Tips Wajib Tahu Cara Atasi Ilmu Pukau


Pukau boleh berlaku melalui kaedah seperti hembusan asap rokok, renungan mata, senyuman, minuman, telefon (percakapan dan SMS), bersalaman, melalui angin, menepuk belakang, serta membuang najis atau pakaian buruk di hadapan rumah mangsa. Banyak juga kes pukau terjadi menggunakan medium laman sosial seperti Facebook dan Twitter. - istune


Tips Wajib Tahu Cara Atasi Ilmu Pukau ~

Kita juga harus berhati-hati sekiranya menemui benda pelik seperti telur busuk, selipar sebelah dan najis manusia di hadapan rumah kerana itu adalah salah satu cara untuk menghantar ilmu pukau ke rumah bagi tujuan jenayah

Pukau boleh berlaku dalam tempoh sekitar 5 hingga 10 saat. Bagi wanita, anak gadis atau remaja, lazimnya mereka terjebak dengan pukau yang membabitkan perasaan cinta. Sebab itulah kita sering dengar, ada orang yang sanggup mengikut lari lelaki yang baru dikenali termasuklah warga asing kerana apabila terkena pukau, individu itu akan berasa terlalu sayang kepada orang yang mengenakan sihir ke atasnya
Tanda-Tanda DipukauTanda-tanda mereka yang terkena pukau ialah nampak sesuatu yang sebaliknya misalnya, hodoh bertukar cantik
Selain itu, jantung berdebar-debar, terima panggilan senyap, sakit di belakang badan dan sakit kepala khususnya menjelang waktu Maghrib juga merupakan tanda seseorang terkena ilmu pukau
Mereka yang terkena ilmu pukau ini biasanya tidak akan sedar melainkan selepas ditegur oleh orang sekeliling seperti ahli keluarga terdekat yang nampak perubahan diri mereka

Terdapat kes yang membabitkan seorang lelaki yang terkena ilmu pukau ketika dia mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Selepas terkena ilmu tersebut, lelaki itu mengalami kemurungan selama tiga tahun




Lihat diantara kes berkaitan;
Kes 1; Melihat MataKes seorang bekas pekerja Telekom Malaysia kerugian lebih RM20,000 selepas barang kemas dan jam tangan miliknya dilarikan oleh seorang wanita berjubah hitam di Padang Serai, Kedah. Mangsa mendakwa, dia tidak menyedari kehilangan barangan tersebut kerana telah dipukau oleh wanita tersebut. 
Ceritanya, ketika kejadian, dia bersama suami serta beberapa ahli keluarga lain keluar untuk membeli barangan keperluan di pekan Padang Serai kira-kira pukul 10.30 pagi. 
Ketika singgah di sebuah gerai menjual ubat tradisional, dia tiba-tiba dihampiri oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya. Wanita itu mendakwa dia mengalami sakit mata dan meminta saya melihat ke arah matanya yang merah. Saya mengikut arahannya dan sebaik melihat mata wanita itu secara dekat, saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu
Kes 2; Disapa Wanita SeksiSeorang warga emas dan isterinya bukan saja disamun dalam sebuah kenderaan, malah dipaksa berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer apabila terpedaya dengan janji manis suspek kononnya ingin meminta bantuan mangsa sebagai penjamin. 
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa lelaki berusia 77 tahun bersama isterinya, 50,  baru saja mengeluarkan wang RM10,000 dari sebuah bank dipercayai untuk digunakan bagi membaik pulih rumahnya. Modus operandi kumpulan itu menggunakan seorang wanita sebelum mangsa dibawa bertemu dengan dua lagi lelaki yang sedang menunggu di dalam sebuah kereta dan kemudiannya menyamun mangsa dalam kenderaan berkenaan. 
Mangsa kemudiannya akan ditinggalkan selepas disamun. Mangsa yang dalam keadaan ketakutan menyerahkan wang tunai RM10,000, jam tangan dan cincin yang dipakai isterinya kepada suspek

Kes 3; Melalui Laman Soaial FBSeorang gadis 18 tahun, menceritakan sewaktu hari kejadian dia dilaporkan hilang, dia mendakwa dirinya seperti dipukau dan sekadar mampu untuk menuruti arahan seorang teman lelaki yang baru dikenali dalam laman sosial Facebook. Menurutnya, setelah dia keluar dari tempat kerja dan mengikut lelaki terbabit, beliau mendakwa dihantar ke sebuah rumah dan dikenalkan dengan seorang rakan perempuan lelaki terbabit. 
Sepanjang tinggal di situ, fikiran saya seolah-olah kosong dan saya tidak mampu untuk mengingati apa-apa termasuk diri sendiri dan ahli keluarga. Setelah hampir 20 hari menghilang, saya terbaca berita kehilangan diri saya melalui akhbar dan saya lantas mengingati kembali segala-galanya mengenai diri saya dengan serta-merta

Kes 4; Juga Melalui Laman Soaial FBKisah seorang isteri yang dilarikan warga Indonesia bulan lalu dipercayai dibawa ke negara berkenaan dengan menaiki tongkang melalui Pelabuhan Klang sehari selepas dia dilaporkan hilang. 
Dia juga terpaksa menempuh perjalanan yang panjang termasuk menaiki bas selama lima hari lima malam dari Medan ke Surabaya. Mereka hanya mahukan wang dan akan meninggalkan isteri saya yang dipukaunya selepas apa yang dihajati tercapai. 
Warga Indonesia yang kelihatan alim ketika bekerja di sini telah berumahtangga dan mempunyai seorang anak perempuan berusia sembilan tahun,berlagak alim itu turut menjual barang kemas ibu kepada tiga anak itu yang dipukau bernilai RM15,000 sebelum bergerak ke Rambipuji Daerah Jemba, Surabaya. 
Ketika ditemui, wanita itu tidak menunjukkan sebarang perasaan dan hanya kenali suaminya sebagai orang biasa bukan sebagai suaminya, beliau sering meracau-racau dengan menunjukkan dia berada dalam keadaan tidak sihat. dengan bantuan penduduk di sana membawa isteri mendapatkan rawatan di sana kerana dipercayai terkena ilmu hitam. Selepas menjalani rawatan tersebut, beliau mula mengenali saya dan mula teringatkan anak-anak

Kes 5; Dicalit MinyakTerdapat satu kes di mana seorang remaja perempuan yang baharu pulang dari Mesir selepas menamatkan pengajian di sana menaiki bas dan duduk bersebelahan dengan seorang Awang Hitam. 
Warga Afrika itu cuba berbual-bual dengan remaja terbabit tetapi tidak dilayan. Kemudian, dia berpura-pura terpegang pergelangan tangan mangsa tetapi sebenarnya dia mencalitkan minyak dagu kepada remaja itu. 
Selepas kejadian itu, remaja terbabit sering termimpikan Awang Hitam berkenaan. Remaja tersebut cuba mencari Awang Hitam itu di lokasi perhentian bas yang dijumpainya dan selepas itu, dia dilaporkan hilang selama dua bulan dan dipercayai mengikut warga Afrika terbabit. Lebih mengejutkan, apabila remaja berkenaan pulang ke kampung dua bulan selepas itu, dia berpakaian seksi sedangkan dahulunya dia bertudung labuh

Kes 6; Menjawab Salam Dari Orang Tak DikenaliSeorang wanita berusia 37 tahun yang tinggal bersendirian di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dipukau hingga separuh bogel sebelum disamun. Ketika kejadian dia berseorangan di rumah manakala adik sepupunya keluar untuk membeli barang. 
Selepas mendengar orang memberi salam di pintu hadapan dia tanpa teragak-agak membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, beliau melihat seorang lelaki dan wanita berdiri di muka pintu. Lelaki itu berbaju Melayu hitam manakala pasangannya berpurdah. 
Saya yang seperti terkaku membenarkan mereka masuk ke dalam rumah.Sebaik sahaja masuk, pasangan itu bertanyakan tempat saya menyimpan barang berharga dan saya lantas menunjukkan tempat simpanan itu kepada mereka. Tidak cukup dengan itu, beliau diarahkan membuka pakaian dan tanpa rasa malu, saya hanya menuruti arahannya itu dalam keadaan separuh sedar. 
Selepas mengambil barangan bernilai lebih RM10,000, mereka mengarahkan saya berbaring di dalam bilik sebelum mereka bergegas keluar

Beliau tidak dapat menggerakkan badan sehingga adik sepupu saya pulang ke rumah dan mengejutkannya. Apabila mendapati dirinya berada dalam keadaan separuh bogel dan rumahnya bersepah, barulah Sarifah tersedar ia angkara pasangan berlagak alim yang masuk ke rumahnya itu

Kes 7; Dihembus Asap RokokIbu kepada seorang anak dan sudah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun, dia mempunyai masalah sering berasa dingin setiap kali ingin bersama suaminya. 
Setelah menceritakan masalah yang dihadapi itu kepada seorang rakan yang seterusnya memperkenalkannya kepada seorang bomoh di Selangor. bagi memulihkan keadaan saya itu. 
Bomoh tersebut berjanji mahu membantunya dengan mengenakan kos rawatan sebanyak RM3,000 serta kos tambahan bagi tujuh rawatan yang lain.Untuk sesi rawatan pertama, Mona diajar cara perhubungan seksual yang dapat membantu meningkatkan kemesraan antara suami isteri oleh bomoh berkenaan dan isterinya. 
Bomoh itu meminta Mona membawa wang kononnya untuk membeli beberapa peralatan yang akan digunakan. Sepanjang proses rawatan itu, bomoh itu meminta kebenaran untuk merokok. Sebaik saja bomoh itu menghembuskan asap rokok, Beliau pening dan seakan-akan mengikut kata-kata bomoh berkenaan

Bomoh itu memberitahu dia perlu memasukkan minyak yang sudah dijampi ke dalam bahagian sulitnya kerana katanya, ada saka dan ia perlu ditarik keluar. Tanpa sebarang bantahan, beliau sekali lagi akur. Akhirnya beliau mengalami kerugian hampir RM6,000 akibat dipukau oleh bomoh berkenaan
Dan banyak lagi kes-kes yang tidak berkesudahan banyaknya..


Tips Wajib Tahu Cara Atasi Ilmu Pukau Cara untuk pelindung diri
Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pukau, kita supaya menjauhkan diri daripada orang tidak dikenali yang secara tiba-tiba ingin rapat, di samping jangan mudah percaya kepada seseorang

Jika pengamal ilmu sihir boleh melakukan latihan untuk mendapatkan ilmu yang dikehendaki, Kita juga perlu melatih diri kita dengan mengamalkan panduan yang boleh mengelakkan diri dari terkena ilmu berkenaan. Jika mendengar salam yang diberi oleh orang yang tidak dikenali, jangan dijawab dahulu dan jangan terus bertentang mata mereka

Antara kaedah yang boleh diamalkan;[1]. BerwudukCara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita. 
Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita. Lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan zikir sebagai benteng untuk diri

[2]. BerdoaSetiap kali keluar rumah jangan lupa baca doa yang sewajarnya dan sentiasa menjaga solat sebagai perisai mukmin

3]. Ayat KursiAntara Beberapa khasiat Ayat Al-Kursi :Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t


[4]. Membaca Surah Al-Muawwizat(Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas)
Fadhilat Surah Al-MuawwizatKeistimewaan dan khasiatnya mengamalkan ‘Surah Al-Muawwizat’ adalah;-  Pelindung / pendinding diri
-  Penyembuh segala penyakit zahir dan batin
-  Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna
-  Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan
-  Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu

Untuk 'pendinding diri'
Amalkan membaca beberapa ayat suci al-Quran seperti surah Hud (ayat 57) setiap kali selepas solat fardu, surah Yassin (ayat 9), surah as-Soffat (ayat 6) dan surah Yunus (ayat 81 dan 83) - istune
Sumber: Islam Itu Indah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://islamtunes.blogspot.com/2018/11/tips-wajib-tahu-cara-atasi-ilmu-pukau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punya Lebih Dari 2 Anak Orang Tua Wajib Tahu Cara Mencegah Dan Menghadapi Anak Dengan Middle Child Syndrome

Punya Lebih Dari 2 Anak Orang Tua Wajib Tahu Cara Mencegah Dan Menghadapi Anak Dengan Middle Child Syndrome

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 557 hits
Bagi orang tua yang memiliki lebih dari dua anak masalah psikologis yang dapat menyerang salah satu anak mereka adalah middle child syndrome Yaitu sindroma anak tengah Anak tengah yang mengalami sindroma biasanya sensitif terhadap perlakuan...
Buku Faraid Ilmu Pembahagian Harta Pusaka Yang Wajib Dipelajari

Buku Faraid Ilmu Pembahagian Harta Pusaka Yang Wajib Dipelajari

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 677 hits
Sedang Mencari Buku Faraid Yang Terbaik Anda sedang mencari buku ilmu faraid terbaik dan mudah difahami Adakah anda seorang pelajar seorang peguam syariah seorang perancang harta seorang ustaz seorang perunding harta seorang pensyarah seora...
Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Mudah

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 718 hits
Setiap umat islam pasti akan menghadapi situasi dimana mereka perlu mandi wajib Namun tahukah anda apakah sebenarnya cara mandi wajib yang betul dan mudah Mandi wajib atau mandi junub merupakan perkataan yang mudah disebut tetapi jangan ter...
Awas Penyebab Stres Lama Lama Boleh Bawa Penyakit Ini Cara Korang Kenal Pasti Tips Hadapi

Awas Penyebab Stres Lama Lama Boleh Bawa Penyakit Ini Cara Korang Kenal Pasti Tips Hadapi

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 480 hits
Di zaman serba mencabar macam sekarang ni bermacam benda boleh mengundang stres Bermacam sebab menjadi punca stres ini boleh mengundang masalah kesihatan lain di kemudian hari Sebab tulah kena kenalpasti apa yang buat korang stres dan cuba ...
Sakit Punggung Cepat Atasi Dengan Cara Ini

Sakit Punggung Cepat Atasi Dengan Cara Ini

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 284 hits
Ketika anda merasakan sakit punggung kebanyakan orang pasti hanya bisa mengeluh karena sakit punggung ini menyerang seseorang itu Biasanya sakit punggung ini menyerang orang dewasa yang sering sekali beraktivitas melebihi batas kemampuannya...
Tips Cara Nak Setting Dashboard Ke Blog Asal

Tips Cara Nak Setting Dashboard Ke Blog Asal

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 414 hits
Haih aku faham ramai yang suka pembaharuan dalam dunia dashboard blog Masalahnya jiwa aku pulak tak boleh terima Entah rasa kacau bilau part nak menaip dan setting gambar pun jadi haru biru Macam entry semalam juju upload sekeping gambar pu...
Cara Paling Mudah Buat Agar Agar Oreo Wajib Cuba

Cara Paling Mudah Buat Agar Agar Oreo Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 503 hits
Agar agar adalah salah satu pencuci mulut yang paling simple tapi sedap Rasanya manis dan menjadikan selera tambah terbuka untuk menikmati hidangan yang sedap ini Kadangkala lepas makan kita rasa nak makan sesuatu yang manis sebagai pencuci...
Tips Atasi Kulit Kering Pada Kaki Dan Tangan

Tips Atasi Kulit Kering Pada Kaki Dan Tangan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 360 hits
Selalu jadi masalah bila kita mempunyai masalah kulit kering pada kaki dan tangan kan Macam mana nak atasinya Nak tau apa tips atasi kulit kering pada kaki The post appeared first on
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025