Tok Kenali Umpama Matahari Yang Menerangi Bumi



Tubuh seorang ulama yang dikenali sebagai Tok Kenali bukanlah calang-calang ulama yang boleh kita pandang enteng yang lahir di Mukim Kenali, Kubang Kerian. Cahaya yang dibawanya ke bumi Nusantara dan Tanah Melayu khususnya di negeri Kelantan telah menerangi hati-hati yang selama ini berada dalam kesamaran cahaya. Kesamaran bukanlah disebabkan Ulama terdahulu tidak menyinar, tetapi sinaran yang dibawa Tok Kenali umpama matahari yang menerangi bumi.
Melalui Tok Kenali, dahulunya pendidikan formal agama Islam pada ketika itu, bertambah pesat dengan tumbuhnya benih-benih ilmu yang ditanamkan di seluruh nusantara dan khususnya di Tanah Melayu dengan pulangnya Tok Kenali ke Kelantan setelah gurunya yang amat beliau kasihi, Al-Alim Al-Allamah Al-Muhaqqiq Al-Mudaqqiq As-Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain bin Wan Musthafa Al-Fathani. Diceritakan oleh Ustaz Abdul Halim, yang merupakan murid rapat kepada Almarhum Syeikh Wan Mohd Shaghir (merupakan pengkaji Ulama Nusantara dan pengasas kepada Khazanah Fathaniyah), sebelum pulangnya Tok Kenali ke Kelantan, penuntut-penuntut ilmu ini akan ke Fathani Dar As-Salam untuk menuntut ilmu disana sebelum ke Mekah namun setelah Tok Kenali pulang, semua penuntut ilmu tumpu kepada beliau dan berkuranglah orang ke Fathani kerana menuntut ilmu dengan Tok Kenali.
LATAR BELAKANG
Tok Kenali atau nama sebenarnya Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad bin Abdul Samad adalah salah satu nama yang tidak asing lagi di bumi nusantara meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Kemboja dan lain-lain. Menurut Ustaz Hafiz Hukmi yang merupakan cicit kepada Tok Kenali atuk Tok Kenali yang bernama Haji Abdul Samad seorang muezzin (bilal) di Masjid Kenali. Ayahnya pula seorang yang soleh yang masyhur di kalangan petani kampung manakala ibunya pula bernama Hajjah Fatimah binti Haji Soleh. Beliau merupakan ulama tersohor pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Beliau selamat dilahirkan di Kubang Kerian atau nama asalnya adalah Kampung Paya di mukim Kenali, Kelantan pada tahun 1287H/1871M (menurut riwayat Almarhum Syeikh Mohd Shaghir).
Namun ada sedikit perbezaan pendapat mengenai tahun Masihi Tok Kenali dilahirkan, ada yang berpendapat pada tahun 1868M, ada yang kata 1870M. Tidak dapat dikenalpasti tarikh mana satu, mungkin boleh dibuat kajian mengenainya.
Apa yang pasti, semua bersepakat bahawa beliau dilahirkan pada 1287H. Ini kerana termaktub didalam majalah Pengasuh yang diasaskan oleh beliau sendiri menulis dilahirkan pada 1287H. Wafat pula menurut Ustaz Abdul Halim (murid rapat Syeikh Wan Mohd Shaghir), bahawa semua bersepakat, Tok Kenali meninggal pada 2 Syaaban 1352H/19 November 1933M.
PENDIDIKAN
i. Sebelum ke Mekah
Diriwayatkan daripada cucu perempuan sulong Tok Kenali, Hajjah Rahmah binti Haji Ahmad bin Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad, pada usia 5 tahun bapanya Haji Ahmad telah meninggal dunia. Segala tugas untuk menjaga anak kecil yang ‘besar’ namanya sehingga kini telah diambil-alih tugas oleh datuknya sebelah ibunya, Haji Muhammad Soleh. Ibunya, Hajjah Fatimah merupakan guru Al-Quran. Dari datuknyalah beliau belajar segala ilmu-ilmu asas. Ini merupakan peringkat terawal pendidikan Tok Kenali.
Selain datuknya, Tok Mek iaitu Nenek tirinya telah mengambil tanggungjawab mendidik anak yatim kecil ini dengan benih kebajikan dan mengajar tentang menjaga makan dan minum yang halal.
Di Kampung Kenali, Tok Kenali telah belajar akan ilmu Al-Quran dan menghafal syair serta pantun yang mengandungi nasihat dan saranan peribadi mulia. Ketika umur beliau 10 tahun, telah Allah kurniakan kepada anak kecil ini hasrat menimba ilmu agama dengan kesungguhan.
Kesungguhan beliau dapat dibuktikan iaitu beliau berjalan kaki tanpa kasut dari Kubang Kerian ke Kota Bharu di Masjid Muhammadi yakni lubuk segala ilmu pada ketika itu untuk menuntut beberapa ilmu dan dengan beberapa guru seperti Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Haji Salleh (makamnya di Kampung Atas Banggol).
Menurut riwayat cucunya iaitu Ustaz Hafiz Hukmi, beliau berjalan kaki sambil berkaki ayam kerana menurut Tok Kenali perjalanan menjadi lebih cepat bahkan jika beliau berjalan bersama-sama sahabat yang lain, mereka akan ketinggalan jauh dibelakang.
Menurut riwayat Almarhum Syeikh Wan Mohd Shaghir, dikatakan berkaki ayam kerana mengikuti sunnahnya Imam Malik yang tidak memakai selipar ketika di Madinah kerana malu teramat sangat dengan jasad Nabi Muhammad SAW dibawah tanah terletak di Masjid An-Nabawi dan seolah-olah menghina jasad Nabi yang berada dibawah tanah.
Di Masjid Muhammadi, Kota Bharu beliau menuntut ilmu tasawwuf dengan Tuan Tabal yang merupakan anak murid Sidi Syeikh Ibrahim Ar-Rasyidi. Kemudian dalam ilmu nahu, beliau mempelajari dengan Qadhi Haji Ismail bin Mahmud yang terletak tak jauh dari Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Tok Kenali juga berguru dengan Haji Awang Alim di Kampung Atas Banggol sebelah hilir masjid.
Antara guru yang lain adalah Haji Nik Ismail, ayah kepada sahabat seperguruan beliau dengan Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani iaitu Dato Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud bin Nik Ismail.
ii. Pengajian di Mekah
Sewaktu Tok Kenali berumur 18 tahun, direzekikan Allah kepadanya untuk menuntut ilmu di Mekah. Menurut Hajjah Rahmah (cucu Tok Kenali), beliau ke Mekah dengan hanya berbekalkan RM22 untuk dibelanjakan selama 22 tahun.
Untuk kesana, beliau menaiki kapal laut. Tiket berharga RM50 itu dibiayai oleh penduduk kampung sekitar yang mengharapkan agar Tok Kenali mendapatkan dan menggunakan manfaat sebaiknya untuk berbakti Umat Islam keseluruhan.
Tok Kenali menetap di Mekah selama 22 tahun. Disana, beliau hanya bertawakal kepada Allah agar segala urusannya disana dipermudahkan. Bayangkan beliau hanya mempunyai RM22 untuk dibelanjakan selama 22 tahun. Beliau tidak punya wang untuk membeli kitab dan sebagainya.
Beliau juga tidak mempunyai rumah sewa disana, hanya tidur di serambi-serambi masjid selama 6 bulan lamanya. Disebabkan amalan inilah apabila pulang ke Kelantan dan menyebarkan Islam di sana sehingga Kelantan digelar serambi Mekah menurut info daripada orang ramai.

Pada permulaannya, Tok Kenali juga bertungkus-lumus untuk mencari ilmu. Beliau akan sentiasa memasuki halaqah ilmu di sekitar Masjidil Haram yang pada ketika itu terkenal dengan pengajian di tiang-tiang masjid. Setiap tiang akan diajar oleh Masyaikh yang berkelayakan.
Seperti dimaklumi, Tok Kenali tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli kitab. Sebelum ke kelas pengajian, beliau akan ke kedai kitab untuk telaah dan hafaz isi kandungan kitab tersebut. Sehinggakan pernah ditegur oleh penjual kitab. Tok Kenali menceritakan perihal beliau itu lalu penjual tersebut faham dan membenarkan untuk berbuat demikian.
Ingatan beliau sungguh kuat. Pembacaan melalui telaahnya itu, beliau mampu menghafal sekaligus isi kandungannya disertai juga dengan kefahaman yang dikurniakan Allah kepadanya. Inilah antara kelebihan Allah kurniakan kepadanya.
GURU-GURU DI MEKAH
Di Mekah, beliau mempelajari dengan ramai guru antaranya ulama-ulama Arab dari Mekah dan juga ulama dari tanah jawi. Dari sini kita dapat lihat bagaimana pemikiran Tok Kenali walaupun sudah belajar di Tanah Arab namun Ulama Tanah Jawi masih tidak dilupakan untuk beliau berguru. Guru-gurunya adalah seperti berikut:
1. Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zainal ‘Abidin bin Tok Bendang Daya I Al-Fathani, masyhur dengan kitab Faridah Al-Faraid fi ‘Ilmi Al-‘Aqaid
2. Wan Ali bin Abdul Rahman Kutan Al-Kalantani, pengarang Lum’atul Aurad
3. Muhammad bin Ismail Daudi Al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik Al-Fathani), pengarang Matla’ Badrain kitab Fiqh
4. Ahmad Khatib bin Abdul Latif Al-Minangkabawi, pengarang Hasyiah Nafahat
5. Mukhtar ‘Atarid Al-Buguri, pengarang Usuluddin
6. Muhammad ‘Abid Al-Maliki
7. Syeikh Hasbullah
Penyusun I’anah At-Thalibin Sayyid Abu Bakar Al-Bakri bin Syatha Ad-Dimyati
8. Muhammad Amin Hanafi
9. Muhammad Yusuf Al-Khayyat
10. Sayyid Abdullah bin Muhammad Soleh Zawawi (mufti Syafie di Mekah)
dan ramai lagi
BUNGA MEKAR MEWANGI SEHARUM NAMANYA TOK KENALI
Menurut Syeikh Wan Mohd Shaghir, nama Tuan Guru Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad atau Tok Kenali mula mekar mewangi apabila mulai belajar kepada Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani (Biografi beliau boleh rujuk posting sebelum ini) dan seterusnya menjadi anak murid yang rapat kepadanya.
Sebelum Tok Kenali datang ke majlisnya lagi, Syeikh Wan Ahmad (selepas ini dikenali Syeikh Ahmad) sudah mengenali beliau secara lahiriah dan rohaniah. Syeikh Ahmad yang terkenal sebagai ulama dan wali Allah yang punyai ‘kasyaf’ yakin suatu hari pasti Tok Kenali akan mendatanginya.
Firasat Syeikh Ahmad benar, selepas 6 bulan (menurut setengah riwayat) akhirnya Tok Kenali mendatangi majlis ilmunya. Seperti kebiasaan, Tok Kenali duduk di belakang sekali tanpa sebarang kitab dan tidur didalam tiap-tiap majlis ilmu sehingga dikenali sebagai orang yang suka tidur dalam majlis ilmu.
Namun itu tiada masalah baginya kerana Tok Kenali akan telaah dan hafal isi kandungan kitab disertai dengan kefahaman. Tidak hairanlah beliau tidur kerana mempunyai anugerah yang berharga didalam diri Tok Kenali.
Syeikh Ahmad menyediakan 3 soalan yang susah kepada murid-muridnya untuk dijawab. Dan Syeikh yakin kesemua muridnya tidak dapat menjawab kecuali Tok Kenali. Mu! Yang dibelakang sekali (tuju kepada Tok Kenali) mari duduk sini! Kata Syeikh. Tok Kenali hanya menurut sahaja. Jawab soalan aku tadi! Sergah Syeikh Ahmad. Tok Kenali bangun dan ternyata menjawab kesemua soalan tersebut.
Terkejutlah sekalian para murid yang ada disitu kerana disangka orang yang sering tidur itu bukanlah calang-calang orang. Soalan yang ditanya itu adalah soalan Tasawwuf Tinggi dan hanya mereka yang ‘sudah sampai’ kedudukan tersebut sahaja boleh menjawabnya. Sejak peristiwa itu, nama Tok Kenali diangkat dan mula mekar di Mekah dan seluruh Nusantara. (Cerita ini didengari daripada Ustaz Abdul Halim Khazanah Fathaniyah daripada gurunya Syeikh Wan Mohd Shaghir, Ustaz Hafiz Hukmi cicit Tok Kenali).
KISAH BERSAMA SYEIKH AHMAD (GURUNYA)
Sebermula Syeikh Ahmad mengambil Tok Kenali sebagai anak murid rapatnya kerana keistimewaan dan juga terserlah ‘kewalian’ yang ada pada dirinya. Beliau tidak lagi tidur di serambi-serambi masjid tetapi di rumah Syeikh Ahmad. Sebagai murid yang sangat patuh dan adab kepada guru, segala perintah Syeikh dilaksanakan sebaiknya dan beliau menjadi khadam sepenuhnya kepada Syeikh Ahmad.
Suatu ketika, Kerajaan Islam Uthmaniyah pernah digemparkan dengan isu khilafiyah antara Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dan Syeikh Nasiruddin Yusuf bin Ismail An-Nabhani (Lubnan). Kerajaan Uthmaniyah yang dipimpin Sultan Abdul Hamid II, penjaga Mekah Syarif Hussein telah mengarahkan Syeikh Ahmad untuk ke Beirut bagi meleraikan permasalahan khilafiyah antara kedua ulama tersebut.
Lalu, Syeikh Ahmad telah menjemput kedua murid kesayangannya untuk bersama-sama ke Beirut bagi menyelesaikan masalah khilafiyah tersebut. Dua orang murid tersebut adalah Tuan Guru Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad dan Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud bin Nik Ismail.
Apabila sampai di Tursina, tempat dimana Nabi Allah Musa mendengar kalam Allah atau mendapat wahyu. Disinilah Syeikh Ahmad menyuruh anak muridnya bermunajat secara khusus. Disinilah mereka didoakan oleh Syeikh Ahmad untuk menjadi murid yang hebat. Tok Kenali didoakan supaya menjadi alim ulama manakala Dato Paduka Nik Mahmud didoakan sebagai orang politik dan pentadbiran.
Daripada doa yang maqbul ini, keduanya menjadi seperti yang didoakan. Tok Kenali menjadi alim ulama yang dikenang sehingga kini dan Dato Paduka Nik Mahmud menjadi Perdana Menteri Pertama di Kelantan. Hasil daripada pemikiran Syeikh Ahmad, Kelantan dapat dibentuk menjadi kerajaan Islam yang hebat. (Cerita ini didengari daripada Ustaz Abdul Halim, Ustaz Hafiz Hukmi cicit Tok Kenali).
Tok Kenali juga dikenali sebagai Awang Kenali. Gelaran Awang ini diberikan oleh Syeikh Ahmad kepada beliau. Setiap kali persuratan antara Syeikh dan beliau akan ditulis dibawah sekali ‘Awan’. Dan daripada ‘Awan” inilah lama kelamaan menjadi Awang. Namun ada yang mengatakan Awang itu diberikan kerana itu nama kebiasaan di Kelantan untuk mereka yang sangat dikasihi.
KEPULANGAN KE TANAH AIR
Selepas kewafatan Syeikh Ahmad pada tahun 1908 M dan ada riwayat mengatakan 1909 M di Mina, setelah belajar dengan beliau selama 22 tahun. Ketika itu umurnya 40 tahun. Pada tahun 1911, hanya membawa dua buah kitab sahaja iaitu Tafsir Al-Khazin dan Mughni Labib (Nahu).
Mengasaskan Pondok di Kampung Paya. Tahun 1917, menjadi Ketua Guru di Masjid Besar Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan. Antara kitab dibacanya Kitab Nahu Syuzur Zahab dan Syarah Ibnu Aqil. bab Feqah kitab Baijuri dan kitab Al-Iqna’.
JASA-JASA
Selepas kepulangan ke Kelantan, banyak perkara yang dilakukan oleh beliau untuk melebarkan dakwahnya di Tanah Melayu dan Nusantara. Selain membuka pondok di Kubang Kerian, beliau menubuh Majlis Agama Islamd dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) pada tahun 1915. MAIK merupakan majlis Islam yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu. Menjadi contoh kepada negeri lain untuk melakukan perkara yang sama.
Beliau juga merupakan pengarang kehormat bagi Majalah Pengasuh dan.telah menulis beberapa makalah dalam siaran awal majalah tersebut. Pengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. Dari sini dapat kita buktikan bahawa majalah Pengasuh merupakan majalah Islam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara. Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh Majlis Agama Islam Kelantan.
Jamiah Asriyyah di Jalan Tengku Putra Semerak adalah salah satu bekas tangan beliau. Dalam bidang penulisan kitab atau risalah agama pula, berikut adalah karyanya:
1. Risalatud Durril Mantsur. Menerangkan fadhilat Qasidah Burdah Imam Bushiri
2. Madkhal Kamil fi ‘Ilmis Sharfi. Kitab ini mengenai Ilmu Saraf.
3. Mulhiq li Miftahit Ta’allum fi I’rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah ‘ala
4. Ratbih. Kitab syarahan Matan Aj-Jurumiyah dalam Ilmu Nahu.
dan banyak lagi yang mungkin kami belum ketemui.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalanakhirat.wordpress.com/2019/03/06/tok-kenali-umpama-matahari-yang-menerangi-bumi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Semenyih Pakatan Harapan Umpama Macau Scam Janji Tinggi Bak Gunung Hasil Hampeh Peniaga Semenyih

Prk Semenyih Pakatan Harapan Umpama Macau Scam Janji Tinggi Bak Gunung Hasil Hampeh Peniaga Semenyih

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 670 hits
Pada 2 Mac 2019 para pengundi N24 Semenyih akan membuat keputusan siapakah Adun yang akan membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri Selangor Kempen yang memasuki hari ke 9 menonjolkan pelbagai cerita pengundi dari segenap lapisan Seoran...
Penangan Disantau Kakak Sendiri Perut Membusung Umpama Sarat Mengandung Ha Id Tak Henti Keluar Selama 3 Bulan

Penangan Disantau Kakak Sendiri Perut Membusung Umpama Sarat Mengandung Ha Id Tak Henti Keluar Selama 3 Bulan

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 456 hits
Foto sekadar hiasan Kisah yang akan aku ceritakan ini adalah dari kisah benar perkongsian ini boleh dijadikan teladan bagi orang lain Cerita ni agak panjang sebab kalau nak aku ringkaskan takut tak faham jalan ceritanya Nama aku Fasha aku n...
Jom Kenali Itzy Kumpulan Wanita K Pop Terbaru Dari Jyp Entertainment

Jom Kenali Itzy Kumpulan Wanita K Pop Terbaru Dari Jyp Entertainment

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 455 hits
Jom Kenali ITZY Kumpulan Wanita K pop Terbaru Dari JYP Entertainmentsumber Twitter ITZYofficialJom Kenali ITZY Kumpulan Wanita K pop Terbaru Dari JYP Entertainment Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Tahun 2019 bakal menyaksikan banyak kum...
Bike To Sunset Tawarkan Keindahan Matahari Terbenam Di Nongsa

Bike To Sunset Tawarkan Keindahan Matahari Terbenam Di Nongsa

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 187 hits
Siapapun bisa ikut mendaftar baik dari komunitas maupun masyarakat umum Sesuai dengan namanya Bike to Sunset event ini lebih ke fun bike Menyehatkan fisik sembari menikmati keindahan matahari terbenam yang ditutup dengan perayaan di Montigo...
Apakah Hukum Melaksanakan Solat Gerhana Matahari

Apakah Hukum Melaksanakan Solat Gerhana Matahari

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 525 hits
Koleksi Soal Jawab AgamaApakah Hukum Melaksanakan Solat Gerhana MatahariCredit pic Apakah Hukum Melaksanakan Solat Gerhana MatahariSoalan Apakah hukum melaksanakan solat gerhana matahari Jawapan Solat gerhana matahari adalah salah satu sola...
Kenali Jam Aktivitas Setiap Organ Tubuh Demi Kesehatanmu

Kenali Jam Aktivitas Setiap Organ Tubuh Demi Kesehatanmu

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 209 hits
Kenali Jam Aktivitas Setiap Organ Tubuh Demi Kesehatanmu UN1X PROJECT Zaman sekarang masyarakat sudah super sibuk jadi setiap orang terkadang lupa dengan kesehatan dalam tubuhnya sendiri Jadi saya mau sedikit kasih info jadwal kerja organ t...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Bertanya Soalan Yang Betul Sangat Membantu Untuk Anda Berjaya Dalam Perniagaan

Serangan Seksuel Tentera Israel Komen Pas

Ambil Ubat Di Hospital Lagi Mudah Dengan Aplikasi Myubat

Memahami Perbedaan Antara Jam Kerja Bobot Kerja Dan Beban Kerja

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Asthma