Tiram Tidak Dilahirkan Untuk Menghasilkan Mutiara


Tiram tidak dilahirkan untuk menghasilkan mutiara

Itu bukan misi hidupnya
Itu bukan tujuan asalnya

Mutiara hanya wujud apabila tiram terganggu,apabila benda asing seperti pasir, serpihan atau parasit masuk ke dalam tubuhnya secara senyap

Dan tubuh kecil itu tidak punya senjata
Satu-satunya cara untuk bertahan ialah dengan melindungi diri
Maka ia mula menyelaputi 'luka' itu dengan lapisan demi lapisan nacre — bahan yang akhirnya menjadi mutiara

Menariknya, proses ini bukan sekali. Ia berulang
Hari demi hari. Minggu demi minggu
Setiap lapisan adalah tindak balas diam terhadap ketidakselesaan

Tiram tak mengadu. Ia tak menjerit. Ia hanya bertahan
Dan tanpa sedar, ia mencipta sesuatu yang akhirnya dianggap antara objek paling bernilai di dunia yakni sebutir mutiara

Mutiara bukan hasil dari nikmat
Ia bukan lahir dari keadaan sempurna
Ia wujud kerana ada gangguan. Ia tumbuh dari luka
Dan proses itu panjang, perlahan, dan penuh tekanan

Tapi lihatlah hasilnya, kilauan yang dicari manusia, simbol kemewahan, kecantikan dan keanggunan
Semuanya bermula dari satu titik yang menyakitkan

Hidup kita juga begitu
Ada perkara yang kita tak minta, tapi tetap datang
Ada kesakitan yang kita tak sempat elak. Tapi di situlah pertumbuhan berlaku

Kita belajar jadi kuat bukan masa senang, tapi masa tiada pilihan
Kita membina daya tahan bukan masa dipuji, tapi masa dilukai

Dan dalam diam, kita bertukar menjadi sesuatu yang lebih kukuh, lebih halus, dan lebih bernilai
Walaupun orang hanya nampak kilauan, bukan luka di dalam

Mereka yang punya banyak ‘mutiara’ dalam hidup selalunya tak banyak bercerita
Mereka terus melapisi luka mereka dengan akhlak, ilmu, dan amal

Akhirnya, hidup mereka menjadi indah
Bukan kerana tiada kesakitan, tapi kerana tahu bagaimana menanganinya

Kerana itu,
Jangan cepat anggap tekanan sebagai kelemahan
Kadang-kadang, tekanan itulah petanda awal bahawa sesuatu yang lebih berharga sedang terbentuk

Dan bila sampai waktunya,sebutir mutiara akan keluar dari tiram…Bukan untuk kekal di dasar laut,Tetapi untuk dinilai oleh dunia

MasyaAllah
Allah tak jadikan luka tanpa rahmat
Dalam tekanan yang paling kecil pun, tersembunyi hikmah yang tak terjangkau akal

Sahabat,Jika anda pernah merasa ‘terluka’ dalam hidup, mungkin ini bukanlah penamat tapi permulaan
Mungkin Allah sedang membentuk sesuatu yang berharga dalam diri anda
Dan peluang untuk bangkit, berkembang dan menyinar semula sentiasa terbuka

Kredit : Mohd Zariman Mansor

Facebook 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2025/06/tiram-tidak-dilahirkan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembeli Unit Projek Rumah Makmur Kampung Tiram Kecewa Rumah Dijanji Siap Tiga Tahun Lepas Terbengkalai

Pembeli Unit Projek Rumah Makmur Kampung Tiram Kecewa Rumah Dijanji Siap Tiga Tahun Lepas Terbengkalai

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 262 hits
KUANTAN Pembeli unit Projek Rumah Makmur Kampung Tiram di sini kecewa mendapati rumah yang dijanjikan siap tiga tahun lepas kini terbengkalai dan terbiar Salah seorang daripada mereka Muhammad Shafiq Mohd Zaki 36 berkata dia sudah mula memb...
Exco Pahang Maklum Projek Rumah Makmur Kampung Tiram Akan Siap Sepenuhnya Menjelang Jun 2026

Exco Pahang Maklum Projek Rumah Makmur Kampung Tiram Akan Siap Sepenuhnya Menjelang Jun 2026

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 336 hits
KUANTAN Projek Makmur Kampung Tiram di sini akan siap sepenuhnya menjelang Jun 2026 Exco Kerajaan Tempatan Perumahan Alam Sekitar dan Teknologi Negeri Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata ia termasuk pembinaan akses masuk dan...
Alcohol In School Halls Cabinet Decides To Keep Existing Rules Practice

Free Entry For Nyonya Kebaya Clad Visitors A Masterstroke

Report Malaysians Demonstrate Cautious Optimism Amid Economic Uncertainty

Embarrassing Fam Scandal Reflect Deep Rooted Accountability Crisis In Malaysia S Major Institutions

Pas Leader Warns Anwar Of Historic Mistake Downfall With Trump Meet

Penemuan Terbesar Petronas Dalam 20 Tahun

Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

Tajuk Yang Sesuai Mungkin Ramalan Dbs Bank Kekuatan Dolar Singapura Di Pasaran Global


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masa Berjaya Jangan Sibuk Dengan Kereta Mewah

Salam Bertani Hidupan Alam Semulajadi Keindahan Cipataan Ilahi

Pak Kopi Sejak 1969 Keningau Baru Tahu Tempat Ini Kawasan Appolo

Ideas Chi Chi S Shredded Beef Chimichanga Recipe

Family Gathering Yang Masih Tertunda

Lotus Shah Alam Food Court Port Makan Best Dengan Pelbagai Pilihan Menarik