Titah Diraja Bakal Ditunda Untuk Beri Laluan Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dahulu


 


August 13, 2021 Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menjangka Titah Diraja sempena istiadat pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan ditunda bagi memberi laluan kepada usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin diselesaikan terlebih dahulu.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata cara itu dapat mengelakkan sebarang ‘gangguan’ kepada istiadat Titah Diraja.
“Saya difahamkan Titah Diraja mungkin ditunda kerana nak menunggu keputusan undi percaya terlebih dulu. Kalau kerajaan jatuh, macam mana nak laksanakan Titah Diraja itu.
“Perkara ini (peraturan Parlimen) dibuat manusia, maka semua ada jalan penyelesaiannya,” katanya kepada BH, hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang usul undi percaya terhadap Muhyiddin akan dibuat dalam Sidang Dewan Rakyat pada 7 September nanti.
Kata Saifuddin, notis mengenainya dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat kepada semua Ahli Parlimen.
Ahli Parlimen Arau yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, beliau mendapat maklumat undi percaya mungkin dibuat lebih awal, bukannya pada 7 September.
“Saya tak berani bagi tarikh tapi mungkin dibuat (dalam sidang Dewan Rakyat) pada September juga, cuma lebih awal.“Undi percaya mesti dibuat sebelum Titah Diraja, ini yang saya dengar, yang lain saya tidak tahu. Mungkin Saifuddin lebih tahu kerana dia Menteri Komunikasi (dan Multimedia) yang duduk diam saja,” katanya.
Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif pula berkata, beliau belum menerima notis pemberitahuan berkenaan tarikh usul undi percaya namun berpendapat ia perlu dibuat sebelum Titah Diraja.
“Adalah lebih baik buat undi percaya dulu pada 6 September sebelum Tuanku menyampaikan Titah Diraja.
“Biarlah Tuanku datang ke Parlimen dalam keadaan selesa dan soal undi percaya sudah diselesaikan supaya titah baginda tidak menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya dari PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata usul undi percaya perlu disegerakan, bukannya menunggu tarikh 7 September kerana berpendapat Perdana Menteri sudah hilang majoriti.
“Justeru hal ini perlu diselesaikan segera. Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 11(3) memberi ruang untuk notis satu hari dikeluarkan oleh Speaker atas permintaan Perdana Menteri untuk membahaskan sesuatu isu yang segera dan penting,” tegasnya.
Turut senada ialah Ahli Parlimen Shah Alam dari AMANAH, Khalid Abd Samad yang menggesa Perdana Menteri bersikap ‘gentleman’ dengan meletakkan jawatan apabila sudah tidak memiliki majoriti.
Beliau berpendapat tarikh undi percaya pada 7 September itu sebagai terlalu lambat sekali gus membuka ruang kepada berlaku helah politik.“Kita harap Yang di-Pertuan Agong bertindak. Pada pandangan saya kuasa itu ada pada Agong selepas semua pihak sudah tunjuk dan maklum kepada baginda tidak menyokong Muhyiddin,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/titah-diraja-bakal-ditunda-untuk-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Titah Pm Baharu Perlu Kemuka Usul Undi Percaya Tentu Keabsahan Di Dewan Rakyat

Agong Titah Pm Baharu Perlu Kemuka Usul Undi Percaya Tentu Keabsahan Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 421 hits
KUALA LUMPUR 18 Ogos Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya perdana menteri yang dilantik perlu mengemukakan segera usul undi di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan jawatan beliau D...
Titah Ydp Agong Pm Terpilih Menerusi Sd Hendaklah Kemuka Usul Undi Percaya Di Parlimen

Titah Ydp Agong Pm Terpilih Menerusi Sd Hendaklah Kemuka Usul Undi Percaya Di Parlimen

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 267 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Yang di Pertuan Agong bertitah perdana menteri yang dilantik menerusi surat akuan Ahli Dewan Rakyat hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat Langkah itu untuk mengabsahkan beliau me...
Pejuang Persoalkan Tindakan Pm Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan

Pejuang Persoalkan Tindakan Pm Mahu Bawa Usul Undi Percaya Terhadapnya Bulan Depan

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Parti Pejuang Tanah Air mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mahu membawa usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat pada bulan depan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata usul berkenaan s...
Usul Undi Percaya Adalah Perkara Biasa Kata Pm

Usul Undi Percaya Adalah Perkara Biasa Kata Pm

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 266 hits
Muhyiddin Yassin berkata beliau bersedia hadapi usul undi percaya di Parlimen bulan depan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Gambar Bernama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata usul undi percaya kepada perdana menteri adalah perkara biasa...
Pembangkang Mahu Parlimen Bersidang Segera Bentang Usul Undi Percaya Pm

Pembangkang Mahu Parlimen Bersidang Segera Bentang Usul Undi Percaya Pm

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 331 hits
IMBAS Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ahli ahli parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka sebelum bergerak menuju ke Jalan Parlimen berikutan tidak dibenarkan masuk ke dalam Parlimen Kuala Lumpur Foto HAFIZ SOHAIM...
Pn Berunding Dengan Semua Parti Politik Usul Undi Percaya

Pn Berunding Dengan Semua Parti Politik Usul Undi Percaya

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 201 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Kerajaan Perikatan Nasional mencapai kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti di luar gabungan berkenaan bagi meluluskan undi percaya di Dewan Rakyat Perdana Menteri Tan Sri Mu...
Saya Tak Takut Berdepan Usul Undi Percaya Kata Pm

Saya Tak Takut Berdepan Usul Undi Percaya Kata Pm

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 250 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan penduduk di Pagoh semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak takut atau bimbang berdepan usul undi percaya kepadanya pada sidang Dewan Rak...
Segerakan Usul Undi Percaya Sebaik Pm Ke 9 Dilantik

Segerakan Usul Undi Percaya Sebaik Pm Ke 9 Dilantik

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 260 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Percepatkan sidang Parlimen elak tawar menawar politik BANGI Usul undi percaya di Dewan Rakyat terhadap Perdana Menteri baharu harus dibuat secepat mungkin bagi mengelakkan isu keabsahan pembentukan kerajaan berulang...
Tarikh 7 September Dijadual Undi Percaya Pada Muhyiddin

Tarikh 7 September Dijadual Undi Percaya Pada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 183 hits
Tarikh 7 September dijadual Undi Percaya pada Muhyiddin Undian bagi menguji kepercayaan Dewan Rakyat terhadap Muhyiddin Yassin dijadual berlangsung pada 7 September kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah Perkara ini berda...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned