Tips Untuk Mahir Berbahasa Jepun
Assalamualaikum, こんばんは皆さん (^_^)
Hari ni K ingin mengupas topik mengenai tujuan utama mengapa seseorang itu ingin mempelajari dan mendalami Bahasa Jepun dan beberapa tips bagaimana untuk mahir dalam Bahasa Jepun.
Sebenarnya tujuan kita belajar bahasa Jepun mempunyai banyak sebab-sebab tertentu, Antaranya ialah;
- Ingin mengenal bahasa Jepun kerana ingin mahir berbahasa Jepun.- Ingin berkunjung atau berhijrah ke Jepun- Ingin belajar di Jepun- Kebanyakan juga adalah ingin bekerja di Jepun ataupun ingin memasang niat untuk menjadi seorang pedagang.
Sebab yang ke 5 pula adalah keinginan yang sebenarnya bukan dari kita sendiri, melainkan sebuah keharusan atau syarat agar kita boleh berdikari di Jepun. Jadi, untuk memudahkan kita agar boleh cepat belajar dengan baik, disini K kongsikan tips berdasarkan pengalaman K, walaupun K belum beberapa mahir namun mungkin ini boleh memberi manfaat bagi semua.
Pertama sekali jika anda belajar dari asas, K sarankan ada baiknya bertanya pada orang yang lebih pandai (seharusnya bertanyalah kepada senpai ataupun sensei yang lebih berpengalaman megenai Bahasa Jepun).
Kedua, untuk menghafal huruf anda boleh pelajari sendiri, biasanya 1-2minggu sudah hafal hiragana dan katakana. ( Ingat! Sentiasa ulangkaji perkataan setiap hari )
Kemudian, setelah boleh menghafal latihan membaca, harus lancar dahulu membaca, kerana langkah berikutnya kita harus membaca dan membuat hafalan, kalau anda masih sukar untuk memebaca, munkin akan mengalami kesulitan dalam menghafal kotoba (kosakata)
Setelah lancar membaca, mulakan dengan menghafalkan kosakata. Setiap hari belajar kosakata yang sering di gunakan. Lebih bagus lagi jadikan ia sebagai rutin harian dalam percakapan (untuk diri sendiri)
Dan untuk tips yang terakhir, sentiasa berlatih bercakap dengan kosakata yang telah anda hafal dan faham. Setelah mahir menghafal kosakata, barulah anda mulai dengan menggunakan tatabahasa.
~~~
Semuanya bergantung pada niat anda, kalau anda bersungguh-sungguh berusaha dalam 3-5bulan, anda pasti sudah boleh berbahasa Jepun dengan baik dan lancar. In Shaa Allah ~
Shikkari benkyo sureba, hayaku jozu ni naru deshou. しっかり勉強すれば、早く上手になるでしょう。 ‘Kalau belajar dgn tekun, akan cepat menjadi mahir’ Jadi, sekian saja pengalaman peribadi K dalam usaha mempraktikkan bahasa Jepun dalam kehidupan harian K, semoga perkongsian K hari ini dapat memberi manfaat walaupun sedikit.
ありがとうございます ( ^_^)v
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nordasagigirl.blogspot.com/2016/03/tips-untuk-mahir-berbahasa-jepun_17.html