Tips Timbang Dan Sukat
Mungkin ada di kalangan kita lebih suka memasak mengikut resepi yang menggunakan sukatan cawan atau sudu berbanding resepi yang menggunakan sukatan metrik.Lebih-lebih lagi kalau di rumah tidak ada alat penimbang atau penyukat.
Sebenarnya kalau kita menggunakan cawan kemungkinan kuantiti bahan tersebut tidak tepat kerana cawan di rumah kita tidak sama dengan cawan orang lain.Jika kita bernasib baik masakan itu menjadi atau mungkin tidak .
Sebenarnya terdapat cawan yang dikhususkan untuk menyukat ,alatan tersebut boleh didapati di pasaraya atau di kedai-kedai kek .Berikut seperti di bawah kami kongsi sedikit tip dalam timbang dan sukat .
Untuk timbangan berat seperti di bawah :600 gm = 1 kati300 gm = 8 tahil150 gm = 4 tahil450 gm = 1 paun25 gm = 1 auns
Untuk ukuran panjang .
2.5 cm = 1 inci5.0 cm = 2 inci25 cm = 10 inci
Untuk isipadu .
1 sudu besar tepung = 30 gm = 1 auns1 sudu besar gula = 30 gm = 1 auns1 sudu besar mentega = 30 gm = 1 auns1 sudu besar = 15 ml1 sudu teh = 5 ml1 liter = 4 1/2 cawan250 ml = 1/2 pain
Untuk suhu ketuhar .
Amat panas = 230 - 240 darjah CPanas = 200 - 220 darjah C = 400 -425 darjah FSederhana = 180 - 190 darjah C =350 - 375 darjah FPerlahan = 150 - 170 darjah C = 300 - 325 darjah FC = celciusF = Fahrenheit
Untuk sukatan menggunakan cawan .
1 cawan serbuk roti = 50 gm = 2 auns1 cawan kelapa parut = 90 gm = 3 auns1 cawan serbuk biskut = 125 gm = 4 auns1 cawan kacang tanah hancur = 125 gm= 4 auns1 cawan tepung gandum = 125 gm = 4.5 auns1 cawan tepung roti = 135 gm = 4.75 auns1 cawan gula = 200 gm = 7 auns1 cawan gula kastor = 175 gm = 6.25 auns1 cawan gula aising = 125 gm = 4.25 auns1 cawan gula perang = 120 gm =4.25 auns1 cawan beras = 185 gm = 6 auns
Untuk sukatan isipadu air berbanding berat .
1 cmb = 15 ml = 15 gm1 cmt = 5 ml = 5 gm1 cwn = 250 ml = 250 gm1 liter = 1000 ml = 4 cwncwn = cawancmt = camca tehcmb = camca besar1 cwn = 16 cmb1 cmb = 3 cmt
Panduan ringkas menyukat bahan .
1 - Apabila menyukat tepung, gemburkan atau ayakkan ia dahulu baru disukat atau ditimbang.Jika menyukat dengan cawan, jangan ditekan tepung itu kerana ia akan menjadi padat dan sukatannya telah berlebihan. Ratakan permukaannya dengan pisau.Ia tak sepatutnya disukat membumbung
2 - Sudu/camca kecil atau sudu/camca teh, sukatannya hampir sama tetapi sudu makan dan sudu besar ianya berlainan
3 - Cecair boleh disukat dengan gram atau dengan mililiter (ml). 100 gm air dengan 100 ml air adalah lebih kurang sama sukatannya.
Tips timbang dan sukat berdasarkan pengalaman serta pembacaan melalui buku - buku resepi serta pratikal juga sudah diamalkan .Semoga menjadi panduan berguna buat semua sebelum membuat biskut atau resepi - resepi kesukaan masing - masing dan sebagai panduan harian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surinakitchen.blogspot.com/2019/04/tips-timbang-dan-sukat.html