Tok Mat Hentam Parti Kutip Dan Bekas Pkr


 



March 27, 2021 Mohamad Hasan berkata pesaing parti itu tidak perlu mengajar Umno soal perpaduan ummah, sekiranya mereka hanya memancing dan mengutip ahli politik yang meninggalkan Umno dan perjuangan Melayu-Islam bawaannya sejak sekian lama.
Timbalan Presiden Umno itu berkata ini termasuklah individu atau pemimpin yang selama ini tidak henti-henti menghina dan merendahkan orang Melayu.
Beliau berkata, kelompok inilah yang sebenarnya anti-perpaduan.
“Mereka tidak pernah memperjuangkan sebarang usaha perpaduan. Sehinggalah apabila nyawa mereka seperti telur di hujung tanduk, kelangsungan parti mereka menjadi begitu getir, baharulah mereka mula tergagap-gagap bercakap tentang perpaduan bangsa,” katanya.
Mohamad berkata demikian dalam ucapan merasmikan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020), di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.
PAU 2020 menjadi tumpuan kerana Umno dikatakan akan menentukan nasib kerjasamanya dengan PPBM. Pada kedudukan sekarang, Umno akan menyokong pentadbiran pimpinan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, sehingga Parlimen dibubarkan untuk PRU15.
Kerajaan Perikatan Nasional dipimpin PPBM dengan penyertaan timbalan presiden PKR, Mohamad Azmin Ali, dan kumpulannya.
“Lebih menjelikkan, bila mereka yang meninggalkan PKR turut tidak malu bercakap berkenaan perpaduan ummah.
“Sedangkan selama berpuluh-puluh tahun, perjuangan mereka tidak pernah sekali pun menjurus kepada kebaikan orang Melayu, apatah lagi perpaduan ummah.”
Ummah
Mohamad menarik perhatian kepada istilah “perpaduan ummah” yang tular mutakhir ini kerana banyak pihak mahu bercakap mengenainya, seolah-olah Melayu-Islam berpecah-belah sehingga ke tahap parah.
Beliau bagaimanapun tidak bersetuju konsep perpaduan Melayu ditafsirkan dalam konteks politik semata-mata, mengingatkan perpaduan ummah sebenar bukan sekadar parti Melayu bersama dalam perikatan politik.
“Tafsiran sebegini sangat cetek. Ini kerana, jumlah orang Melayu yang diwakili oleh kedua-dua parti besar Melayu sebenarnya hanyalah dalam lingkungan 4 juta sahaja,” katanya.
“Seruan kepada perpaduan ummah mestilah dibaca dalam konteks yang lebih besar. Ia mesti benar-benar bertujuan menyatukan semua orang Melayu. Merentas ideologi politik, merentas kepentingan kuasa dan merentas status sosial.”
“Ia mesti menjangkaui laba politik dan tidak menjadi sekadar strategi untuk menang dalam pilihanraya. Sedangkan nasib dan masa depan ummah belum tentu akan dipedulikan selepas itu.”
Mohamad memberi peringatan kepada pesaingnya bahawa Umno tidak akan terpedaya dengan retorik “kepentingan ummah” dan “perpaduan Melayu” yang dibuat-buat.
Beliau menegaskan perpaduan ummah dan penyatuan Melayu mesti dipimpin Umno.
“Yang akan Umno usahakan adalah, perpaduan seluruh bangsa Melayu. Yang berpolitik atau tidak, yang berparti atau tidak dan yang dalam kerajaan mahupun pembangkang. Semuanya akan kita pandang dan kita undang. Rukunnya hanya satu, iaitu Melayu!”






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/tok-mat-hentam-parti-kutip-dan-bekas-pkr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Bertindak Sesuka Hati Demokrasi Kualiti Kepimpinan Merosot Tok Mat

Ahli Parlimen Bertindak Sesuka Hati Demokrasi Kualiti Kepimpinan Merosot Tok Mat

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 525 hits
PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata demokrasi dan kualiti kepimpinan semakin merosot dengan lebih ramai Ahli Parlimen bertindak sesuka hati berdasarkan kepentingan peribadi bukannya prinsip serta nilai Oleh itu beliau...
Demokrasi Malaysia Mesti Lebih Baik Tok Mat

Demokrasi Malaysia Mesti Lebih Baik Tok Mat

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 355 hits
Demokrasi Malaysia seharusnya lebih kukuh dan lebih baik dari sebelumnya Tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini menunjukkan bahawa demokrasi kita semakin menyusut dan merosot Malaysia pasca moden sewajarnya boleh menjadi teladan kepada ne...
We Want A Core Race Not A Superior Race Says Tok Mat

We Want A Core Race Not A Superior Race Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 332 hits
PETALING JAYA The country has remained stagnant for the past three years and it is now in dire need of a strong and stable government to give it a much needed jump start says a top Umno leader Such a government must also represent all Malay...
No More Threats No More Party Hopping Demands Tok Mat

No More Threats No More Party Hopping Demands Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 252 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan says dirty activities to woo the support of MPs must stop KUALA LUMPUR Umno deputy president Mohamad Hasan has called for an end to threats and dirty activities to woo the support of MPs in a thinly veile...
Umno S Future Lies In Ideas And The Young Says Tok Mat

Umno S Future Lies In Ideas And The Young Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 282 hits
PETALING JAYA Umno has seen its greatest days in the 70s and 80s and probably its worst days in the past few years but one thing is certain for the 74 year old party it cannot afford to be stuck in the past Umno deputy president Mohamad Has...
Pkr Tidak Sekat Berkerjasama Dengan Umno Jika Parti Itu Setuju Angkat Agenda Reformasi

Pkr Tidak Sekat Berkerjasama Dengan Umno Jika Parti Itu Setuju Angkat Agenda Reformasi

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 296 hits
PUTRAJAYA Parti Keadilan Rakyat serta mengikut konsep kedaulatan undang undang Beliau menjelaskan apa yang penting ialah mengekalkan prinsip serta agenda reformasi yang perlu diberi keutamaan Beliau turut memetik dapatan sebuah akhbar sebel...
Kenyataan Hadi Pandangan Peribadi Tok Mat Tetap Mahu Muafakat Diteruskan

Kenyataan Hadi Pandangan Peribadi Tok Mat Tetap Mahu Muafakat Diteruskan

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 437 hits
April 3 2021 3 30 PMTimbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata beliau ingin melihat MN terus kekal dan diperkasakan PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan secara peribadi mahu kerjasama antara parti Melayu itu dan PAS menerusi...
Altimet Bersama Pelawak Tanah Air Sertai Parti Pkr

Altimet Bersama Pelawak Tanah Air Sertai Parti Pkr

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 300 hits
Nampaknya Pilihan Raya Umum Ke 15 sudah semakin hampir bila kita dapat melihat parti politik di Malaysia sudah mula mengatur gerak untuk mempersiapkan parti mereka Terbaru Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengumumkan dua ora...
Tiga Ahli Parlimen Pkr Tinggalkan Parti Kerana Kecewa Dengan Anwar

Tiga Ahli Parlimen Pkr Tinggalkan Parti Kerana Kecewa Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 314 hits
suaramerdeka com TINDAKAN tiga ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat Larry Sng Steven Choong dan Datuk Dr Xavier Jayakumar meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan terhadap kepimpinan Dato Seri Anwar IbrahimDalam satu kenyataan secara bers...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Self Care Checklist Masa Flare Buat Pesakit Sle


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif