Tolak Petronas Sarawak Berisiko Dikawal Pihak Asing Zaid Beri Amaran



(FMT) – Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim memberi amaran kepada Sarawak agar tidak memutuskan hubungan dengan Petronas, berkata ia boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan negara.
“Mungkin Sarawak fikir ia boleh bangunkan (sektor) minyak dan gas (O&G) sendiri. Tidak, ia tidak mampu,” katanya dalam catatan di platform media sosial X hari ini.
“(Sarawak) perlu beri subkontrak kepada pemain besar, seperti Shell atau Exxon, meletakkan keterjaminan sumbernya dalam tangan pihak asing.”
Zaid berkata demikian susulan gesaan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan agar Sarawak menamatkan kerjasama dengan Petronas, berkata negeri itu tidak sepatutnya mengiktiraf Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA).
Zaid berkata, pertikaian yang sedang berlaku ini dipacu cita-cita Sarawak mencapai autonomi.
Beliau memberi amaran, tindakan negeri itu boleh membawa implikasi ekonomi lebih besar.
Hal ini kerana Petronas menyumbang sebahagian besar belanjawan tahunan persekutuan. Sebagai perbandingan, beliau memberi contoh syarikat minyak Norway yang menyumbang hanya 3% kepada perbelanjaan kerajaannya setiap tahun.
Dalam episod audio siarnya kemudian, Zaid berkata, kerajaan persekutuan mungkin tidak akan mengalah dalam pertikaian itu kerana Petronas yang ‘berdaya maju’ penting bagi kestabilan negara.
Pada Selasa, syarikat minyak negara itu mengumumkan kemerosotan mendadak 32% keuntungan bersihnya bagi 2024, melaporkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM55.1 bilion, berbanding RM80.7 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.
Petronas bagaimanapun membayar dividen RM34 bilion kepada kerajaan tahun lepas, kata Zaid.
“Hanya Petronas yang berdaya maju boleh memberikan dividen RM32 bilion yang dijanjikan untuk belanjawan tahun depan,” katanya.
“Keuntungan Petronas tidaklah begitu tinggi, jadi bagaimana ia hendak bertahan jika Sarawak terus tuntut lebih? Kita mesti lindungi Petronas – ini mengenai keselamatan negara.”
PDA tidak diluluskan bawah darurat
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, yang memainkan peranan penting dalam penggubalan PDA dan penubuhan Petronas, sebelum ini menyangkal dakwaan Sarawak bahawa undang-undang itu tidak lagi terpakai kerana ia diluluskan ketika darurat.
“Tiada darurat setakat yang kita tahu. Tiada apa-apa, tidak pernah (ada darurat). Kita tidak pernah tahu pun adanya darurat,” katanya.
Tengku Razaleigh berkata, PDA itu bertujuan untuk ‘menyatukan semua pihak’ bawah satu entiti.
Katanya, pemimpin Sarawak pada zaman itu menyokong sepenuhnya keputusan itu, termasuk Abdul Rahman Ya’kub, yang pertama sekali mencetuskan idea itu dalam kapasitinya sebagai menteri tanah dan galian.
“(Rahman) selalu kata, jangan benarkan kontraktor datang dan ‘laga-laga’ kita. Jika ada satu (entiti) dengan kuasa pusat, mereka tak boleh goyahkan kita,” katanya.
Razaleigh turut menyangkal dakwaan bahawa Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) Sarawak 1958 menggantikan PDA, menegaskan sebaliknya PDA bertujuan mengatasi undang-undang negeri.
“Minyak dan gas sepatutnya berada bawah Petronas … itu menurut undang-undang. Itulah yang dikatakan dalam surat ikatan peletakhakan. Mestikah kita tukar-tukarnya?”
Dakwaan kerugian RM100 bilion tak berasas
Voon mendakwa Sarawak kerugian RM100 bilion setiap tahun daripada pengekstrakan minyak oleh Petronas, berdasarkan anggapan bahawa sumber minyak dan gas di pelantar benua itu milik negeri.
Bagaimanapun, pakar undang-undang Liew Teck Huat sebelum ini memberitahu FMT, pelantar benua itu terletak di luar perairan negeri dan dikawal oleh Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1982 (Unclos), yang telah diratifikasi oleh Malaysia.
“Zon Ekonomi Eksklusif 200 batu nautika itu bukan milik mana-mana negeri tetapi seluruh negara,” katanya menambah, bahawa tuntutan Sarawak ke atas sumber luar pesisir tiada asas undang-undang.
Sumber : FreeMalaysiaToday
The post Tolak Petronas, Sarawak berisiko dikawal pihak asing, Zaid beri amaran appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2025/02/27/tolak-petronas-sarawak-berisiko-dikawal-pihak-asing-zaid-beri-amaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrajaya Sarawak To Meet Over Scope Of Petronas Petros Partnership

Putrajaya Sarawak To Meet Over Scope Of Petronas Petros Partnership

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 144 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim flanked by his deputies Ahmad Zahid Hamidi and Fadillah Yusof speaking at a press conference after the Cabinet retreat in Bangi BANGI The federal government will meet the Sarawak government to detail the scope o...
Petronas Sumbang Pada Sarawak

Petronas Sumbang Pada Sarawak

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 177 hits
Petronas Sumbang Lebih RM600 Juta dalam aspek pendidikan modal insan di Sarawak
Kekalahan Wakil Rakyat Bersatu Amaran Akar Umbi Tolak Pemain Import

Kekalahan Wakil Rakyat Bersatu Amaran Akar Umbi Tolak Pemain Import

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 112 hits
Nora MahparPETALING JAYA Kekalahan wakil rakyat Bersatu pada pemilihan Machang dan Hulu Selangor baru baru ini mungkin memberi isyarat keras akar umbi mahukan pemimpin lokal atau tempatan mewakili mereka kata penganalisis Ahli Majlis Pimpin...
160 Gula Gula Bawa Penyakit Dimana Pihak Berkuasa Selama Ini

160 Gula Gula Bawa Penyakit Dimana Pihak Berkuasa Selama Ini

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 120 hits
Mahaizura Abd Malikmahaizura mediaprima com myBeberapa gula gula dan jajan yang di jual di sebuah kedai runcit di sekitar Lembah Klang Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengesan 160 jenis makanan ringan perlu disekat penjualannya...
Mho Gesa Pihak Polis Siasat Skim Tempahan Emas Dan Pelaburan Babit Koperasi Terkenal Di Pahang

Mho Gesa Pihak Polis Siasat Skim Tempahan Emas Dan Pelaburan Babit Koperasi Terkenal Di Pahang

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 174 hits
KUANTAN Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia menggesa polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap sebuah koperasi yang disyaki menjalankan skim tempahan emas dan pelaburan tidak wujud Ia didakwa menyebabkan seramai 127...
Kerajaan Pahang Menyeru Agar Semua Pihak Berkepentingan Mendekati Orang Asli Tingkatkan Kerjasama

Kerajaan Pahang Menyeru Agar Semua Pihak Berkepentingan Mendekati Orang Asli Tingkatkan Kerjasama

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 178 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang menyeru agar lebih banyak pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan dan swasta turun menjejaki perkampungan orang asli untuk meningkatkan kerjasama dan memastikan komuniti itu berada di laluan yang tepat u...
Negara Lain Sibuk Kejar Kemajuan Ada Pihak Sibuk Isu Remeh Temeh Pm Anwar

Negara Lain Sibuk Kejar Kemajuan Ada Pihak Sibuk Isu Remeh Temeh Pm Anwar

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 131 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gimik pelancaran di Majlis Perasmian Wajah Baharu Alamanda di Centre Court Alamanda Shopping Centre Putrajaya pada 23 Februari 2025 Foto Jabatan Wilayah PersekutuanPUTRAJAYA 23 Feb Dalam na...
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sambal Ikan Bilis Lembut

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan