
Tomok Pemilik Street Churros di Aeon Mall Seremban 2, Seremban
Pelancaran Pembukaan Francais ke 17 Street Churros, SerembanNora berkesempatan hadir sempena pembukaan cawangan Street Churros ke 17 di Seremban baru-baru ini dengan kehadiran Tomok sebagai pemilik francais. Untuk pengetahuan korang, pada hari pembukaan cawangan ini terdapat Mug dan Botol Street Churros limited edition yang eksklusif dengan tandatangan dari Tomok itu sendiri. Tapi hanya pada 19 Januari 2020 sahaja iaitu hari pembukaan cawangan Street Churros di Aeon Mall Seremban 2.
Nora dapat lihat sendiri sambutan daripada orang ramai yang berada di Aeon Mall Seremban 2 sempena pembukaan francais Street Churros milik Tomok sangat menggalakkan. Sambutan ini datangnya dari para peminat Tomok, peminat churros dan juga datangnya daripada pengunjung pasaraya itu. Ramai yang beratur untuk membeli churros dan mengambil peluang untuk membeli limited edition merchandise yang eksklusif dengan harga murah.
Set Churros dalam My Treasure Box
Untuk pengetahuan korang, churros ni sedap dimakan time panas-panas baru rasa nikmat sebab lembut dan gebu. Di Street Churros ni kalau nak tau style untuk order simple je, korang order je pilihan churros korang baru churros dibuat dan di goreng, siap sahaja korang boleh makan. Senang bukan? Paling penting ia tidak mengambil masa yang lama.
Tomok Kini Pemilik Street Churros Seremban

|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |