Tips Travel Sendiri Ke Luar Negara Untuk Pertama Kali
Assalamualaikum
Entri ini sebenarnya sudah lama untuk dipost tetapi belum sempat. Ini adalah sedikit nasihat kepada yang baru mula berjinak-jinak untuk travel ke luar negara. Kerana lain negara lain caranya yang kita tak tahu. Acik pun taklah nak cakap banyak tempat pergi tapi ada pengalaman dan baru-baru ini juga acik sempat ke Jogjakarta dan boleh baca entri ini.
Port Healing Terbaik di Yogjakarta atau Jogjakarta Yang Mudah Dan Murah
Meh kita kongsikan kepada mereka nak pergi travel luar negara.
Pertama : Semak status ke luar negara.
Kebanyaka mereka selalu terlepas pandang, dah beli tiket dulu. Lebih baik semak dulu status di sini sama ada boleh atau tidak. Kebanyakan disebabkan ccris dan isu pembayaran pinjaman buatkan nama kita sangkut untuk ke luar negara.
Kedua : Mesti beli tiket pergi dan balik
Bila kita nak ke sesebuah negara kita mestilah beli tiket untuk pergi dan balik. Kebiasaannya mereka akan tanya kita tinggal di mana berapa lama kita tinggal di tempat tersebut dan dengan kita atau siapa kenalan kita ?
Ketiga : Perlu visa atau tidak?
Sebelum memuktamadkan destinasi pilihan nak kemana pastikan kita terlebih dahulu tahu sama ada negara tersebut memerlukan visa atau tidak. Ini
kerana sesetengah negara memerlukan pelancong daripada Malaysia
mempunyai visa seperti Australia, Amerika, India, China dan banyak
lagi.
Kalau indonesia, Thailand, Vietnam dan Singapura tak perlu.
Jika perlu, dapatkan dahulu permohonan visa mengikut proses yang
sepatutnya. Permohonan boleh dilakukan secara online sahaja dan hantar
dokumen yang diperlukan ke pejabat kedutaan terlibat. Pada kebiasaannya,
proses permohonan visa mengambil masa antara dua hari atau seminggu.
Keempat : Renew Pasport
Rajin-rajin diri untuk check pasport, jangan last minute baru nak check.Pastikan passport masih sah 6 bulan dari tarikh perjalanan. Jika anda mendapati ia sudah
hampir tamat, segera renew passport anda bagi memastikan kita boleh
bercuti ke luar negara.
Nah cara mudah sekarang, tidak perlu lagi beratur berjam-jam di kaunter. Renew sahaja passport anda secara online mengikut langkah-langkah yang dikongsikan di laman web Jabatan Imigresen Malaysia.
Kelima : Tukar duit sebelum berlepas
Jangan suka last minute !
Beberapa hari sebelum berlepas, dinasihatan untuk menukar duit
ke matawang asing negara yang akan dikunjungi. Elak lakukannya di
lapangan terbang kerana tukaran mata wangnya adalah lebih mahal.
Rajinkan diri untuk memeriksa harga mata wang negara berkenaan. Jika rasa murah dan berbaloi, maka tukarlah ia dengan segera.
Keenam : Mencari Tempat-tempat yang menarik
Dalam memilih tempat yang kita nak pergi, fikir balik tujuan utama kita travel. Contohnya:Kalau nak shopping, list siap-siap nama kedai atau nama jalan kedai yang kita nak shopping.Pastikan anda senaraikan tempat menarik untuk melancong ke luar
negara berpadanan dengan jumlah hari yang anda menginap di sana.Buat senarai itinerary Barulah percutian kita teratur dan berjalan dengan lancar. terutama Pengangkutan
Ketujuh :Bawa International Adapter
Acik alami bawa yang malaysia kepala tiga plug, sekali kat sana kepala dua dah. Plug
di luar negara kadang-kadang tidak sama voltannya seperti di Malaysia.
Pastikan anda membawa international travel adaptor untuk mengelakkan
anda tidak boleh mengecas telefon, kamera atau power bank yang anda
bawa.
Kelapan : Bawa Ubat-Ubatan
Bawa
ubat-ubatan yang perlu terutama seperti ubat demam,
ubat batuk, ubat sakit perut. Kos
perubatan di sesetengah negara sangat mahal dan kos ke klinik juga
berganda dari di Malaysia. dan kadang tidak serasi.
Ini dulu acik shara, kalau ingat acik update lagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.akupenghibur.com/2023/05/Tips%20travel-sendiri-ke-luar-negara-untuk-pertama-kali%20.html