Tom Yam Putih Yang Mudah Dan Amalan Bulan Zulhijjah




Sebelum kita masuk bab resipi tomyam, jom baca dulu sedikit berkenaan dengan ilmu. Saya kongsikan sedikit petikan dari kuliah Zoom oleh Al Fadhil Ustaz Dr. Ashraff Suarin berkenaan kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Alhamdulillah hari ini kita sekarang berada dalam saat istimewa yang disebutkan sebagai amalan terbaik iaitu berada dalam 10 awal bulan Zulhijjah. Perbanyakkan bertakbir dan memuji Allah. Inilah matlamat sebenar hidup kita. Bukan membesarkan dunia. 
Kelebihan amalan 10 hari pertama bulan Zulhijjah ialah ianya memberi pahala yang lebih besar dari jihad. Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat Al Bukhari tiada amalan dilakukan hari lain yang lebih baik dari 10 hari Zulhijjah. Tidak juga jihad, melainkan nyawa terkorban dan harta hilang. Kalau balik selamat, maknanya jihad perang tersebut tidak lebih besar pahalanya dari amalan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. 
Ianya adalah amalan terbaik dalam hidup. Bila Allah bagi kita hidup sehingga 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan kita lakukan  solat, qiamullail, korban maka ianya lebih baik dari bulan lain. Ini lah peluang untuk kita rebut. Sebab ia jadi lebih utama kerana himpunkan semua amalan utama dalam Islam iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Tiada dalam bulan lain. 
Kedua, 10 hari pertama bulan Zulhiijjah ialah hari paling baik dalam setahun. Sabda Nabi bermaksud "Sebaik hari dalam dunia ini ialah 10 pertama hari Zulhijjah". Jangan sia siakan. Ianya lebih afhdal dari 10 hari akhir Ramadhan. 10 malam akhir Ramadhan lebih baik dari 10 malam awal Zulhijjah. Ianya juga kerana Zulhijjah adalah hari yang dicintai Allah. Sabda Nabi, tiada hari yang lebih besar di sisi Allah supaya kita beramal melainkan 10 awal Zulhijjah. Jadi perbanyakkan takbir tahlil dan tahmid. 
Apa amalan sunnah yang patut kita lakukan? Pertama, jangan potong atau cabut kuku atau rambut untuk orang melakukan ibadah korban.
Kedua, berpuasa pada hari Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji. Puasa pada 9 zulhijjah iaitu pada hari mereka yang mengerjakan Haji berwukuf di padang Arafah. Kerana harapkan pahala akan hapuskan dosa selama dua tahun iaitu setahun sebelum dan sesudahnya. Ini adalah hadis sahih. 
Perbanyakkan doa yang kita lafaz terutama pada 9 Zulhijjah. Doa sangat mustajab sampai di dengar Allah. Sebaik doa adalah doa yang dibaca di padang arafah. Sebaik zikir ialah "La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lah, lahulmulku wa lahulhamdu, yuhyi wayumit, wa Huwa 'ala kulli sha'in Qadir" Ertinya, “Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)" (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi. 
Perbanyakkan doa dan zikir. Tiada yang paling ramai Allah bebaskan hamba dari neraka, delete nama kita dan lepaskan ialah pada hari arafah. Allah banggakan mereka depan malaikat. Selepas subuh dan maghrib, baca Allahumma Ajirna sebanyak 7 kali. "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Ke4, hidupkan suasana raya dengan perbanyakkan bertakbir. Hadis sahih riwayat Tabrani sehingga orang ramai turut bertakbir keluar ke pasar. Takbir ada 2 jenis iaitu takbir mutlak bermula sebaik terbenam matahari pada hari raya hingga iman angkat takbjr untuk solat hari raya. Kedua, takbir bermula solat subuh hari Arafah pada 9 zulhijjah sehingga selesai solat Asar Hari Tasyrid pada 13 Zulhijjah. Perbanykkan zikir kerana tiada satu hari yang pahala lebih besar di sisi Allah dan paling dicintai Allah dengan bertakbir, tahlil dan tahmid. 
Kelima, berhimpun dalam majlis ilmu di mana ada malaikat mengadu pada Allah mereka memperbesarkan Allah, maka rahmatilah mereka. 
Keenam, perbanyakkan sedekah dan kebaikan akan pelihara kamu dari sebarang perkara buruk. Kisah seorang hartawan dan dermawan yang bagaimana dia dapat haji tanpa pergi haji. Semasa dalam perjalanan untuk menunaikan Haji, beliau terserempak dengan seorang anak dan ibu yang susah. Kesian pada anak dan sibuk menolong sehingga habis kerja sibuk. Jiran cakap nampak dia sedang bahagi makanan pada orang di Padang Arafah. 
Ketujuh, mungkin ini Zulhijjah kita yang terakhir. Jangan berkira bagi makan kat orang dan cakap benda yang baik baik. Mudah mudahan haji kita mabrur. Cakap benda baik dan suka sebarkan salam. Salam adalah juga doa mohon kesejahtteraan. 
Kelapan, amalan mentadabbur ayat Al Quran. Faham isi Al Quran. Seterusnya ialah lakukan ibadah korban bagi yang mampu. Niat kan untuk nama orang yang hidup dan pahala pada yang mreka yang telah meninggal. Jika kita melakukan korban seekor kambing/biri biri, kita boleh niat pahala untuk arwah mak bapa kita. 1 kambing hanya 1 nama. Akhir sekali ke10, makan daging korban dan beri sedekah daging korban pada orang miskin. Ke 11, ialah larangan puasa pada hari hari  tasyrik.


Saya tengok resipi ini di tiktok, jadi saya terus mencuba kerana melihat resipinya yang diberikan sukatan bahan yang digunakan. Kadang kadang orang tak faham apa itu resipi. Bila ditanya mereka akan menyenaraikan bahan yang digunakan. 
Hmm pada saya lah, itu bukan resipi. Resipi haruslah membantu untuk kita memasak seperti resipi asal atau hampir keenakannya dengan resipi yang dimasak oleh orang yang mengajar. Kalau sekadar menyenaraikan bawang putih, bawang merah, halia, pada saya itu tak cukup untuk dipanggil sebagai resipi. Betul tak? Kalau tak ingat sukatan tepat kerana memasak ala campak campakan, bagi lah anggaran. Kalau kita memasak, pasti kita tahu berapa kuantiti bahan yang kita gunakan.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..

Tom Yam Putih Yang MudahOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:4 ekor udang2 ekor sotong1 biji bawang besar Holland - hiris½ biji buah tomato4 helai daun limau purut - kerat4 batang serai - hiris serongBunga kubisBatang saderi - tak letak sebab tak ada stock ½ biji karotSedikit susu cair
Bahan Perisa:2 sudu kecil garam1 sudu kecil serbuk pati ayam 2 sudu kecil gula4 sudu kecil kicap sotong 4 hiris limau nipis - 2 biji2 sudu susu cair - opsyenal
Cara cara ;Masak 500 ml air atau secukupnya. Masukkan semua bahan. Setelah mendidih, masukkan bahan perisa.  Tutup api. 
Akhir sekali, sebelum dihidangkan tabur daun ketumbar.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/06/tom-yam-putih-yang-mudah-dan-amalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Di Bulan Zulhijjah Hari Arafah

Amalan Di Bulan Zulhijjah Hari Arafah

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 276 hits
Alhamdulillah Sudah tiba bulan Zulhijjah Jadi ada apa dengan 10 hari pertama Bulan Zulhijah Manakala kelebihan hari Arafah Arafah maksudnya pertemuan atau pengenalan Wukuf maksudnya berhenti Wukuf di arafah berhenti di padang pertemuan Wuku...
10 Amalan Untuk Kumpul Pahala Bulan Zulhijjah

10 Amalan Untuk Kumpul Pahala Bulan Zulhijjah

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 224 hits
1 Membaca mempelajari dan mengamalkan Al QuranKitab agung bagi seluruh umat Islam ini menjadi panduan manusia menjalani kehidupan demi mendapat keredaan Allah SWT Selain membaca kita juga boleh mendengar alunan ayat suci al Quran oleh para ...
Khutbah Jumat Amalan Bulan Dzulhijjah Bagi Yang Tidak Sedang Berhaji

Khutbah Jumat Amalan Bulan Dzulhijjah Bagi Yang Tidak Sedang Berhaji

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 191 hits
Beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan Dzulhijjah Karenanya khutbah Jumat edisi 26 Dzulqadah yang bertepatan dengan 16 Juni 2023 ini mengambil tema Amalan Bulan Dzulhijjah Bagi yang Tidak Sedang Berhaji Khutbah Pertama Jamaah Jum at ha...
Dinner Di Man Tom Yam Thai Seafood Ampangan Seremban

Dinner Di Man Tom Yam Thai Seafood Ampangan Seremban

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 155 hits
Assalamualaikum Rabu lepas balik kerja Dania amik SA untuk sementara dia berulang Seremban Alor Gajah kesian dia penat tapi SA tinggal sorang kat rumah kan Pak Zain tunggu Mak Pah kat IJN masa ni so SA sampai Seremban pun dah maghrib terus ...
Video Suara Lantang Denny Cagur Baca Teks Pancasila Di Perayaan Puncak Bulan Bung

Video Suara Lantang Denny Cagur Baca Teks Pancasila Di Perayaan Puncak Bulan Bung

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 137 hits
Dengan suara lantang Denny membacakan teks Pancasila di depan puluhan ribu kader PDIP termasuk Presiden Jokowi dan Ketum PDIP Megawati
Hiburan Aniaya Isteri Anak Terang Terangan Cik Pia Dedah Boss Kay Hanya Beri Rm3k Untuk Kos Bersalin Nafkah 7 Bulan

Hiburan Aniaya Isteri Anak Terang Terangan Cik Pia Dedah Boss Kay Hanya Beri Rm3k Untuk Kos Bersalin Nafkah 7 Bulan

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 360 hits
Sejak membuat pendedahan mengenai suami tidak menemai sewaktu mahu bersalin serta tiada ketika membuat pendaftaran MyKid anak netizen amat bersimpati dengan nasib seorang wanita bernama Cik Pia Selepas bercerai bekas suami yang juga merupak...
T19i18 Aidan 3 Bulan 20 Hari

T19i18 Aidan 3 Bulan 20 Hari

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 300 hits
Animasi Aidan ajak daddy borak pada jam 11 30 malam Masa orang nak tidur adalah masa Aidan sibuk nak berbual Pada masa ini Aidan adalah seorang bayi lelaki berumur 3 bulan 20 hari yang memakai baju bayi berjenama Fiffy Wednesday 18 Septembe...
Video Megawati Gandeng Jokowi Sapa Kader Pdip Di Perayaan Bulan Bung Karno

Video Megawati Gandeng Jokowi Sapa Kader Pdip Di Perayaan Bulan Bung Karno

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 151 hits
Momen menarik ketika tangan Jokowi digandeng erat Megawati untuk menyapa ribuan kader PDIP
Video Pidato Capres Ganjar Di Perayaan Puncak Bulan Bung Karno

Video Pidato Capres Ganjar Di Perayaan Puncak Bulan Bung Karno

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 128 hits
Dalam pidatonya Ganjar mengenang sosok Soekarno sekaligus memuji kerja kerja Presiden Jokowi selama ini Di akhir pidato Ganjar juga menggandeng tangan Puan depan para kader
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Gempak Fiesta 2025 Fun Family Fabulous Prizes

Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto