenalah ada passport. Untuk rakyat Perlis dan Kedah, depa boleh membuat border pass di Jabatan Imigresen. Macam adik ipaq MZ dan sepupunya. Maka, MZ sorang jelah yang berpassport

MZ lebih kurang seperti monyet mendapat bunga. Sebabnya, MZ tidak pernah memandu secara sendiri untuk kesana. Pernah sekali ke Hatyai dengan menaiki bus, tapi melalui jalan yang sama untuk perjalanan balik

Jadi, MZ main agak-agak saja perjalanan itu dengan dibantu oleh adik ipaq MZ. Untuk memasuki sempadan Thailand-Malaysia, kenalah isi border pass dan sekiranya hampa berhajat untuk membawa kereta masuk, geran kereta WAJIB lah dibawa bersama. Pada hari kejadian, MZ memang tidak membawa geran kereta, makanya MZ hanya parkir dipekarangan 'toll booth' yang berada di sempadan itu. Jangan risau, kerana masih terdapat kereta lain yang parkir disitu dan memang kotak parkir disediakan

Waktu kejadian, memang tiada gamba sebabnya MZ masih terpinga-pinga dengan proses yang seterusnya. Jadi, cerita sajalah yang MZ ada. 
Kalau hampa tak mau parkir di border tersebut, ada sebuah pusat membeli belah bebas cukai yang menyediakan parkir jugak (masih didalam kawasan Malaysia). Hampa bolehlah parkir disitu, tapi untuk berjalan ke pusat imigresen Thailand tu, agak jauh. Bertabahlah ye.

Proses imigresen seperti biasa. Tapi, kalau hampa mai dari arah Selatan, seeloknya sewaktu hampa berhenti di hentian rawat dan rehat Gurun, hampa bolehlah ambil white form tu di dalam stesen minyak Caltex ataupun Shell. Kalau hampa baru nak ambil white form dekat imigresen Thailand, ada sorang 'abang' tu memang dok tunggu, tapi dia akan mengambil 'upah atas angin' sebanyak RM1. Kalau hampa mai 2 3 orang, okey lah lagi kalau setiap orang dikenakan RM1. Kalau hampa mai 5 6 bijik kereta, dah melayang berapa hengget dah, padahal form tu free saja

Urusan di imigresen Thailand sekejap saja, dan kata abang itu memandangkan hari tersebut ialah hari Sabtu, dan pegawai tersebut terpaksa OT sebab hampa, maka silalah selit RM1 didalam passport hampa. Huh ! Bila aku fikir-fkirkan balik, OT bukan tak baya, or ye ka OT.. ntah-ntah memang syif hampa.. lepas tu syok la hampa, bedak sorang sikit dengan abang tadi tu

Pun begitu, untuk tidak banyak kerenah, MZ selitkan jugak walhal sebelum itu sudah MZ tarik RM1 tu. 2 way tau hampa kena buat macam tu.. tapi, masa nak balik tu, MZ kurangkan amaun, untuk 3 orang, RM2. Hahahaha... idak pulak pegawai imigresen Thailand tu berbunyi... time balik tu, nanti MZ cerita kemudian

Usai ja urusan imigresen, Wani, Sha dan MZ merancang perjalanan dari lorong ke lorong serta mengatur tempat untuk mengisi perut. Diantara lorong tersebut, kami memilih gerai yang berada di lorong yang mempunyai banyak pusat karaoke. Kedai tersebut berada ditepi sebuah hotel bajet

Wani dan Sha telah memesan masakan berasaskan sup, MZ pulak telah memesan bihun tomyam


Hanya di Thailand



Kedua-dua hidangan tersebut sangat memuaskan tekak dan perut sangat. Memang terangkat habislah. Nanti MZ kongsikan kat mana letaknya kedai tu. MZ lukis nanti yaaa..

Usai perut kenyang, kaki mula melangkah. Masing-masing mempunyai target memasing. Tak banyak sangat gambar yang MZ ambil semasa perjalanan dari lorong ke lorong atas faktor keselamatan. Yelah ! Kami semuanya perempuan, dengan handbag dan phone ditangan, pastinya berbahaya kan. Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingin kami telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan penggunaan iphone handphone




Berjalan dari siang hinggalah malam. Jangan risau, untuk yang ingin solat, ada masjid di sekitar kawasan tersebut. Agak tak reti baca, ada simbol masjid kat situ, menapaklah ke jalan yang benar ye




Hotel kapal yang kapalnya tersergam indah diatas bangunan



Penat berjalan, walaupun perut masih penuh dengan tomyam dan sup, teringin pulak tekak untuk merasai daging bakar Danok yang famos amos diseantero dunia. Ewah

Untuk merasai keenakkan daging bakar ni hampa kena jalan jauh nun ke hujung yang mana gerai makan ni berada disebelah kanan hampa. Kawasan tu memang ramai yang menjual makanan, memang akan jumpa gerai tersebut. Kat situ, ada banyak kedai yang menjual daging bakar, pulut ayam, pulut mangga serta makanan bergoreng. Tapi, yang paling MZ kenan di kedai BangDon-Zainab ni. Ni kali kedua MZ merasai daging bakarnya. Kali pertama dulu sewaktu pulang dari Hatyai. Daging bakar dia, memang terangkat habis. 
Pastikan kedai yang betul sebelum singgah hokey ! Jangan menyesal, datang jauh-jauh makan daging bakar yang ala-ala je..



Kedai BangDon-Zainab ni memang ramai orang, dah sedap, mestilah ramai kan. Mohon bertabah ! Tapi, percayalah penantian hampa takkan sia-sia..





Tengok sajalah daging bakar tu. Kecur pulak air liur ni akan terpandangkan daging bakar ni. Haihhh ! Sos pencicah dia pun sedap yakmat ! Tak rugi mencuba... mesti hampa pun akan teringatkan daging bakar BangDon-Zainab ni... Harganya lebih kurang RM8 sepinggan. Bukan setakat daging bakar sahaja yang ada di BangDon-Zainab ni, makanan goreng-goreng pun ada tau

Lepas makan, singgah mini market 99. Walaupun nama mini market tersebut 99, tapi tak bermaksud kesemua harga barangannya berharga RM +.99 ye. Semua murah... minuman favorite Dikdik and MZ pun murah kat sini. Tapi, MZ dah terbeli dekat 7Eleven tadi. Haduiduidui

Terangkut jugaklah softener brand Thailand. 2 pack, RM3. Murah hamat ! Dah la wangi..

Aneka jenis susu
Susu pekat viral
Our favorite drink..

Even dah letih, sempat lagi kamu pusing untuk kali yang terakhir. Dan dalam pusingan yang terakhir ni dapatlah beberapa lagi tangkapan berharga. 
Bagi bon*&^ rehat seketika setelah penat berjalan. Kaki yang berjalan, tapi bon*&^ yang dapat kusyen yang empuk. Aci tak aci





Usai berehat, kami meneruskan perjalanan untuk pulang. Untuk keluar dari kawasan imigresen Thailand, hampa kena u-turn dan melalui laluan lori. Jangan pulak hampa masuk ikut booth imigresen tu. 
Disebabkan kami memang tidak mempunyai ilmu dalam bab itu, kami telah memasuki laluan booth imigresen tersebut. Damn ! Kena renggah gelak dengan pegawai imigresen Thailand kerana sikap 'tidak tahu' tersebut

Untuk pengetahuan, kalau melalui booth imigresen Thailand tu, maksudnya hampa nak masuk ke Thailand lah ye, kalau nak keluar, jangan guna ikut pintu masuk. Itu normal untuk manusia yang berfikiran waras. hahahahaha
Time nak balik, agak sesak dengan kenderaan. Yes ! Masih menyelit not RM1 sebanyak 2 keping, sebagai alasan yang sama. Tapi, rasanya next time tak mau selit dah... kuikuikui..


































Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zafirahkama.com/2018/08/tomyam-hunting-danok-thailand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Sebenar Warga Thailand Yang Sanggup Gadai Tanah Untuk Bantu Rakyat Malaysia Didedahkan

Siapa Sebenar Warga Thailand Yang Sanggup Gadai Tanah Untuk Bantu Rakyat Malaysia Didedahkan

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 348 hits
Siapa Sebenar Warga Thailand Yang Sanggup Gadai Tanah Untuk Bantu Rakyat Malaysia DidedahkanSiapa Sebenar Warga Thailand Yang Sanggup Gadai Tanah Untuk Bantu Rakyat Malaysia Didedahkan
Kembara Thailand Sunflower Field Lopburi Dan Lopburi Monkey Temple

Kembara Thailand Sunflower Field Lopburi Dan Lopburi Monkey Temple

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 352 hits
Kembara Thailand Sunflower Field Lopburi Highlight of The Trip l Assalamualaikum Dah masuk tahun baru dah pun Entri kembara Thailand tak habis habis lagi haa Orang laih dah lama move on kot dengan trip trip terbaru dorang Haha Ok lah ni kan...
Sungai Golok Ke Narathiwat Ke Palas Ke Mayo Ke Yala Thailand 8972

Sungai Golok Ke Narathiwat Ke Palas Ke Mayo Ke Yala Thailand 8972

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 785 hits
Sayyidina Abu Hurairah r a meriwayatkan bahawa Nabi bersabda Doa seseorang hamba akan sentiasa diterima oleh Allah Subhanahu Wa Talla selagi dia tidak mendoakan perkara dosa atau memutuskan silaturahim dengan syarat dia tidak gopoh Maka dit...
Saya Tunggu Awak Suami Kami Rindu Awak Suami Ditahan Polis Thailand Kerana Bawa Walkie Talkie

Saya Tunggu Awak Suami Kami Rindu Awak Suami Ditahan Polis Thailand Kerana Bawa Walkie Talkie

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 484 hits
Saya tunggu awak suami Kami rindu awak luahan hiba seorang isteri Afiqah Baharuddin 22 apabila mengenangkan nasib suaminya ditahan polis Thailand Menerusi entri Instagramnya dia meluahkan isi hatinya berkaitan suaminya Amirul Adib 22 ditaha...
50 Gro Vietnam Thailand Di Cekup Di Malam Tahun Baharu

50 Gro Vietnam Thailand Di Cekup Di Malam Tahun Baharu

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 934 hits
KUALA LUMPUR Seramai 50 gadis pelayan pelanggan warga Vietnam dan Thailand ditahan dalam Ops Mega Penutup 2018 dalam tiga operasi berasingan di sekitar ibu negara Operasi bermula pukul 9 30 malam hingga 3 pagi itu dilakukan pusat karaoke di...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023