Tips Temu Duga Secara Dalam Talian
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Tips Temu Duga Secara Online ini dikongsikan kepada semua calon-calon yang bakal menjalani proses temuduga secara dalam talian. Disini admin ingin kongsikan beberapa tips menarik dan berguna kepada semua calon.
Persediaan sebelum temu duga amat penting kerana ianya menentukan kelancaran proses temu duga berjalan dengan baik. Oleh itu, calon perlulah memberikan perhatian secukupnya tentang persediaan temu duga ini.
Tips Temu Duga Dalam Talian
Untuk memastikan proses temu duga berjalan lancar dan sempurna, terdapat beberapa elemen penting yang perlu diambil kira dari segi pemakaian, ruangan khas ketika temu duga, akses internet dan ekspresi ketika temu duga.
1. Pilih pakaian yang sesuai dan profesional
Calon digalakkan memakai pakaian profesional seperti baju berkolar, kemeja-T, blaus, baju kurung dan blazer bagi menunjukkan imej seorang yang berkaliber.
Calon perlulah menjaga etika pakaian dengan tepat dan tidak keterlaluan.
Elakkan memakai pakaian yang berwarna terlalu terang dan terlalu menonjol.
Pilih pakaian yang berwarna sederhana, lembut dan sesuai.
Anda boleh merujuk Tips Pemakaian Secara Profesional dalam artikel yang pernah kami kongsikan sebelum ini.
2. Ruangan Ketika Temu Duga
Calon perlu memilih tempat atau menyediakan ruangan khas ketika menjalani proses temu duga.
Sediakan ruangan yang senyap tanpa sebarang gangguan bunyi
Tempat yang terang dan menarik
Calon juga digalakkan menyediakan pen, buku nota serta salinan resume di atas meja
3. Akses Internet Yang Stabil
Perkara pertama yang amat penting ketika menjalani proses temu duga secara online ini ialah capaian internet yang stabil dan kuat.
Pastikan calon mempunyai capaian atau akses internet yang stabil supaya tiada gangguan ketika temu duga dijalankan.
Capaian internet adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan kerana tanpa akses internet, temu duga tidak dapat dijalankan.
Internet yang kuat dan stabil diperlukan untuk berinteraksi secara dalam talian melalui medium seperti Skype, Google Meet, Microsoft Team dan sebagainya.
Semua pihak yang terlibat perlu memastikan segala kelengkapan dapat disediakan sebelum melaksanakan proses temu duga agar dapat dijalankan dengan sempurna.
Pastikan peranti elektronik berfungsi dengan baik dari segi audio dan kamera.
4. Pastikan tiada sebarang gangguan
Calon perlu tutup sebarang aplikasi atau laman web lain yang tidak diperlukan
Pastikan peranti elektronik di dalam mod senyap atau ‘Silent Mode‘ bagi mengelakkan sebarang gangguan ketika temu duga.
5. Memberi maklum balas
Ketika berinteraksi dengan panel-panel temu duga, calon perlu memberikan respon yang baik dan menjaga ekspresi muka
Calon digalakkan senyum sepanjang proses temu duga berlangsung
Beri tumpuan sepenuhnya kepada panel-panel temu duga
Sentiasa pandang atau melakukan ‘eye contact’ kepada para panel temu duga.
Gerakkan tangan jika perlu ketika bercakap dengan para panel.
Perkongsian Bermanfaat
Semoga dengan perkongsian kami kali ini Tips Temu Duga Secara dalam talian dapat membantu para calon dalam persediaan menghadapi temu duga secara dalam talian. Semoga tips yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Teruskan melayari laman sesawang kami Sistem Guru Online untuk info berkaitan pendidikan dan sebagainya.
Tips Temu Duga Secara Dalam Talian
NurFatin Nadia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2021/05/tips-temu-duga-secara-dalam-talian.html