Tolong Jangan Sakit Katil Tidak Cukup


Tolong jangan sakit, katil tidak cukup


Siapa yang tidak mahu pulang ke kampung, peluk ibu bapa setelah sekian lama tidak dapat berbuat demikian.

Siapa yang akan menolak jika diberi kebenaran merentas negeri untuk melancong, bercuti di pulau peranginan atau tempat-tempat menarik dalam negara. Ibarat mahu melompat ke bintang jika dapat dilakukan.

Bagi yang terputus sumber pendapatan, sudah pasti mereka juga mahu mencari pekerjaan demi sesuap nasi.

Penulis pasti sejak tahun lalu ramai yang telah memasang angan-angan, sama ada untuk bercuti, berniaga mahu pun mencari peluang pekerjaan lain.

Namun semuanya ‘berkubur’ disebabkan kes Covid-19 yang turun naik tanpa menunjukkan akan kembali surut. Ingatkan 2021 bolehlah melunaskan segala hajat yang tertangguh, namun kelam jua nampaknya.

Ketika ini pasti ramai yang tertunggu pula pengumuman kerajaan berhubung kelonggaran yang akan diberikan kepada mereka yang telah mendapat dua dos vaksin.

Namun jika diberi kebenaran adakah anda pasti untuk keluar rumah di saat kes yang makin tinggi. Tolonglah kita bersatu hati lagi.

Pada 25 Julai 2020, negara mencatatkan 23 kes positif tetapi pada tarikh sama tahun ini, sebanyak 17,045 individu positif direkodkan. Sungguh tidak terjangkau dek akal jumlah positif setelah berbulan-bulan duduk rumah dan mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP).

Melihat angka terkini, penulis turut bersama rakyat lain yang sebal atau kata lainnya, marah dan kecewa yang amat sangat selain mengalami ketakutan yang melampau.

Ya, takut untuk keluar, takut untuk bercakap dengan orang kerana menganggap semua yang kita jumpa ‘positif Covid-19’. Ketakutan itu ada kalanya bagus, supaya rakyat lebih berhati-hati. Tidak culas langgar SOP.

Angka makin tinggi, namun apalah daya kita. Jika rakyat merasa penat, apatah lagi frontliner. Di saat kita tidur, mereka bersengkang mata menjaga begitu ramai pesakit Covid-19.

Pertambahan banyak hospital Full Covid-19, ruang hospital digunakan untuk merawat pesakit selain pelarasan pesakit lain ke hospital swasta, seakan memberi gambaran situasi sebenar koronavirus di negara ini.

Pada 8 Julai lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu, petugas barisan hadapan (perubatan dan kesihatan) mengalami gejala burnout kerana terpaksa berjuang menangani begitu banyak kes Covid-19 untuk tempoh yang kian berlarutan.

Sungguh, jika mereka tumbang, bagaimana kita agaknya?

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya. Dr. Yahya Mat Arip berkata, angka keseluruhan kes Covid-19 yang sudah melebihi sejuta itu menunjukkan bahawa negara kini dalam keadaan getir.

Menurutnya, ia juga menandakan bahawa jangkitan Covid-19 kini sangat meluas dan sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti.

Melihat situasi sekarang, jujur masih panjang lagi perjalanan kita untuk melihat jumlah Covid-19 negara kembali kepada dua angka. Namun ia tidak mustahil, bersatu hatilah moga kita boleh bercuti bersama nanti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/tolong-jangan-sakit-katil-tidak-cukup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Sebalik Berita Tolong Jangan Rentas Negeri Untuk Beraya

Cerita Sebalik Berita Tolong Jangan Rentas Negeri Untuk Beraya

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 316 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Sayang Tolong Jangan Tinggalkan Saya Datin Rebecca Panik Suami Sesak Nafas Di Rumah Video

Sayang Tolong Jangan Tinggalkan Saya Datin Rebecca Panik Suami Sesak Nafas Di Rumah Video

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 270 hits
Sayang Tolong Jangan Tinggalkan saya Datin Rebecca Panik Suami Sesak Nafas Di Rumah VIDEO PELAKON Datin Rebecca Nur Al Islam melalui detik cemas apabila suaminya Datuk Nor Azam Sulaiman yang positif Covid 19 dan menjalani kuarantin kendiri ...
Jangan Suka Pajak Otak Kepada Orang Lain Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Jangan Suka Pajak Otak Kepada Orang Lain Ustaz Ridzwan Abu Bakar

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 296 hits
Ummat yang tidak pandai berfikir adalah ummat yang lemah Sedangkan ummat yang malas berfikir adalah ummat yang menciptakan kelemahan Lebih parah lagi ummat yang memajakkan otaknya untuk difungsikan oleh pihak lain adalah ummat yang hidup ta...
Ada Perlindungan Hukum Kemendagri Ingatkan Kepala Daerah Jangan Takut Berinovasi

Ada Perlindungan Hukum Kemendagri Ingatkan Kepala Daerah Jangan Takut Berinovasi

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 253 hits
Kepala Badan Penelitian dan Pengembangan Kementerian Dalam Negeri Agus Fatoni meminta kepala daerah untuk tidak perlu lagi takut dalam berinovasi Pasalnya amanat untuk berinovasi sudah didukung oleh regulasi yang lengkap mulai dari Undang U...
Jangan Kongsi Status Permohonan Icitra Setelah Permohonan Diterima Risau Nanti Scammer Habiskan Wang Anda Pula

Jangan Kongsi Status Permohonan Icitra Setelah Permohonan Diterima Risau Nanti Scammer Habiskan Wang Anda Pula

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 358 hits
Trend sekarang ini semuanya nak dikongsikan di media sosial termasuklah status permohonan iCitra KWSP Diharap anda tidak kongsikan status permohonn anda dimana mana media sosial kerana dibimbangi scammer pula yang akan habiskan wang KWSP an...
Bakal Madu Sakit Tenat Wanita Izin Suami Nikah Dua

Bakal Madu Sakit Tenat Wanita Izin Suami Nikah Dua

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 256 hits
Wanita berbaju ungu menahan sebak saat suaminya sah bernikah dengan bekas kekasih di sebuah hospital di Indonesia Instagram JAKARTA Satu rakaman video yang menyaksikan seorang wanita menitiskan air mata ketika menjadi saksi suaminya berkahw...
Hiburan Jangan Rapat Nanti Boxer Pun Kena Ungkit Netizen Hidu Kemesraan Zoey Rahman Dan Zarina Sekadar Marketing

Hiburan Jangan Rapat Nanti Boxer Pun Kena Ungkit Netizen Hidu Kemesraan Zoey Rahman Dan Zarina Sekadar Marketing

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 335 hits
Tak ngam bak kata netizen hubungan mesra yang dipaparkan dua selebriti Zoey Rahman dan Zarina Anjoulie seperti ada yang tidak kena dan didakwa peminat hanyalah sekadar strategi pemasaran produk semata mata Ujar Zoey yang merupakan usahawan ...
Ketika Cinta Pergi Hati Jangan Mati

Ketika Cinta Pergi Hati Jangan Mati

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 386 hits
Ketika Cinta Pergi Hati Jangan Mati Sukar menyusun kata apatah lagi melakar bait bait indah buat hati yang sedang menangis Walau bergunung kata diluah pujukan diberi hati yang menangis sukarnya untuk terpujuk Biarkan cinta itu pergi tetapi ...
Jangan Guna Duit Rakyat Tampal Muka Ahli Politik Di Pek Bantuan

Jangan Guna Duit Rakyat Tampal Muka Ahli Politik Di Pek Bantuan

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 319 hits
PETALING JAYA Dua kumpulan pengguna dan persatuan sukarela mengecam perbuatan meletak logo parti dan potrait ahli politik di atas pakej bantuan kepada rakyat terkesan Mereka berpandangan tindakan politik murahan itu dibuat semata mata mahu ...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat