Tipu Dan Fitnah Ibu Dan Waris Zara Qairina Nafi Kenyataan Menteri Dalam Negeri Isu Bedah Siasat


“Tipu dan fitnah”, itulah kata-kata tegas yang diluahkan oleh keluarga arwah Zara Qairina Mahathir, pelajar berusia 13 tahun yang pemergiannya mengundang sebak seluruh negara. Ibu arwah, Noraidah Lamat, bersama seorang lagi waris tampil menafikan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri berhubung isu bedah siasat terhadap anak syurganya itu.
Sebelum ini, Datuk Seri Dr Saifuddin Nasution dalam satu perbahasan di Parlimen mendakwa bahawa ibu Zara telah menolak sebanyak dua kali cadangan untuk menjalankan prosedur bedah siasat. Menurut dakwaan tersebut, ibu arwah dikatakan mahu menyegerakan urusan pengebumian anak tercinta.

Namun, kenyataan itu disangkal keras oleh pihak keluarga. Melalui hantaran di media sosial, waris kedua arwah, Syira Leizel Janice Abdullah, menegaskan perkara tersebut adalah tidak benar.
“Kenyataan bahawa ibu arwah menolak post-mortem dua kali adalah tidak benar. Saya saksi sendiri bahawa tiada sebarang penerangan diberikan kepada waris, hanya borang ditolak untuk ditandatangani. Malah, IO dan doktor tidak pernah menandatangani di hadapan waris sebagaimana sepatutnya. Maka kenyataan rasmi ini mengelirukan dan cuba menutup ketidakpatuhan prosedur yang berlaku,” jelas Syira.


Bagi keluarga Zara, tuduhan yang tidak tepat hanya menambah kesedihan mereka yang masih berduka. Apa yang diharapkan hanyalah agar arwah dikenang dengan penuh kasih sayang, bukan dijadikan bahan fitnah atau percaturan politik.
Dalam masa yang sama, Jabatan Peguam Negara (AGC) turut mengesahkan bahawa beberapa suspek telah dituduh dalam kes buli membabitkan Zara. Walaupun identiti mereka tidak didedahkan, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, menegaskan bahawa siasatan tetap diteruskan termasuk prosiding inkues bagi menentukan punca sebenar kematian.
Kisah ini mengingatkan kita semua betapa besarnya ujian seorang ibu. Kehilangan anak bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila berdepan tuduhan yang boleh mengguris hati keluarga. Sebagai masyarakat, marilah kita lebih berhati-hati, tidak cepat menyebarkan cerita yang belum sahih, dan sama-sama mendoakan agar keluarga arwah terus tabah.
Semoga Zara Qairina ditempatkan di kalangan anak syurga, dan semoga ibunya serta keluarga yang ditinggalkan terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tipu-dan-fitnah-ibu-dan-waris-zara-qairina-nafi-kenyataan-menteri-dalam-negeri-isu-bedah-siasat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menahan Diri Keluar Kenyataan Bedah Siasat Peguam Ibu Zara Qairina Pilih Berdiam Diri

Menahan Diri Keluar Kenyataan Bedah Siasat Peguam Ibu Zara Qairina Pilih Berdiam Diri

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 360 hits
Pasukan peguam yang mewakili Puan Noraidah Lamat 45 ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir mengambil keputusan untuk menahan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan laporan bedah siasat anaknya Keputusan ini dibuat b...
Panik Terkejut Tiada Penjelasan Yang Jelas Ibu Arwah Zara Qairina Jelas Sebab Tolak Bedah Siasat

Panik Terkejut Tiada Penjelasan Yang Jelas Ibu Arwah Zara Qairina Jelas Sebab Tolak Bedah Siasat

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 354 hits
Kehilangan anak tercinta adalah satu ujian yang tidak terbayang pedihnya Lebih sukar lagi apabila pemergian itu berlaku secara tiba tiba meninggalkan tanda tanya yang tidak terjawab Inilah yang dialami oleh keluarga arwah Zara Qairina Mahat...
Tolak Bedah Siasat Dilakukan Ibu Zara Qairina Bersuara Kami Panik Amp Terkejut Tiada Penjelasan Yang Jelas

Tolak Bedah Siasat Dilakukan Ibu Zara Qairina Bersuara Kami Panik Amp Terkejut Tiada Penjelasan Yang Jelas

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 363 hits
Pendedahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk M Kumar semalam tentang tindakan ibu arwah Zara Qairina Mahathir menolak bedah siasat mengejutkan ramai pihak Bagaimanapun Noraidah Lamat berkata dia tidak dapat berfikir dengan waras ketik...
Bedah Siasat Jasad Zara Qairina Selesai Dikebumi Semula Di Sipitang

Bedah Siasat Jasad Zara Qairina Selesai Dikebumi Semula Di Sipitang

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 420 hits
KOTA KINABALU Selepas lebih tujuh jam berada di bilik forensik jasad Allahyarham Zara Qairina Mahathir 13 akhirnya dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth pada jam 9 20 malam tadi Van jenazah yang membawa jasad remaja i...
Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 548 hits
Inilah insan yang kini memikul amanah besar menyingkap kebenaran di sebalik pemergian tragis adik Zara Qairina Mahathir 13 Bedah siasat bermula sekitar jam 11 pagi tadi Inilah doktor yang mengetuai pasukan forensik Zara Qairina Dr Khairul A...
Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 572 hits
SIPITANG Mahkamah Majistret Sipitang hari ini mengeluarkan perintah untuk penggalian semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir 13 bagi tujuan proses bedah siasat Pendengaran kes selama setengah jam itu diadakan di Ibu Pejabat Polis D...
Polis Mcmc Buru Pakar Bedah Dakwa Terlibat Bedah Siasat Zara Qairina

Polis Mcmc Buru Pakar Bedah Dakwa Terlibat Bedah Siasat Zara Qairina

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 744 hits
Umavathi RamayahKUALA LUMPUR Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang mengesan seorang individu yang mendakwa dirinya pakar bedah kononnya terlibat dalam proses bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu Alla...
Jenazah Zara Qairina Tiba Di Hqe Bedah Siasat Pagi Ini

Jenazah Zara Qairina Tiba Di Hqe Bedah Siasat Pagi Ini

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 491 hits
KOTA KINABALU Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir tiba di Hospital Queen Elizabeth pada jam 10 30 malam tadi selepas proses penggalian semula kuburnya di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi Mesapol Sipitang petang semalam Jenazah remaj...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer