Tips Untuk Mengelak Daripada Malas Berblogging
Assalamualaikum
Bismillah
Kebelakangan ini ada tak perasaan malas berblogging dan berasa kurang produktif dalam menulis blog? Biasalah, menulis ini pun ada kalanya mood macam roller coaster ada turun naiknya.
Tapi kalau malas sampaikan blog bersarang labah-labah tak ber'update, then you need to do something.
Tetapi salah satu sebab mengapa kebanyakkan bloggers gagal dalam berblog adalah kerana sikap MALAS itu sendiri.
Gagal dalam berblog di sini bermaksud "tutup blog" ataupun "berhenti berblog". Memang betul, ada kalanya kita ketandusan idea dan berasa kurang motivasi untuk menulis sesuatu. Dan kalau korang berada dalam situasi begini, jangan risau.
Di sini aku ada beberapa tips untuk mengelak daripada malas berblogging. Antaranya ialah :
1. Dapatkan sumber atau idea untuk menulis Alasan kebanyakkan blogger jadi malas untuk berblog adalah kerana kekurangan idea dan tak tahu nak tulis apa di blog.
Ada banyak cara untuk kita mendapatkan sumber atau idea untuk menulis. Salah satunya adalah dengan blogwalking kat blog orang lain. Daripada entry bloggers lain pun kita boleh jana idea baharu, TETAPI JANGAN PLAGIAT!
Selain itu, kita juga boleh mendapat ilham untuk menulis berdasarkan pengalaman yang pernah kita alami. Contohnya seperti pengalaman bercuti ke suatu tempat yang menarik.
Bukan itu saja, kita boleh dapatkan sumber daripada menonton televisyen dan juga membaca.
Dengan tips ini kita akan dapat mengelakkan diri daripada malas berblogging sebab kebanyakkan blogger kekurangan idea dan sumber untuk menulis menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk menulis.
2. Tetapkan Masa Untuk Menulis Dalam penulisan blog juga amatlah penting sekiranya blogger menetapkan berapa masa yang diperuntukkan untuk sesuatu artikel. Apabila kita telah menetapkan masa untuk menulis, maka kita akan jadi berdisiplin dan konsisten.
Dan sekiranya kita tidak sempat untuk publish entri, sekurang-kurangnya kita sudah punya bayangan tentang apa yang kita mahu kongsi dalam blog
Salah satu tips untuk aku tetapkan masa adalah dengan membahagikan waktu tertentu untuk aktiviti berblog. Sebagai contoh, tetapkan berapa lama masa untuk menulis sesuatu entri? Berapa tempoh masa untuk blogwalking dan beramah-mesra dengan bloggers lain?
Tetapkan masa untuk membalas komen para pembaca yang setia dan juga berapa lama masa yang diperlukan untuk kerja-kerja penambahbaikan dalam blog
Korang kena cari masa bila korang rasa motivasi untuk menulis blog. Sebagai contoh, korang peruntukkan selama 30 minit untuk blogwalking. Dengan membaca blog rakan yang lain mungkin korang akan lebih bermotivasi untuk menulis.
3. Ingat Kembali Matlamat Menulis Blog Cuba kenang dan throwback kembali zaman-zaman keghairahan untuk menulis blog. Apakah faktor yang mendorong kita pada suatu ketika dahulu untuk menulis blog? Adakah sekadar untuk suka-suka? Adakah kerana ingin mendapatkan pendapatan sampingan?
Adakah kerana minat dan hobi? Dan sebagainya. Fikirkan kembali matlamat kita menulis blog, Insya'Allah kita akan kembali bersemangat dan bermotivasi untuk menulis
Matlamat aku berblog adalah menjadikan blog sebagai medan perkongsian ilmu disamping memperbaiki cara penulisan blog.
4. Tulis Apa Yang Korang SukaAbaikan apa yang orang lain fikir dan tulis apa yang kita suka dan buat kita rasa nyaman. Kadang kala apabila tengok blog orang lain pageview dah berjuta, income dah puluhan USD tu just abaikan sahaja.
Perbandingan membuatkan kita rasa semakin ketinggalan. Tidak salah untuk jadikan sesebuah blog itu sebagai motivasi untuk capai seperti blogger tersebut.
Tetapi jangan sesekali membandingkan blog kita dengan blog orang lain. Percayalah blog kita ada keunikan dan personalitinya tersendiri. Tulislah apa yang kita suka walaupun mungkin topik yang kita pilih tidak dibaca oleh ramai orang.
5. Berehat dan Jangan Paksa Diri Untuk MenulisSesuatu yang dipaksa ini tidak akan bertahan. Sekali sekala ambil masa untuk berehat dari dunia blog. Tutup laptop dan buat aktiviti yang korang suka. Luangkan masa dengan keluarga dan sahabat
Salah satu cara aku selalu buat adalah menonton anime kegemaran aku. Selain itu aku suka menonton channel youtube reaction untuk kurangkan rasa stress apabila seharian penat menghadap laptop
Idea kebanyakkan akan muncul apabila kita rasa senang dan gembira.
6. Post Artikel Secara BerjadualRamai blogger yang buat schedule posting. Apabila ada idea yang datang mencurah-curah mereka terus tulis dan tetapkan masa bila untuk post artikel tersebut di blog
Cara ini akan menjimatkan masa korang untuk menulis. Bahkan sekiranya korang tiada masa ataupun sibuk, korang dah ada artikel yang nak diterbitkan.
Ada beberapa orang blogger yang aku kenal menggunakan cara ini. Mereka tetapkan posting jam 8 pagi setiap hari. Kemudian dorang boleh buat apa yang dorang suka sepanjang hari dan tak perlu fikir sangat dah update blog atau belum
7. Enjoy Your Blogging!Come on! Blogging nie bukanlah perlu serius setiap saat. Nanti akan bertambah kedut di muka. Hehe~ Cuba untuk rasa seronok apabila menulis blog. Bayangkan yang kita sedang bercerita dengan seseorang. Be passionate about the topics you would like to share!
Jadilah seorang yang optimistik dalam berblog. Terdapat bloggers di luar sana yang berhenti blogging kerana mereka terlalu fokus untuk mendapatkan hasil ataupun outcome dalam berblogging.
Contohnya, blogger yang menetapkan matlamat untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Apabila mereka tidak mendapat income atau mencapai matlamat yang ditetapkan maka mereka berhenti berblog
Remember, profitable blogs are not made overnight (don't try to be fooled by those "guru" telling you to be rich overnight)
Ada banyak lagi tips blogging sebenanya, tetapi TIADA SIAPA YANG DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK BERHENTI MENJADI MALAS MELAINKAN DIRI ANDA SENDIRI.
Mungkin korang ada lebih banyak idea ataupun cara yang lebih baik berbanding ini tentang cara-cara untuk mengelak diri daripada malas berblogging. Bolehlah share tips kat komen untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.
So, korang pula bagaimana cara mengatasi masalah malas dalam berblogging nie?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2017/05/tips-untuk-mengelak-daripada-malas.html