Tokyo Ke Osaka Nak Naik Apa Pilihan Pengangkutan


Tokyo dan Osaka adalah antara bandar besar yang ada di Jepun. Dua bandar utama ini sering menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. Kedua-duanya mempunyai tarikan tersendiri.
Tokyo menawarkan suasana bandar dengan pembangunan yang pesat serta pelbagai teknologi moden dan beberapa tarikan menarik yang bertaraf global.
Manakala Osaka pula terkenal dengan keunikan budaya tempatan, pilihan kulinari yang luar biasa, dan suasananya lebih ‘santai’, sesuai untuk pelancong yang ingin menikmati pengalaman yang lebih autentik.
Sumber: Traveloka Soalan yang popular dan sering menjadi pertanyaan terutamanya yang baru pertama kali ingin menjejak kaki ke Jepun ialah, bagaimana cara terbaik untuk bergerak dari Tokyo ke Osaka? 
Bagi menjawab soalan ini, jom baca perkongsian ini di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara terbaik dari Tokyo ke Osaka. 
BACA JUGA: Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!
Cara Terbaik Dari Tokyo ke Osaka Berikut dikongsikan beberapa cara dan pilihan pengangkutan dari Tokyo ke Osaka untuk rujukan anda. Sila pastikan anda membaca dengan teliti agar tidak keliru.  
1. Penerbangan Domestik Jika anda lebih suka perjalanan yang lebih singkat, penerbangan domestik antara Tokyo dan Osaka adalah pilihan yang ideal. Dari Tokyo, anda boleh mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Haneda (Tokyo) ke Lapangan Terbang Itami atau Kansai (Osaka). 
Penerbangan domestik dari Tokyo ke Osaka mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Tetapi mengambil kira masa yang akan dihabiskan untuk daftar masuk, pemeriksaan keselamatan, dan pengangkutan ke dan dari lapangan terbang, keseluruhannya, perjalanan ini mungkin mengambil masa sekitar 3-4 jam dari pusat bandar Tokyo ke Osaka. Jadi rancang itinerary anda sebaiknya ya dengan mengambil kira faktor ini. 
Dari segi kos pula, tiket penerbangan domestik biasanya lebih murah jika ditempah awal. Kos tiket satu hala bermula sekitar ¥5,000 (lebih kurang RM165) jika anda memilih syarikat penerbangan kos rendah seperti Peach atau Jetstar, manakala syarikat seperti ANA dan JAL mengenakan kadar lebih tinggi.
Sumber: Flight Routes Baru-baru ini (2024), syarikat penerbangan seperti ANA dan JAL kini menawarkan pakej istimewa untuk pelancong asing yang menggabungkan penerbangan domestik dengan aktiviti pelancongan. Bolehlah jimat sikit. 
Penerbangan domestik sesuai bagi mereka yang ingin menjimatkan masa, terutama jika perjalanan anda mempunyai jadual ketat. Namun, faktor cuaca boleh mempengaruhi jadual penerbangan, jadi sentiasa semak keadaan cuaca dan jadual sebelum berlepas.
2. Shinkansen (Kereta Api Laju) Cara terbaik dari Tokyo ke Osaka yang seterusnya ialah dengan menaiki Shinkansen. Pilihan ini sangat disyorkan jika anda ingin tiba di Osaka dengan cepat (walaupun tidak secepat penerbangan) dan menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan.
Shinkansen bukan sahaja menawarkan keselesaan, malah memberikan pengalaman unik yang tidak dapat dirasai di tempat lain. Ia dilengkapi dengan tempat duduk yang luas, kemudahan tandas, ruang simpanan bagasi, serta peluang melihat pemandangan landskap Jepun yang indah di sepanjang perjalanan.
Sumber: Seeing The World In Steps Terdapat tiga jenis shinkansen yang beroperasi di laluan ini, iaitu Nozomi, Hikari, dan Kodama. Sekiranya anda inginkan perjalanan yang lebih pantas anda boleh pilih menaiki Nozomi diikuti dengan shinkansen Hikari, dan seterusnya adalah shinkansen Kodama, yang paling perlahan antara tiga. 
Dengan menaiki shinkansen jenis Nozomi, yang paling laju, ia hanya mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit untuk sampai ke Osaka dari Tokyo. Hikari pula mengambil masa lebih kurang 3 jam, manakala Kodama, yang lebih perlahan, mengambil masa sekitar 4 jam.
Dari segi kos, kos tiket berbeza mengikut jenis Shinkansen dan kelas tempat duduk. Untuk Nozomi, kos tiket dewasa bermula sekitar ¥14,720 (lebih kurang RM485). Jika anda memilih Hikari atau Kodama, harganya hampir sama. Namun, pengguna Japan Rail Pass boleh menaiki Hikari dan Kodama secara percuma, manakala Nozomi tidak termasuk dalam pass ini.
NOTA: 
Japan Rail Pass: Bagi pelancong asing, Japan Rail Pass (JR Pass) adalah pilihan terbaik untuk menjimatkan kos. Pass ini membolehkan perjalanan tanpa had untuk tempoh tertentu dengan menggunakan kebanyakan laluan kereta api JR di seluruh Jepun, termasuk Shinkansen Hikari dan Kodama.
3. Bas Ekspres Malam Bagi mereka yang ingin menjimatkan kos, bas ekspres malam adalah pilihan yang terbaik. Jepun menawarkan pelbagai jenis bas malam dari Tokyo ke Osaka, seperti Willer Express, JR Bus, dan Hankyu Bus.
Sumber: www.kanto-bus.co.jp Perjalanan bas malam biasanya mengambil masa antara 8 hingga 10 jam. Kebanyakan bas berlepas sekitar pukul 10 malam dan tiba di Osaka pada awal pagi. Dengan menaiki bas malam, sebenarnya anda boleh jimat kos penginapan untuk satu malam. 
Dari segi kos, harga tiket bas malam sangat berpatutan, bermula sekitar ¥4,000 (lebih kurang RM130). Apapun, bergantung kepada jenis bas dan kemudahan yang ditawarkan.
Sumber: Japan Moments Untuk kemudahan dalam bas pula, kebanyakan bas malam dilengkapi dengan tempat duduk yang boleh dibaringkan, tandas, dan kemudahan seperti selimut dan Wi-Fi percuma. Terdapat juga bas mewah dengan tempat duduk VIP yang lebih selesa bagi mereka yang inginkan pengalaman tidur yang lebih selesa sepanjang perjalanan.
4. Kereta Sewa Sekiranya anda memiliki kebenaran untuk memandu di Jepun, tidak adalah salahnya jika anda ingin memandu kereta sewa untuk sampai ke Osaka dari Tokyo. 
Tempoh perjalanan dari Tokyo ke Osaka dengan kereta mengambil masa sekitar 6 hingga 8 jam melalui laluan Tōmei Expressway atau Chūō Expressway, tidak termasuk rehat atau persinggahan. Anda boleh berhenti di kawasan perhentian yang menawarkan makanan tempatan dan pemandangan menarik.
Dari segi kos pula, ia  bergantung pada jenis kenderaan dan tempoh sewaan. Anggaran sewa sehari bagi kereta biasa adalah sekitar ¥7,000 hingga ¥12,000 (sekitar RM230 – RM400). 
Jangan lupa kos tol yang boleh mencecah ¥10,000 (RM330) untuk perjalanan sehala dari Tokyo ke Osaka, serta kos minyak dan juga kos meletak kenderaan. Memang banyak kos diperlukan apabila anda memilih untuk memandu kereta sewa. 
Sumber: Japan Guide Tetapi kelebihannya adalah, anda bebas menentukan destinasi dan jadual perjalanan anda sendiri. Memandu kereta sewa adalah pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin melawat kawasan luar bandar atau tempat-tempat yang sukar diakses dengan pengangkutan awam. 
Namun, pastikan anda mengambil tahu tentang peraturan jalan raya Jepun serta persediaan memandu di negara ini sebelum memulakan perjalanan okay. 
Walaupun kosnya lebih tinggi berbanding pilihan lain, pengalaman jalan raya Jepun sangat menarik dan pastinya berbaloi untuk dicuba sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih serta masa yang banyak berada di Jepun. 
5. Kereta Api Konvensional – Pilihan Murah Tetapi Memakan Masa Selain Shinkansen, anda juga boleh menggunakan kereta api konvensional untuk perjalanan dari Tokyo ke Osaka.
Walaupun ia memakan masa lebih lama, perjalanan ini lebih santai dan murah bagi mereka yang mempunyai masa lapang. Pilihan ini sebenarnya jarang dibuat orang, disebabkan kekangan masa dan tenaga. 
Perjalanan menggunakan kereta api konvensional seperti Tokaido Main Line atau Rapid Train mengambil masa lebih kurang 8 hingga 10 jam lebih. Memang agak penat. 

Sumber: Nagano Trip Tetapi dari segi kos, tiket bagi kereta api konvensional lebih murah berbanding Shinkansen. Perjalanan dengan kereta api konvensional memberikan peluang menikmati suasana tempatan dan melihat pemandangan kampung serta pekan-pekan kecil sepanjang perjalanan. 
Walaubagaimanapun, kereta api biasa ini tidak menawarkan keselesaan seperti Shinkansen. Anda perlu berhenti di setiap stesen untuk pergi ke tandas atau mengisi perut. Tempat duduk pun kurang selesa untuk perjalanan jauh. 
BACA JUGA: Bunga Sakura : Kegunaan, Maksud dan Simboliknya
Tips Tambahan Perjalanan Tokyo ke Osaka 1. Tempahan Awal: Buat tempahan awal untuk mendapatkan harga lebih murah, terutamanya bagi tiket Shinkansen dan penerbangan. Selain itu, tempahan awal juga dapat mengelakkan tiket habis terutamanya pada waktu ‘peak’. 
2. Belajar Bahasa Asas Jepun: Memahami sedikit bahasa Jepun seperti ucapan salam dan terima kasih akan memudahkan interaksi dengan penduduk tempatan atau individu yang bertugas sekiranya anda memerlukan pertolongan. 
3. Gunakan Aplikasi Tempatan: Jepun mempunyai aplikasi yang sangat berguna untuk pengangkutan seperti Hyperdia dan Japan Travel by NAVITIME untuk memudahkan jadual perjalanan anda. Anda juga disarankan untuk memanfaatkan Google Maps sebaiknya bagi merancang perjalanan ada. 
Kesimpulan Dari Tokyo ke Osaka, terdapat pelbagai pilihan pengangkutan yang memenuhi keperluan dan bajet yang berbeza. Sama ada anda memilih Shinkansen, penerbangan domestik, bas malam yang menjimatkan, sewa kereta, atau kereta api konvensional yang santai, setiap pilihan menawarkan pengalaman tersendiri.
Semoga dengan maklumat ini, ia dapat membantu perjalanan anda dari Tokyo ke Osaka. Selamat menikmati keindahan negara matahari terbit!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tokyo-ke-osaka/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tokyo-ke-osaka

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Jalan Jepun Ini Itinerari Ke Osaka Tokyo Untuk 9 Hari

Nak Jalan Jepun Ini Itinerari Ke Osaka Tokyo Untuk 9 Hari

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 128 hits
Selepas hampir 6 bulan merancang akhirnya aku berjaya merialisasikan impian untuk travel ke Jepun Trip kali ini bawa aku ke Osaka dan Tokyo serta singgah di Gunung Fuji selama 9 hari Kali ini bukan pergi solo aku bawa member 2 orang Aku cub...
Nak Berjimat Tapi Tetap Nak Produk Berkualiti Ini Pilihan Terbaik Dengan Hanya

Nak Berjimat Tapi Tetap Nak Produk Berkualiti Ini Pilihan Terbaik Dengan Hanya

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 137 hits
Nak jimat tapi tetap nak produk berkualiti Ini pilihan terbaik Dengan hanya 75 sen Momo House Bamboo Tissue beri kelembutan 4 ply dan daya serap luar biasa Lupakan tisu biasa yang mudah koyak pilihan ini tahan lama eco friendly dan sesuai u...
Nak Apa Sheytonnnnn

Nak Apa Sheytonnnnn

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 97 hits
Najib BakarSebelum ni depa kata harga barang naik kos sara hidup naik tapi gaji tak naik naik Sekarang ni pulak depa kata bila gaji naik harga barang akan turut naik Hampa nak apa ni shetannnnn
Tak Heran Gosip Han Sohee Buka Ig Palsu Semata Nak Kutuk Netizen Puji Sikap Selamba Matang Hyeri

Tak Heran Gosip Han Sohee Buka Ig Palsu Semata Nak Kutuk Netizen Puji Sikap Selamba Matang Hyeri

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 147 hits
Baru baru ini Hye ri telah menghadiri majlis anugerah fesyen tahunan yang berlangsung di S Factory Seoul Artikel Berkaitan Tampil dengan gaun hitam yang menawan Hye ri juga telah berjaya membawa pulang anugerah Wanita Ikon Gaya Terbaik di a...
Nak Turun 2kg Seminggu

Nak Turun 2kg Seminggu

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 160 hits
Nak Turun 2Kg Seminggu Boleh percaya ke nak turum 2kg seminggu Berjaya ke Boleh je jika ada displin dan semangat yang tinggi Semangat tersebut hendaklah konsisten dan bukannya hangat hangat tahi ayam hehe Apabila keazaman dah ada kita kenal...
Puad Nak Apa Puad Ko Tak Tengok Cermin Ke

Puad Nak Apa Puad Ko Tak Tengok Cermin Ke

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 98 hits
Puad nak apa Puad Ko tak tengok cermin ke Kata kata Shamsul pun Dia cuma cerita dia masa PRU Aku pun tak setuju dia buka cerita tu tapi sangat pun untuk dijadikan isu Tapi Puad tak puas hati Puad nak apa Nak suruh DS Anwar ambil tindakan te...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip