Tips Rutin Penjagaan Kulit Harian Dengan Pelembap Muka Dan Cc Cream Dari Hansaegee Nature


hai assalammualaikum
Muka Glowing Dan Natural Look Dengan S+ Recover Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee NatureRutin Penjagaan Kulit Harian, Rahsia Muka Glowing Dan Natural Look - Sebelum ni, nad pernah kongsi dengan korang pelembap paling best dari Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream. Pelembap ni serasi dengan kulit nad, dan dah dua bulan nad guna, sekarang nak masuk botol kedua dah. Bila dah serasi, nad cuba pula produk Hansaegee Nature yang lain. Dah lama tertarik dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee ni. Tengok orang pakai, nampak perbezaannya. Dulu ada pengalaman pakai cc cream, tapi muka makin berminyak dan tak elok, terus nad stop pkai cc cream, sampai la harini. Bila nampak Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni, nad pun rasa nak cuba.


Nad ni jenis, kalau nak keluar mesti nak cepat siap. Malas nak berjam-jam depan cermin semata nak pakai banyak produk. Selalunya bila nak keluar, nad akan pakai primer, foundation, bedak dan seterusnya la. Yela, muka ni nak sentiasa nampak cantik , nak tutup cela semua. Takkan keluar nak bagi nampak kusam kan. Tapi dengan pakai banyak produk, buang masa dah dekat situ kan. Jalan penyelesaiannya, sejak nad pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature, nad tak perlu bersiap lama dan duduk depan cermin berjam-jam lagi..yeahhh..


Hampir seminggu nad pakai Gold Nano CC Cream ni, memang ia adalah produk CC Cream yang lain daripada yang lain. CC Cream ni bermaksud Colour Control Cream, jadi ia adalah krim siang yang semuanya dalam satu, di mana ia boleh seimbangkan tona kulit kita dan merawat kulit kita. S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee nature ni boleh dijadikan sebagai rutin penjagaa kulit seharian. Waktu siang atau nak keluar je, waktu nak tidur tak perlulah pakai. Tengok sahaja packaging dia, nampak eksklusif kan. Setau nad, sebelum ni packaging dia lain, warna gold semua, yang ni, ia keluar dengan packaging baru berwarna putih dan gold. Penutupnya pulak jenis twister lock, jenis ketat dan bila nak gunakan, senang dipicit dengan kuantiti yang kita kehendaki.

Bagusnya CC Cream ni ia mempunyai SPF50 PA+++ di mana ia melindungi kulit kita daripada cahaya matahari. Korang mesti tau kan, SPF lagi tinggi, lagi bagus untuk kulit.



Korang boleh tengok, teksturnya yang berkrim dan berwarna putih. Korang jangan risau, walaupun ia berwarna putih, tapi bila korang blend dekat muka, ia akan mengikut skin tone kulit kita. Jangan risau muka korang putih macam pakai tepung pulak..hehee..takde..sebab ia akan berubah kepada natural.


Tengok dekat gambar ni, sebelum nad blend, berwarna putih asli, dan dalamnya sebenarnya ada kapsul berwarna coklat. Selepas blend dengan jari, boleh nampak ia bertukar ke pada warna coklat. Magic kan!!..heheee..CC cream ni sesuai untuk semua jenis kulit, tak kisah korang kulit cerah atau gelap..



Nad suka dengan CC Cream ni, sebab ia menutup cela dan bintik-bintik hitam di muka. Ia juga dapat menutup liang pori. Bila pakai memang halus je muka, bertambah glowing dan natural look tau. Lagipun ia sejenis krim yang tidak melekit dan tidak berminyak. Paling mudah, blend sahaja dengan jari, tak perlu span atau berus. Ia juga dapat seimbangkan PH kulit kita dan mencegah penuaan sekaligus beri kelembapan pada kulit.


Gold Nano CC Cream ni juga boleh dijadikan sebagai makeup primer atau makeup base. Lepas korang apply CC Cream ni, korang pun boleh pakai foundation dan makeup lain. Korang boleh tengok,nad cuba di tangan. Belah kiri, nad tidak apply cc cream, manakala belah kanan, nad apply cc cream. Boleh nampak, belah kanan yang diapply dengan CC Cream, makeup lebih terang, lebih sharp berbanding belah kiri. Makeup juga nampak cantik, lebih pigmented dan tahan lebih lama. Nampak tak perbezaan dia..fuh..

Kelainan Gold Nano CC Cream ni, ia bukan cc cream biasa-biasa sahaja tau, kelebihan produk ni, ia mempunyai tiga bahan utama, iaitu Mineral Water, Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract dan Nano Gold dimana setiap bahan mempunyai kelebihan masing-masing.
- Mineral Water : mengekalkan keseimbangan PH kulit sehingga masuk ke dalam kulit dan membuat kulit kita anjal.
- Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract : mengelakkan daripada kerengsaan kulit, anti bakteria dan merawat masalah kulit
- Nano Gold ; mencegah penuaan kulit , memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi


Hanya satu botol ni sahaja, tapi pelbagai kelebihan yang ada kan. Yang ada masalah tona kulit tidak sekata dan kemerahan, boleh pakai ni. Lagipun saiznya yang kecil, mudah dibawa kemana-mana sahaja.

Cara memakainya.
Di sini nad kongsi dengan korang dua langkah rutin penjagaan kulit harian nad yang sangat mudah, cepat dan berkesan. Dua produk nad gunakan daripada Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream.


Pertama sekali selepas membasuh muka, nad akan pakai Aqua Whitening Cream. Aqua ni, ia dapat melembapkan kulit muka sekaligus dapat merawat sunburn dan kemerahan. Aqua ni pun nad dah pakai selama dua bulan, memang best. Muka memang lembap je, takd akering dah. Nak tau lebih lanjut berkenaan Aqua Whitening Cream ni, korang boleh klik link Aqua Whitening Cream dan perubahan yang nad alami.



Kemudian, nad sapu pula Gold Nano CC Cream ni.


Taraa..siap..Dengan dua produk ni sahaja, muka nad nampak glowing, natural,bertambah lembap dan segar..nampak tak..hehee..

Nad rekomen sangat la, untuk mereka yang nak cepat, tak suka makeup, tak suka makeup berat, guna dua produk ni sahaja. Memang senang kerja. Nad sendiri dah pakai, memang ia memudahkan kerja, senang diblend dan beri kemasa yang cantik pada muka. Lagipun boleh digunakan dengan dua cara sama ada natural atau sebagai makeup primer kemudian pakai foundation dan makeup. Nad pakai kedua-dua produk ni, alhamdulillah, muka elok dan tak beri kesan yang negatif malah positif..tu yang nad suka..hehee..




Dua produk dari Hansaegee Nature adalah produk penjagaan kulit di yang 100% diperbuat dari Korea Selatan. Semua bahan produk ini diluluskan secara sah dan selamat digunakan. Korang pun boleh dapatkan dua produk ni tau.Kadang-kadang Hansaegee Nature ada buat promosi..jadi check out
Hansaegee Nature
Website : www.hansaegee.com/shop
IG : ww.instagram.com/hansaegeenature/
FB Page : www.facebook.com/HansaegeeNature
Twitter: https://twitter.com/hansaegee
Youtube Page : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2019/03/tips-rutin-penjagaan-kulit-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Penjagaan Macbook

Tips Penjagaan Macbook

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 304 hits
MacBook ni seperti yang sedia maklum sebuah peranti yang mahal tapi sangat power Walaupun mahal ia tidak bermakna MacBook ni kalis kerosakkan kalis menurunan kelajuan dan kalis kebakaran Ia juga sebuah peranti elektronik yang perlu belaian ...
Tips Penjagaan Smartphone

Tips Penjagaan Smartphone

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 377 hits
Nak jaga phone ni bukan susah pun Tapi ramai ambil mudah perkara ni Hasilnya kadang tak sampai setahun dua phone dah mula meragam dan mintak baru Haritu waktu uncle kat Chamo Bangi uncle sempat tanyakan beberapa tips penting yang mudah dipr...
2 Produk Murad Yang Bagus Untuk Lindungi Kulit Muka Korang

2 Produk Murad Yang Bagus Untuk Lindungi Kulit Muka Korang

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 436 hits
Hi korang Bila cakap pasal kulit muka aduimak malu nak cakaplah Orang tak berapa nak cantik secara alami ni memang cam ni sentiasa berusaha untuk nak cantik setanding dengan perempuan luar kat sana kan so memang banyak cuba produk produk ku...
Guna Bahan Dapur Je Jadikan Masker Muka Boleh Buat Kulit Anda Berseri Seri Dalam Sehari

Guna Bahan Dapur Je Jadikan Masker Muka Boleh Buat Kulit Anda Berseri Seri Dalam Sehari

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 359 hits
Siapa tak menginginkan kulit yang cantik bersih dan berseri seri dalam masa yang sama kan Kata orang kalau mahukan tiga kategori ini ada pada kulit wajah kita kenalah pandai berpantang kan Namun dalam penat penat kita asyik ke spa dan membe...
Google Digital Wellbeing Bantu Seimbangkan Rutin Harian Pengguna

Google Digital Wellbeing Bantu Seimbangkan Rutin Harian Pengguna

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 288 hits
Bagi meningkatkan kesejahteraan digital pada tahun ini Google kini tampil dengan sebuah ciri terbaru di Android iaitu Digital Wellbeing Tujuan utama ciri ini adalah bagi memudah dan meningkatkan taraf kehidupan pengguna dalam penggunaan tek...
Tips Penjagaan Asas Untuk Anak Kucing Jalanan

Tips Penjagaan Asas Untuk Anak Kucing Jalanan

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 630 hits
Tips Penjagaan Asas Untuk Anak Kucing Jalanan Assalamualaikum buat pelanggan pelawat pembaca blog setia ZABP rakan facebook dan pencinta kucing tegar yang kami kasihi Kali ini kami akan kongsikan tips penjagaan asas kucing yang perlu anda t...
9 Rutin Harian Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

9 Rutin Harian Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 389 hits
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia gaya hidup sihat ialah suatu keadaan di mana fizikal mental dan sosial seseorang yang sihat dan cergas serta bebas daripada sebarang penyakit Gaya hidup sihat ialah kunci kehidupan yang sejahtera Amalkan...
6 Kesilapan Penjagaan Muka Yang Kita Selalu Buat Tak Endah Tapi Buruk Padahnya

6 Kesilapan Penjagaan Muka Yang Kita Selalu Buat Tak Endah Tapi Buruk Padahnya

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 642 hits
6 KESILAPAN PENJAGAAN MUKA YANG KITA SELALU BUAT TAK ENDAH TAPI BURUK PADAHNYA Kesilapan 1 Cuci muka terlalu kerap Kesilapan 2 Gosok muka terlalu kuat Kesilapan 3 Skrub muka terlalu kerapKesilapan 4 Membiarkan syampu rambut terkena kulit mu...
Tips Asas Penjagaan Enjin Kereta

Tips Asas Penjagaan Enjin Kereta

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 332 hits
Tips Asas Penjagaan Enjin KeretaTak semua orang tahu cara untuk menjaga enjin kenderaan terutama perempuan Ops Lelaki pun bukan semua tahu ter Kebanyakan orang hanya tahu tukar minyak hitam atau minyak enjin bila sampai waktu Itu pun main a...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut