Tommy Wajib Lucut Diri Urus Kes Chin Peng


HARAKAHDAILY

 

SELAKU seorang Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas seharusnya bersikap profesional serta memisahkan pendapat peribadi dari tugas rasmi.

Ini tidak kelihatan berlaku dalam isu abu mayat Chin Peng yang dibawa balik ke Malaysia sehari dua ini di mana beliau nampak emosional menguruskannya.

Jawapan Peguam Negara seharusnya merupakan jawapan rasmi bukan jawapan semberono melalui portal berita seperti Malaysia Kini sahaja.

Soalan yang ditanya oleh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, adalah mudah: Apakah Tan Sri Tommy Thomas menggunakan kedudukannya sekarang sebagai Peguam Negara untuk menjayakan perjuangan anak guamnya?

Tan Sri Tommy Thomas dalam jawapannya bagaimanapun melalut dengan menyebut mengenai bagaimana Chin Peng juga mempunyai hak untuk mendapatkan khidmat guaman daripada mana-mana pihak, termasuk beliau sendiri.

Bagi saya, tiada siapa pun boleh mempertikaikan hak Chin Peng untuk mendapatkan khidmat guaman daripada mana-mana pihak dan Tan Sri Tommy Thomas juga tidak harus dikritik atas khidmat guaman beliau itu.

Begitupun, yang kami pertikaikan bukanlah khidmat guaman yang Tan Sri Tommy Thomas beri kepada Chin Peng tetapi pandangan peribadinya terhadap Chin Peng yang tidak selari dengan pandangan rasmi kerajaan, iaitu:

(i)     “Posterity will remember Chin Peng as one of the great liberation fighters of the second half of the 20th century.” (“Generasi akan datang akan mengenang Chin Peng sebagai salah seorang pejuang pembebasan besar dalam suku kedua abad ke-20.”)

(ii)     “We hope that the true history of merdeka would be be researched and published in the coming decades.” (“Kita berharap bahawa sejarah sebenar merdeka akan dikaji dan diterbitkan dalam abad-abad akan datang.”)

(iii)     “We are confident that in such an endeavour, Chin Peng will take his rightful place as a major national icon.” (“Kita yakin bahawa dalam usaha ini, Chin Peng akan mengambil tempatnya yang sebenar sebagai salah seorang ikon besar negara”.)

(iv)     “I hope the Malaysian Government will be compassionate in permitting Chin Peng’s burial in his motherland.” (“Saya harap Kerajaan Malaysia akan berperikemanusiaan untuk membenarkan Chin Peng dikebumikan di tempat kelahirannya.)

Jelas bahawa pandangan peribadi ini tidak didasarkan kepada undang-undang, tetapi kepada perasaan, harapan, keyakinan dan perikemanusiaan semata-mata, sedangkan mengikut undang-undang semua ini perlu diketepikan.

Bolehkah Tan Sri Tommy Thomas memberikan satu jaminan tegas bahawa beliau selaku seorang Peguam Negara akan bersikap profesional serta memisahkan pendapat peribadi yang bermasalah ini dari tugas rasmi beliau?

Disebabkan pendapat peribadi yang dipunyai oleh Tan Sri Tommy Thomas dalam isu abu mayat Chin Peng yang dibawa balik ke Malaysia, maka saya mendesak beliau melucutkan diri dari menguruskan siasatan dan pendakwaan atas kes ini.

Sekian.

“Islam Memimpin Perpaduan”

*DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus – HARAKAHDAILY



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/tommy-wajib-lucut-diri-urus-kes-chin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chin Peng Lucut Kerakyatan Pembawa Abu Mayat

Chin Peng Lucut Kerakyatan Pembawa Abu Mayat

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 365 hits
Oleh Nurul Atikah Mohd Rosli Kerajaan harus tegas jaga hati pelbagai pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tumpat Ramle Ismail BANGI Pihak yang didapati bersalah membawa abu mayat Chin Peng harus dilucut keraky...
Chin Peng Is Already Dead

Chin Peng Is Already Dead

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 333 hits
SEOUL Tun Dr Mahathir Mohamad says he has no objections to the ashes of former Communist Party of Malaya leader Chin Peng brought back to Malaysia Saying that the man had already died the Prime Minister pointed out that other CPM leaders ha...
The Hypocrisy Over Chin Peng

The Hypocrisy Over Chin Peng

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 434 hits
The hypocrisy over the return of the ashes of the former secretary general of the Communist Party of Malaya Chin Peng is astounding but ironically he has the last laugh Against all odds he had the final say on the day he died and six years ...
The Government Is Right In Not Allowing The Burial Of Chin Peng In Malaysia Or Bringing His Ashes Back

The Government Is Right In Not Allowing The Burial Of Chin Peng In Malaysia Or Bringing His Ashes Back

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 555 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad1 Attempts to declare Chin Peng a patriot nationalist and freedom fighter reflect how far derailed some Malaysians are from what the Communist Party of Malaya represented and what was its real objective 2 Firstly it m...
Abu Chin Peng Mahathir U Turn

Abu Chin Peng Mahathir U Turn

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 861 hits
Dr Mahathir sudah lupa dengan kenyataan beliau mengenai kekejaman komunis dan Chin Peng Masih ada dalam blog Che det Hari ini Mahathir berkata Chin Peng sudah mati dan tiada masaalah kerana yang dibawa masuk ke Malaysia cuma abu mayatnya sa...
Ini Bukti Hanya Orang Melayu Sahaja Yang Benci Abu Mayat Chin Peng Ditabur Di Malaysia

Ini Bukti Hanya Orang Melayu Sahaja Yang Benci Abu Mayat Chin Peng Ditabur Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 668 hits
Apa sebenarnya yang berlaku Kita perlu kembali kepada fakta sejarah tentang keganasan komunis di Tanah Melayu Masih terdapat saksi saksi hidup yang masih boleh bercerita tentang keganasan komunis terhadap penduduk di Tanah Melayu Mereka buk...
Kadir Jasin S Silly Spin On Chin Peng S Ashes

Kadir Jasin S Silly Spin On Chin Peng S Ashes

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 562 hits
When Mahathir was still in Umno in 2013 and the enemy of DAP he opposed bringing back Chin Peng s ashes but now that he is DAP s friend he supports bringing back Chin Peng s ashes Hence the symbolism of bringing back Chin Peng s ashes is th...
Patriot Khuatir Isu Abu Chin Peng Cetus Pertelagahan Kaum

Patriot Khuatir Isu Abu Chin Peng Cetus Pertelagahan Kaum

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 472 hits
Yasmin Ramlan Kumpulan veteran tentera Persatuan Patriot Kebangsaan hari ini menyokong kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang menganggap isu abu bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya Chin Peng dijadikan isu perkauman untuk...
Isu Debu Chin Peng Petanda Masyarakat Yang Keliru

Isu Debu Chin Peng Petanda Masyarakat Yang Keliru

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 822 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Perjanjian Damai Tiga Pi...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi