Tokoh Sejarah Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau Di Nobatkan Sebagai Tokoh Maal Hijrah


 


KUANTAN - Tokoh sejarah dan pahlawan Pahang Mat Kilau dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang pada sambutan peringkat negeri, hari ini.
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah itu kepada cucu pahlawan berkenaan, Mohd Alhamadi Abu Bakar yang menerima wang tunai RM10,000, trofi dan sijil.
Mohd Alhamadi, 56, yang juga seorang pendidik melahirkan rasa bersyukur dan terharu terhadap kerajaan negeri Pahang kerana memberikan pengiktirafan kepada datuknya dan berharap ia terus meningkatkan semangat juang keluarga serta orang ramai untuk mengembangkan syiar Islam.
"Perjuangan Mat Kilau adalah atas dasar agama... perjuangan menentang Inggeris bersama ayahnya Tok Gajah dan Datuk Bahaman adalah disebabkan kuasa penjajah yang hendak masuk ke Pahang dan memperkenalkan sistem pemerintahan Inggeris.

"Maka disebabkan itu, Mat Kilau dan rakan-rakannya bangkit bangun melawan demi menegakkan Islam di Pahang," katanya semasa ditemui selepas tamat majlis sambutan yang bertemakan 'Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran' itu di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan barisan pentadbiran negeri diketuai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.
Mat Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Khatib Rasu Abd Salam dijaga ibu bapa Mohd Alhamadi selama kira-kira 30 tahun sebelum beliau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 pada usia 104 tahun. Semasa itu, Mohd Alhamadi berusia sekitar lima tahun.
Mohd Alhamadi berkata, datuknya yang mesra dipanggil 'Aki Kilau' juga menjadikan zikir dan bacaan surah Al-Ikhlas sebagai amalan setiap hari yang kini diwarisi ahli keluarga serta ahli seni silat tapak suci warisan Mat Kilau.
Menyifatkan dirinya sebagai 'hanya wakil penerima anugerah itu', Mohd Alhamadi berkata, wang berkenaan akan digunakan sebaiknya bagi menambah baik Galeri Mat Kilau, di sini, yang diusahakannya sendiri sejak 2016 dan persatuan seni silat terbabit.
Sementara itu, berdasarkan kenyataan jawatankuasa induk dan pelaksana sambutan, Mat Kilau yang juga anak jati Kampung Kedondong, Pulau Tawar di Jerantut berpengetahuan luas dalam agama dan pernah belajar agama daripada tokoh agama dan ulama tersohor.
Antaranya ialah Mufti Pahang pertama Uthman Senik, ulama Sayyid Abdul Rahman Sayyid Muhammad Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tokku Paloh dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu semasa beliau bersembunyi di negeri berkenaan.
Selain itu, Mat Kilau juga pandai mengaji al-Quran, berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana yang turut dikenali sebagai Dikir Pahang serta handal dalam ilmu persilatan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/07/tokoh-sejarah-dan-pahlawan-melayu-mat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malay Warrior Mat Kilau Gets Pahang Tokoh Maal Hijrah Award

Malay Warrior Mat Kilau Gets Pahang Tokoh Maal Hijrah Award

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 276 hits
The Regent of Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah presenting the Pahang Tokoh Maal Hijrah award to Mat Kilau s grandson Alhamadi Abu Bakar KUANTAN Malay warrior Mat Kilau was today named as the recipient of this year s Pahang Tokoh Maa...
Layan Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Di Tgv Aeon Klebang

Layan Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Di Tgv Aeon Klebang

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 309 hits
Layan Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan filem terbaru yang tengah panas tayang kat pawagam pawagam di Malaysia ni K fiezz family antara yang tak ketinggalan menonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ni minggu lepas Kebetulan k fiezz mr hub...
Bekas Kp Jakim Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1444h 2022m

Bekas Kp Jakim Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1444h 2022m

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 215 hits
Bekas KP Jakim Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1444H 2022M Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 29 Jul 2022 11 37PM
After Mat Kilau Movie A Call For More Stories Of Past Warriors

After Mat Kilau Movie A Call For More Stories Of Past Warriors

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 415 hits
Law minister Wan Junaidi Tuanku Jaafar said movies like Mat Kilau could rake in millions in ticket sales PUTRAJAYA In the wake of the success of the Mat Kilau historical drama the local film industry was urged today to focus on Malaysian hi...
Youtuber Cipta Pertarungan Mat Kilau Dengan Hang Tuah

Youtuber Cipta Pertarungan Mat Kilau Dengan Hang Tuah

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 320 hits
Demam filem Mat Kilau nampaknya masih tidak reda Filem yang berjaya mengutip RM80 juta itu kini menginspirasikan pembikin filem Kaya N Kaya Viral dan Kaya Viral Studios untuk membikin filem pendek tentang pertarungan Mat Kilau dan juga Hang...
Mat Kilau Hanya Sekadar Filem Jika Ummah Gagal Bersatu Pas

Mat Kilau Hanya Sekadar Filem Jika Ummah Gagal Bersatu Pas

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 231 hits
agendaily com21 07 2022Setiausaha PAS Negeri Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir Kesatuan pembangkang dalam membela Ahli Parlimen Kota Belud daripada Warisan pada sidang Dewan Rakyat perlu diberi perhatian dalam kalangan parti kerajaan sekar...
Blockbuster Mat Kilau Rakes In Rm90m After 33 Days Screening

Blockbuster Mat Kilau Rakes In Rm90m After 33 Days Screening

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 354 hits
The film Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan which has been making headlines has raked in RM90 million in ticket sales This comes after 33 days of the film being screened in Malaysia Singapore and Brunei Its director Mohd Syamsul Mohd Yusof said...
Tahukah Anda Operasi Memburu Datuk Bahaman Mat Kilau Tok Gajah Berlangsung Dari 1895 Hingga 1896

Tahukah Anda Operasi Memburu Datuk Bahaman Mat Kilau Tok Gajah Berlangsung Dari 1895 Hingga 1896

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 229 hits
TAHUKAH ANDA Operasi Memburu Datuk Bahaman Mat Kilau Tok Gajah berlangsung dari 1895 hingga 1896 Pegawai Penjajah British dengan restu pihak istana iaitu Hugh Clifford ditugaskan untuk memburu mereka Misi bermula dari Pahang merentasi Teren...
Mantap Dato Dah 80 Juta Syamsul Yusof Sasar Rm90 Juta Kutipan Mat Kilau Sekali Yusof Haslam Ded4h Boleh Cecah

Mantap Dato Dah 80 Juta Syamsul Yusof Sasar Rm90 Juta Kutipan Mat Kilau Sekali Yusof Haslam Ded4h Boleh Cecah

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 345 hits
Kuala Terengganu Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam percaya filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mampu mencapai kutipan melebihi RM100 juta apabila tayangannya kini memasuki minggu keempat
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan