Tips Temuduga Kerajaan


Baru-baru ni ada kenalan k.fiezz bertanya tips temuduga kerajaan. Allah. K.fiezz tak ada sebarang tips temuduga kerajaan yang nak dikongsi kan. Maksudnya tips untuk lulus temuduga kerajaan. Sorry. Untuk k.fiezz rezeki dapat kerja kerajaan sekarang ni. Masa interview, k.fiezz hadir sahaja temuduga macam orang lain. Tak ada guna sebarang kabel atau bantuan orang dalam pun. Masa tu pegang pada 'rezeki tak pernah salah alamat'. Kalau dapat, alhamdulillah. Tak dapat, cuba lagi sampai berjaya. Banyak Kali Interview SPAK.fiezz bukan sekali dua hadir temuduga kerajaan SPA ni. Banyak kali tau. Banyak kali. Rasanya lebih dari 5kali. Macam-macam  jawatan k.fiezz pernah hadir untuk temuduga di SPA ni. Tapi bukan rezeki berpihak untuk jawatan-jawatan tu

Alhamdulillah. Lekat untuk jawatan yang k.fiezz pegang sekarang. Rezeki..

Terkejut pun ada juga masa terima surat tawaran kerja dari SPA. Tak sangka benornya berjaya lulus temuduga SPA lepas beberapa kali cubaan. Alhamdulillah

Jadi lepas dapat surat tawaran kerja dari SPA, kiranya lulus sahaja selepas temuduga SPA tu k.fiezz kena laporkan diri ke SPA. Dalam surat memang dah dinyatakan semua yang lapor diri akan menjalani kursus pengenalan selama seminggu di Awana Terengganu. Masa hari penutup, baru lah kitaorang tahu di mana akan ditempatkan. 
Dulu-dulu masa kursus pengenalan, seronok. Bawa hotel yang best-best. Sekarang je, penjimatan. haha..Nasib lah yea. Tak pe yang penting dah dapat kerja kerajaan.
Tips Temuduga KerajaanK.fiezz tak ada sebarang tips untuk LULUS temuduga kerajan cuma kat bawah ni antara beberapa tips yang k.fiezz boleh kongsikan cara menghadiri temuduga kerajaan

Penampilan > Berpakaian kemas, tak kisah lelaki dan perempuan. 
Lelaki pakai kemeja, seluar slack, tie, kasut bertutup, baju tuck in (jangan biar mengelebeh keluar). Sembur sikit wangian. Kalau ada masalah tiak berbau, jangan lupa guna deodorant. 
Perempuan, pakai baju yang sopan (baju kurung atau kemeja labuh yang menutup punggung dan seluar slack), kasut bertutup penuh, ikat rambut (kalau free hair. Tak suka ikat, pastikan rambut dalam keadaan terurus) & mekap sesimple. Sekurangnya ada mekap, janganlah pucat je muka tu. first impression, okey. Nak cepat, mekap je dengan Obsess Foundation & Lipmatte Obsess. eh..ter promote..haha..Dan sama juga macam lelaki, sembur wangian sikit & guna deodorant kalau ada masalah tiak berbau. 
**Wangian pun jangan guna yang terlampau tengit atau kuat bau dia. Risau penemuduga tak selesa, nanti proses temuduga pun cepat je sebab penemuduga malas nak lama-lama duk 1 bilik dengan korang. Cepat tu tak pe lah tapi risau markah korang pun ciput dari temuduga tu. Kalau dah ciput tu macamana nak lulus

Warna Pakaian - Pilih warna yang selamat seperti pastel. Warna-warna lembut. Elakkan pilih warna yang suram (coklat, kelabu) atau terlampau menyerlah (merah mak ngah, hijau pucuk pisang). Warna pun mainkan peranan tau. Kalau pakai warna suram, tak berseri rupanya. Penemuduga nak soal korang pun malas. Kalau pilih warna menyerlah, sat gi penemuduga yang sakit mata tengok warna terang benor. so paling selamat, pilih warna-warna lembut. 
Susun Dokumen - Sebelum temuduga, dah diberitahu dalam surat panggilan untuk bawa dokumen orginal & fotostat. Susun dokumen-dokumen tersebut mengikut susunan. Pegang pada prinsip ni, kita mudahkan urusan orang. Allah pun mudahkan urusan kita. 
Datang Awal - Kalau tak pernah sampai lagi ke tempat temuduga. Buat survey dulu sehari sebelum untuk elakkan sesat pada hari temuduga. 
Cari Info - Sebelum temuduga, cari serba sikit info berkaitan jawatan yang akan ditemuduga. Ambil tahu juga serba sedikit isu semasa

Jangan Tunjuk Pandai / Berlagak - Mungkin ada yang berpengalaman kerja sebagai pekerja kontrak di sektor kerajaan, jadi elakkan tunjuk pandai. Penemuduga tak suka dengan orang yang berlagak pandai. Bukan penemuduga je, sesiapa pun tak suka dengan orang berlagak pandai ni. 
Kalau ada pengalaman bekerja di sektor kerajaan sebagai kontrak, alhamdulillah bonus untuk korang. Cuma tak perlu terlalu menunjuk atau cara jawab berlagak bila di tanya. Cerita saja macam biasa bila penemuduga soal. 
Ketuk Pintu / Bagi Salam - Sebelum masuk dalam bilik temuduga, ketuk dulu pintu dan bila nak melangkah masuk, baca Bismillahirrahmanirrahim dalam hati kemudian bagi salam pada penemuduga. Bila penemuduga dah bagi kebenaran untuk duduk, baru duduk. Letak beg di bawah (di kaki kerusi) & duduk dalam keadaan selesa. Nak menyandar boleh tapi menyandar dalam keadaan badan tegak bukan posisi macam lepak-lepak di kedai. 
**Off /Silence handphone sesiap sebelum masuk bilik temuduga. **Sebab baca Bismillahirrahmanirrahim ? Kita nak mengaji (membaca al-quran), mesti kita baca Bismillahirrahmanirrahim dulu,kan. Jadi apa salahnya sebelum buat apa-apa kita buat yang sama juga

Eye Contact - Semasa proses temuduga, pandang mata penemuduga bila menjawab soalan-soalan yang diberikan. Jangan pandang ke sana ke sini. Ni untuk menunjukkan keyakinan kita pada setiap jawapan yang diberi

Jawab dengan yakin - Setiap soalan yang dikemukakan oleh penemuduga, jawab dengan yakin. Elakkan penggunaan 'errrr..emmm...' yang menampakkan korang tak tahu. Even tak tahu pun goreng je apa-apa jawapan. Jangan jawab 'saya tak tahu'. 
Ucap Terima Kasih - Selepas habis sesi temuduga, ucap terima kasih pada penemuduga sebelum keluar. Ni untuk menunjukkan kita hormat & hargai masa diaorang untuk temuduga kita. Lagipun keputusan dan pemarkahan di buat oleh panel penemuduga, jadi tak salah buat baik. hehe. 
REZEKI TAK PERNAH SALAH 
Apapun semua tips temuduga kerajaan yang k.fiezz kongsi atas ni mengikut pandangan peribadi sahaja dan pengalaman k.fiezz sendiri sebagai salah seorang pekerja di sektor kerajaan yang gred beshe-beshe je. hehe. tapi mempunyai pengalaman lulus temuduga SPA. hehe. Kalau tak lulus, idak lah kerja kerajaan sekarang ni. haha. 
So terpulang pada korang nak ikut tips temuduga kerajaan yang k.fiezz kongsikan ni.Tak nak pun boleh. Yang penting korang pegang pada ayat 'rezeki tak pernah salah alamat'. Kalau dah tertulis tu rezeki korang, tetap jadi rezeki korang. 
Yang mana macam bosan asyik tak lulus saja temuduga kerajaan, keep trying okey. Jangan putus asa. Insyaallah, rezeki akan sampai juga pada waktu  yang tepat. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2020/07/Tips-Temuduga-Kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia 2020 Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jadual Temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia 2020 Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 573 hits
Anda masih menunggu panggilan temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia Jika sudah menerima emel panggilan tahniah saya ucapkan Bukan kaleng kaleng bila anda dipanggil ke sesi temuduga kerja kerajaan Dah bersedia untuk lulus temuduga kerja keraja...
Kerajaan Batal Lima 21 Mac Tahun Depan Susulan Kesan Covid 19

Kerajaan Batal Lima 21 Mac Tahun Depan Susulan Kesan Covid 19

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 250 hits
Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mac sehingga 20 Mac tahun depan dibatalkan Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata wabak Covid 19 yang melanda dunia ketika i...
Kerajaan Selangor Protest Laluan Asal Ecrl

Kerajaan Selangor Protest Laluan Asal Ecrl

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 289 hits
Kerajaan Selangor katanya tidak bersetuju dengan cadangan projek Laluan Rel Pantai Timur dibina berdasarkan laluan asal yang melalui kawasan Gombak dan Serendah Exco Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng...
Nik Omar Yang Terbaru Dipecat Kerajaan Tebuk Atap

Nik Omar Yang Terbaru Dipecat Kerajaan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 262 hits
Syam Ghaz Kerakusan kuasa Kerajaan Tebuk Atap makin ketara 1 Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz akan habis kontraknya dengan YADIM pada Disember 2020 tapi harini dimaklumkan last di YADIM 2 Waktu PH memerintah Negara tahun 2018 jawatan Pengerusi...
Kerajaan Pn Bertahan Dengan 6 Mp Dibicara Di Mahkamah

Kerajaan Pn Bertahan Dengan 6 Mp Dibicara Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 299 hits
Mohamad Ezam Mohd Nor Di parlimen sekarang ada sekurang2nya 6 ahli parlimen yang dibicara kes jenayah rasuah Kesemua mereka mengundi menyokong usul kerajaan dan PM Undi mereka menentukan kerana tanpa 6 undi ini usul PM kalah Maka jadilah PM...
Agong Zahir Sokongan Langkah Tegas Kerajaan Kekang Kemasukan Pati

Agong Zahir Sokongan Langkah Tegas Kerajaan Kekang Kemasukan Pati

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan sokongan terhadap langkah tegas kerajaan dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin dan membanteras jenayah rentas semp...
Kerajaan Batal Penganjuran Lima 21

Kerajaan Batal Penganjuran Lima 21

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan AeroAngkasa Langkawi 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 20 Mac tahun hadapan dibatalkan kerajaan Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dikemu...
Cara Mohon Kerja Kerajaan Yang Kalian Wajib Tahu

Cara Mohon Kerja Kerajaan Yang Kalian Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 547 hits
Cara mohon kerja kerajaan Ramai yang terlepas pandang perkara ini Nak mohon kerja kerajaan tapi tak tahu cara yang betul Bermacam macam rujukan dah dibuat Tapi masih lagi blur tak tahu cara betul nak mohon kerja kerajaan ni Oklah Dalam post...
Kerajaan Syarikat Akan Bincang Masalah Penghantar Makanan

Kerajaan Syarikat Akan Bincang Masalah Penghantar Makanan

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 237 hits
PUTRAJAYA 17 JULAI Kerajaan akan memberi perhatian terhadap masalah dan aduan yang disuarakan penghantar makanan GrabFood dan FoodPanda tentang nasib mereka melalui perbincangan dengan syarikat terlibat mengikut dasar sedia ada Menteri Sumb...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok