Tokan Syabu Cameron Highlands Dicekup


 
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Ashari Abu Samah menunjukkan syabu yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang media di IPD Cameron hari ini.CAMERON HIGHLANDS: Seorang lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai menjadi pengedar tunggal dadah jenis syabu di sekitar Cameron Highlands ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Ringlet Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Ashari Abu Samah berkata, suspek yang dipercayai menjalankan kegiatan menjual dadah sejak empat bulan lalu ditahan pada 12 tengah hari.
Katanya, suspek berasal dari Slim River, Perak ditahan bersama 61 paket syabu seberat 117.87g dianggarkan bernilai kira-kira RM17,000 mengikut harga pasaran.
“Syabu itu dijual pada harga sekali ganda lebih tinggi dari pasaran luar Cameron Highlands iaitu sekitar RM100 bagi setiap tiub seberat 0.5g, manakala bagi tiub seberat 1g dijual pada harga RM150 dan suspek dipercayai mengambil bekalan dari Tapah dan Ipoh.
“Difahamkan, suspek menjalankan operasi hanya melalui pesanan WhatsApp dan hanya menjual kepada pembeli dikenali, dengan membuat penghantaran terus kepada mereka khususnya di sekitar Tanah Rata dan Ringlet.
“Setakat ini, suspek dikesan menjalankan kegiatan itu secara bersendirian dan polis sedang menjejaki dan menyiasat sama ada suspek turut mempunyai rangkaian lain,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis daerah (IPD) Cameron Highlands.
Ashari berkata, suspek yang menjalankan kegiatan itu sepenuh masa menyasarkan penduduk tempatan berusia 40 tahun ke bawah daripada pelbagai latar belakang pekerjaan.
Beliau berkata, suspek yang turut positif syabu dikesan mempunyai dua kes lampau berkaitan dadah mengikut Seksyen 39(a)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.
Katanya, harga jualan tinggi dikenakan suspek kepada pembeli berikutan kesukaran mendapatkan bekalan dadah itu daripada pembekal dan perlu diambil di luar Cameron Highlands.
“Difahamkan harga pasaran bagi setiap tiub syabu di luar Cameron Highlands antara RM40 hingga RM50 bagi setiap tiub seberat 0.5g.
“Suspek kini direman tujuh hari hingga 8 Feb mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/MalaysiansMustKnowTheTruth/~3/QId3R1qI_zY/tokan-syabu-cameron-highlands-dicekup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel In Cameron Highlands Plan Bercuti Selepas Pkp

Hotel In Cameron Highlands Plan Bercuti Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 276 hits
Alhamdulillah sebalik apa yang kita semua sedang alami ini sedang didik kita dan keluarga untuk duduk bersama dan menikmati saat saat ini dalam rumah Tetapi pastinya percutian di luar ditunggu tunggu Anak anak Un sendiri dah asyik ulang tan...
Majlis Daerah Cameron Highlands Tangguh Kempen Rm40 Tangkap Anjing Terbiar

Majlis Daerah Cameron Highlands Tangguh Kempen Rm40 Tangkap Anjing Terbiar

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 177 hits
Majlis Daerah Cameron Highlands mempelawa sesiapa sahaja yang ingin menjana wang semasa PKP untuk menyertai kempen menangkap anjing liar dan menyerahkannya kepada PBT itu untuk ganjaran RM40 seekor anjing PETALING JAYA Pihak berkuasa tempat...
Lelaki Rentas Negeri Dicekup Berkhalwat Di Rumah Kekasih

Lelaki Rentas Negeri Dicekup Berkhalwat Di Rumah Kekasih

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 269 hits
Kulim Seorang lelaki sanggup ingkar Perintah Kawalan Pergerakan datang dari Pulau Pinang semata mata untuk bertemu dengan kekasihnya di daerah ini sebelum dicekup berkhalwat di rumah wanita itu di kawasan perumahan di sini tengah malam tadi...
Sungaipetani Wanita Jadikan Rumah Sarang Penagihan Dadah Dicekup

Sungaipetani Wanita Jadikan Rumah Sarang Penagihan Dadah Dicekup

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 259 hits
nbsp Kegiatan seorang wanita berusia 42 tahun yang menjadikan rumahnya sebagai sarang penagihan dadah berakhir apabila dia ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda di sini semalam Wanita yang positif dadah jenis methamphetamine...
18 Pati Dicekup Di Teluk Ramunia

18 Pati Dicekup Di Teluk Ramunia

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 113 hits
Sebahagian daripada PATI yang ditahan dalam Op Benteng di perairan Teluk Ramunia pagi tadi KUALA LUMPUR Seramai 18 pendatang asing tanpa izin yang cuba menyelinap masuk secara haram ke negara ini dicekup dalam Op Benteng di perairan Teluk R...
Makmandin Dicekup Ketika Leka Bungkus Dadah

Makmandin Dicekup Ketika Leka Bungkus Dadah

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 196 hits
Seorang pengedar dadah dicekup polis ketika sedang leka membungkus dadah di sebuah rumah di Mak Mandin Butterworth pada jam 3 petang pada Selasa Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata polis me...
Rantaupanjang Lari Ke Negara Jiran Tinggalkan Syabu Rm16 08 Juta

Rantaupanjang Lari Ke Negara Jiran Tinggalkan Syabu Rm16 08 Juta

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 226 hits
Zamsari dan Mohamad Roy menunjukkan dadah jenis syabu bernilai RM16 08 juta yang dirampas oleh ATM di Kampung Lubok Stol Rantau Panjang PASIR MAS Dua lelaki bertindak melarikan diri ke negara jiran dengan meninggalkan dadah jenis syabu bern...
Ketua Balai Polis Ditahan Positif Syabu

Ketua Balai Polis Ditahan Positif Syabu

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 256 hits
108 total views 108 views today Seorang ketua balai polis di Selangor ditahan selepas didapati positif dadah Selasa lalu Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata ketua balai tersebut merupakan a...
Scone Sedap Ala Cameron Highland

Scone Sedap Ala Cameron Highland

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 415 hits
Sebut jer scone pasti terbayang saat menikmati teh panas dan scone di Cameron Highland Saya jarang ke sana Kalau tak silap saya hanya 2 atau 3 kali 2 kali saya ke sana atas urusan tugas rasmi Sekali pergi bercuti bersama keluarga Hanya kunj...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms