Tips Penjagaan Kereta Untuk Tinggal Lama Tersadai Tidak Bergerak



"Tips Penjagaan Kereta Tinggal Lama"


Kereta merupakan keperluan di zaman sekarang. Bukan lagi kehendak. Satu rumah mungkin ada dua atau lebih kereta.


Tips Jaga Kereta Tinggal LamaSehingga penuh di jalan raya atau lebuh raya.


Walaupun keperluan mungkin akan ada masa kita akan ke sana..ke sini..ke sana..ke sinun tanpa kereta.

Memerlukan untuk meninggalkan kereta tersadai lama.

Tips Penjagaan Kereta Ditinggalkan Lama Tersadai

Terdapat beberapa tips untuk anda bersedia jika perlu meninggalkan kereta anda supaya tidak cepat rosak dan untuk mengelakkan duit terbang melayang walaupun tidak menggunakan kereta.


1. Jangan Tarik 'Handbrake' Ketika Tinggal Kereta


Handbrake Kereta VivaTarik brek tangan untuk jangkamasa yang lama boleh menyebabkan 'brake pad' akan melekat dengan 'disc' atau 'drum' pada brek kereta. Apabila melekat dengan lama ia boleh memberikan kesan apabila gunakan nanti.

Alternatif kepada tarik 'handbrake' adalah meletakkan 'wheel chokes' atau penyendal pada roda supaya kereta tidak bergerak...ke sana...ke sini...ke sana...ke sini..ewah.

Dengan menggunakan batu bata atau kayu berbentuk penyendal pintu. Atau mungkin boleh tinggalkan dalam keadaan dalam gear satu.

Kerapkan untuk lepaskan, release, brek tangan jika alternatif letakkan sesendal kurang efisien untuk anda

2. Parkir Kereta di Tempat Teduh atau Bertutup

Jika boleh, parkir kereta anda di kawasan berbumbung. Lebih selamat dan bersih.
Jika gagal untuk mendapatkan tempat teduh, laburkan sedikit wang untuk membeli 'cover' atau selimut untuk kereta anda.

Pastikan saiznya sesuai dengan saiz kereta anda, tidak labuh tidak singkat.

Pastikan juga ketika menutup kereta tidak ada sebarang wap air atau air terperangkap.

3. Penjagaan Palam Pencucuh (Spark Plug)

Kereta yang tidak bergerak agak lama atau tiada masa untuk memanaskan enjin. Contohnya balik ke kampung tinggal kereta atau tinggal parkir di lapangan terbang atau mana-mana parkir.

Disarankan untuk mencabut spark plug dan semburkan dengan sedikit minyak, minyak pelincir contonya.

Sebelum masukkan semula ke dalam tempatnya semula.

Ini bertujuan untuk menghalang dari kepala silinder (cylinder-head) berkarat dan elakkan dari terdapat kelembapan wujud sekitarnya.

Jika memiliki bajet yang lebih boleh masukkan 'additives' untuk mewujudkan 'protective coating' dalam enjin kereta anda. 

4. Bersihkan Bahagian Dalam (Interior) Kereta Sebelum Parkir

Kadang-kadang tips ini mungkin agak remeh dan tidak begitu penting. Namun, meninggalkan bahan atau benda yang boleh menyebabkan busuk atau mereput mungkin mengundang sesuatu yang tidak elok pada kereta.

Bayangkan tertinggalkan 'makanan' kepada tikus, maka dengan ketiadaan manusia di dalam kereta, maka ber'rattatouille'lah segala tikus ini. Dengan aktiviti memakan wayar atau mengigit pelbagai jenis material dalam kereta.

Rabak jugalah duit poket nanti untuk pembaikan.

5. Penuhkan Tangki Minyak

Satu perkara yang kita tidak ingin berlaku kepada kereta kita adalah karat pada tangki petrol/bahan api.

Dengan kehadiran bendasing sebegini mungkin akan memberikam impak dan kesan laluan bahan api ke enjin tersumbat.

Selain karat yang mampu mempercepatkan kerosakan pada tangki itu sendiri. Duit lagi.

Alasan membiarkan bahan api penuh dalam tangki adalah mengurankan udara dalam tangki atau kawasan kosong yang mungkin akan menyebabkan kelembapan muncul jika bahan api anda tiada 'additives'.

6. Selenggara Bateri Kereta


Bateri Kereta LamaSeeloknya bateri dicabut dari tempatnya dalam 'bay' kereta. Jika ingin ditinggalkan untuk masa yang lama.

Untuk tips penjagaan bateri lain, sadurkan 'ptroleum jelly' atau minyak gris pada terminal bateri untuk mengelakkan terminalnya menjadi berkarat.

Pastikan bateri dalam keadaan cas sepenuhnya, jika memerlukan pengisian air suling, isikan untuk bateri bukan pakai buang.

Pastikan bateri kereta tidak berada di kawasan lembap dan jauhkan dari kawasan cahaya matahari terus (direct sunlight).

7. Pelindung Cat Kereta

'Paint job' pada kereta boleh rosak jika kereta terdedah di luar dengan jangka masa yang lama, walaupun ditutup dengan penutup.

Antara penyebab kerosakan pada kerja cat kereta ini adalah oleh debu, kotoran lain dan kelembapan.

Untuk pencegahan, bersihkan dengan teliti setiap kawasan permukaan cat kereta.

Pastikan dibuang lumpur atau tanah, debu, atau kotoran lain dari melekat pada cat kereta sebelum mengaplikasikan 'coating' untuk 'polish' dan 'wax'.

Bertujuan untuk untuk menghindari kelembapan hadir.

8. Penjagaan Tayar dan Bahagian Roda




Meninggalkan kereta tanpa bergerak untuk jangka masa yang lama akan menyebakan 'flat spots' pada tayar.

Untuk mengelakkan dari terjadinya 'flat spot' ini gunakan 'jack' roda supaya tayar tidak begitu lama bersentuh dengan lantai.

Atau letakkan penyedal supaya tayar tergantung.

Untuk mengurangkan kesan tayar terlalu lama menyentuh lantai dan juga menglakkan beban kereta terlalu menekan tayar.

Kereta 'sport' biasanya dengan tayar 'low profile' boleh ditinggalkan untuk jangkamasa yang lama tidak bergerak. Kereta marhaen sebagaimana penulis mungkin perlu melakukan tips ini.

9. Tukar Minyak Pelincir dan 'Filter'

Sebaiknya jika ingin meninggalkan kereta tidak bergerak untuk jangka masa yang lama tukarlah dahulu minyak pelincir dan penapis minyak (filter) ini.
Dengan bahasa mudahnya, servis dahulu kereta.

Bagi mengelakkan benda asing seperti kelembapan kerana dalam minyak pelincir yang sudah digunakan terdapat air sebahagiannya.

Apalagi dalam minyak enjin yang telah digunakan terdapat benda asing lain seperti hakisan -hakisan besi atau sisa sisa yang mungkin boleh menyebabkan ekadaan enjin tidak cantik.

Selepas servis, disarankan untuk 'running' enjin supaya minyak pelincir akan melawati sekitar enjin sebelum ditinggalkan.

10. Pastikan Tekanan Angin Dalam Tayar Sesuai


Injap Tayar Pada RimPeriksa tekanan angin tayar kereta dan pastikan dalam nilai tekanan yang terbaik dan yang disyorkan untuk tayar tersebut.

Dengan tekanan angin yang betul mampu mengelakkan keretakan pada dinding rim dan tayar dan menghindar juga 'flat spots'.

Pastikan juga injap (valve, kepala angin) tidak bocor dan boleh diketatkan dengan elok. Bagi menjaga kualiti tekanan angin pada tayar.

11. Angkat Pengelap Cermin Kereta


Wiper Kereta DiangkatNampak tidak penting tapi apabila hujan apalagi gagal menemui alatan ini iaitu yang turutu terkenal dengan nama 'wiper' agak merumitkan walaupun di tepi jalan harganya cuma belasan ringgit.

Getahnya akan mereput apabila sentiasa melekat pada cermin mulakan berbunyi seperti ayam yang hampir di sembeli pak aji.

Jangan Biarkan Kereta Rosak Begitu Sahaja

Ini adalah beberapa tips yang boleh dikongsikan jika anda memerlukan untuk meninggalkan kereta anda untuk jangka waktu yang agak lama.



Sebab Meninggalkan Kereta Untuk Jangka Masa Lama

Tidak kiralah anda dalam perintah kawalan pergerakan, pulang ke kampung atau tinggalkan kereta anda untuk kerja luar atau 'outstation'.

Semoga tips ini membantu anda untuk berjimat mengurangkan dari mengeluarkan duit dan pembelanjaan yang banyak kerana kerosakan kereta.


Anda fikir anda tahu Tips Penjagaan Kereta Tersadai  Untuk Tinggal Lama  ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2020/04/tips-penjagaan-kereta-untuk-tinggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tips Mudah Penjagaan Kereta Yang Semua Perlu Tahu

5 Tips Mudah Penjagaan Kereta Yang Semua Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 415 hits
Pada masa ini kereta merupakan keperluan harian kepada hampir semua individu untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat Contohnya kegunaan untuk pergi kerja balik kampung dan sebagainya Disebabkan itu kereta perlu di jaga dengan baik da...
Pakar Dermatologi Kongsi 10 Tips Penjagaan Kulit Bagi Petugas Barisan Hadapan

Pakar Dermatologi Kongsi 10 Tips Penjagaan Kulit Bagi Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 323 hits
Petugas barisan hadapan sememangnya merupakan antara individu yang memainkan peranan penting dalam membendung penularan Covid 19 yang sedang melanda Malaysia pada ketika ini Mereka terpaksa berkorban segalanya demi memastikan agar pandemik ...
4 Tips Penjagaan Rambut Yang Boleh Diikuti Oleh Para Lelaki Semasa Pkp

4 Tips Penjagaan Rambut Yang Boleh Diikuti Oleh Para Lelaki Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 483 hits
Para lelaki pasti sedang memikirkan bagaimana untuk menjaga rambut mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini Ditambah pula dengan kedai gunting rambut yang tidak dibenarkan untuk beroperasi sepanjang PKP ianya agak menyukarkan...
Alamak Lama Tak Jalan Jauh Kereta Ok Ke

Alamak Lama Tak Jalan Jauh Kereta Ok Ke

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 839 hits
Dah sebulan lebih tak isi minyak kereta disebabkan PKP Wow minyak dah turun harga murah pun belum sempat lagi beli minyak Isi pun bukan boleh jalan jauh pun aduhh Hanya bergerak selang 4 5 hari je dalam radius tak sampai 10 km Ada rakan yan...
Lebih 8k Retweet Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Barang Basah Kekal Segar Lebih Lama

Lebih 8k Retweet Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Barang Basah Kekal Segar Lebih Lama

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 304 hits
Gunakan tips tips mudah ini untuk menyenangkan hari anda dan sekaligus menjimatkan kos barang dapur small Cover image via Ana Sulianna Twitter small Siapa tidak suka peti sejuk yang penuh dengan stok makanan Tetapi adakah anda menyimpan bar...
Cara Mudah Nak Jaga Kereta Tak Bergerak Waktu Pkp Kaum Ibu Pun Boleh Buat

Cara Mudah Nak Jaga Kereta Tak Bergerak Waktu Pkp Kaum Ibu Pun Boleh Buat

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 334 hits
Memandangkan sekarang musim PKP jaranglah kita keluar Jika perlu pun hanya ketua keluarga sahaja yang akan keluar Itu pun biasanya dengan menaiki motosikal untuk lebih mudah Jadi kereta yang ada tersadai lama tidak digerakkan Macam mana car...
6 Tips Nggak Telat Bangun Sahur Di Hari Pertama Puasa Teruntuk Kamu Yang Tinggal Sendirian

6 Tips Nggak Telat Bangun Sahur Di Hari Pertama Puasa Teruntuk Kamu Yang Tinggal Sendirian

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 375 hits
Kamu yang belum bisa kumpul bareng keluarga di rumah tetep semangat bangun sahurnya nanti ya
Hanya Tinggal Seminggu

Hanya Tinggal Seminggu

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 290 hits
Hari tuk dah 24 Syaaban 1441H Maksud ey tinggai seminggu jak agik umat Islam seluruh dunio akan menyambut Bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan Tapi yang pasti sambutan Bulan Ramadhan tahun tuk akan berbezo dengan Ramadhan tahun lepas ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner