Tips Parenting Dari Imam Hassan Al Banna


AssalamualaikumBismillah

Jom kita ikuti kisah yang disampaikan dalam buku ini. Istimewanya buku ini adalah sebab, yang menyampaikannya bukan 'parent', tapi anak. 
Ingatan seorang anak pada didikan murni seorang ayah. Kalau nak tahu, apa yang menyebabkan didikan dan kasih sayang kita ni boleh dikenang oleh seorang anak walaupun bila kita dah tiada. Macam mana ia boleh meninggalkan bekas, teruskan membaca ya :)
1. Guru Tauhid & AkidahImam Hassan mengajar anaknya dengan kitab Al-Quran dan sentiasa mengaitkan sesuatu perkara dengan ALLAH. Sebagai contoh, apabila makan mengingatkan anak bahawa kita dapat makan kerana nikmat yang ALLAH beri seperti lidah untuk merasa. 
Apabila anak-anak dididik sejak kecil tentang mengenal Allah maka anak dengan sendirinya akan berasa takut pada Allah. 
2. Tiada Suara Jeritan di RumahKorang dapat bayangkan tak rumah yang tiada jeritan? Tenang saja kan. Tetapi jujurlah kita sehari kadang kalau tak membebel, marah atau bising memang susah kan? Kena lagi anak yang nakal. MasyaAllah memang menguji kesabaran betul lah. 
Tapi itulah. Rumah yang banyak suara keras, jeritan, gaduh, bahasa kasar, maki, tidak ada malaikat nak masuk. Imam Hassan akan pergi hampir kepada anak untuk bercakap dengan mereka. Beliau tidak akan melaung-laung. 
Apatah lagi menjerit. Jika terlepas, minta maaf. Bagitahu anak kita salah kerana berkasar. Dan kita tahu Tuhan tak suka perbuatan kita yang kasar dan keras

3. Beri Anak Duit KhasAlasannya supaya anak berasa cukup dan tak perlu meminta-minta dari orang lain. Ikutlah sesuai dengan usia anak. Bila seorang bertanya pada Imam Hassan, berapakah wang simpanannya sebulan. 
Jawapannya, tiada. "Aku infakkan semua pada keluarga dan yang memerlukan. Itulah simpananku".Lalu ditanya pula, tidakkah beliau risau jika anaknya menggunakan wang di jalan yang salah. 
Jawapannya begini.... "Bila sumber rezekimu halal, maka jangan risau ke mana mengalirnya rezekimu dan ke mana anak-anak membelanjakan wangmu". Padu

Aku baru-baru ini teringat tentang seorang ustaz pernah beritahu dalam tazkirahnya bahawa duit yang kita simpan tu sebenarnya bukan duit kita. Tetapi rezeki orang lain. Kenapa rezeki orang lain? 
Sebab kita guna duit tu beli nasi lemak, so itu rezeki makcik yang jual nasi lemak. Kita guna duit tu bayar servis kereta, maka itu rezeki orang bengkel. 
Jadi duit kita pula yang mana? Duit kita adalah duit yang kita infakkan seperti sedekah. Iya juga kan

4. Tidak Menyakiti AnakAda sekali anak perempuannya bermain tanpa selipar di hadapan tetamu sedangkan sudah diperintahkan sebelum itu. Walaupun Imam Hassan sedang marah dan anaknya tahu dari wajahnya bahawa beliau sedang marah

Imam Hassan tidak berbuat apa-apa sehinggalah tetamunya tadi balik. Kemudian beliau minta anaknya mengambil rotan, lalu beliau merotan anaknya di tapak kaki. 
Pukulan itu walaubagaimanapun tidak menyebabkan anaknya sakit tetapi tertawa kerana geli. Namun kesannya, anak itu ingat untuk memakai selipar semasa bermain. Kadang-kala kita sebagai ibu bapa sering menzalimi anak-anak kita. Kita rasakan sebagai ibu bapa kitalah yang betul semuanya. 
Sudah tentu sebagai anak kita wajib menghormati ibu bapa. Tetapi andai ibu bapa tersilap, apa salahnya memohon maaf kepada anak-anak. Percayalah anak-anak juga akan belajar menjadi seorang yang pemaaf. 

5. Tidak Tegur Secara Terus atau Memalukan.Pernah sekali anaknya sangat asyik membaca komik. Imam Hassan tidak menegur secara terus, tetapi membelikan buku-buku kisah tokoh untuk diberikan pada anaknya.
"Ayah kira yang ini lebih baik dan menyeronokkan untuk kamu baca". Tapi beliau suruh baca ke? Tidak. Cadang sahaja. Apatah lagi membebel

Sering sekali, kebanyakkan ibu bapa membandingkan malah memalukan anak sendiri di hadapan orang lain. Kita sendiri tidak suka dibandingkan, apatah lagi anak. 

6. Sentiasa Ada Masa Untuk Makan dan Bermain Dengan Anak-AnakWalaupun sangat sibuk dengan urusan ummah, Imam Hassan tak pernah sekalipun tertinggal untuk makan bersama dengan keluarga. Jika terlalu penat, beliau pulang ke rumah dan berehat sebentar
"Izinkan ayah berehat sebentar. Kejutkan ayah selepas 7 minit". 
Selepas 7 minit, beliau bangun dan bermain dengan anak-anaknya. Urusanku untuk ummah adalah penting. Tetapi, urusan anak-anakku adalah lebih penting lagi. Ada satu waktu, anaknya tertinggal bekal makanan di rumah dan Imam Hassan menyedarinya

Walaupun pagi itu beliau mempunyai mesyuarat penting dengan Ikhwan Muslim, beliau minta izin untuk hadir lewat semata-mata untuk menghantar bekal makanan itu pada Si Anak. Anak berkata bahawa itu adalah antara perbuatan ayahnya yang takkan dilupa sepanjang hayat

8. Menjaga Pengaruh di Sekeliling Anak.Imam Hassan sangat mementingkan guru-guru dan orang-orang di sekeliling anaknya. Ini memang penting kerana anak-anak perlu dididik bukan sahaja tentang ABC tetapi juga dari segi akhlak dan pergaulan untuk membina anak itu secara keseluruhannya sebagai mukmin. 
Maka memilih guru-guru dan sekolah yang betul adalah salah satu kewajipan penting sebagai ibu bapa

9. Mengajak Anak Kecil Berbincang Isu Besar.Misalnya saat Imam Hassan mahu menderma sebahagian barangan rumah kepada pejabat Ikhwan Muslim, beliau bertanya pada anak-anak pendapat mereka. Anak gadisnya Wafa, selalu diberi tanggungjawab besar mencatit isi penting semasa mesyuarat. Menjadikan anak itu punya rasa bangga kerana dipercayai oleh Si Ayah

Kalau kita, anak nak tolong di dapur siap marah lagi "Kamu masih kecil, tunggulah besar baru buat kerja." Apabila dah besar anak pun dah tak tahu buat kerja sebab waktu kecil tidak dibiasakan untuk nuat kerja-kerja rumah. 
Kesimpulannya...
Anak-anak Imam Hassan Al Banna membesar sebagai orang yang cemerlang dalam pekerjaan dan juga anak yang berbakti untuk ummah. Yang pentingnya anak-anak ini menganggap bahawa apa saja yang mereka dapat pada waktu ini adalah asbab didikan baik dan penuh hormat dari seorang ayah

Setiap kali menyebut nama ayahnya, anak-anak Imam Hassan akan mengiringi nama beliau dengan sebutan ini, "Ayah, semoga beliau dirahmati Allah". Dan tidak adalah rahmat lebih besar bagi ibu ayah melainkan saat anak-anak mendoakannya sepanjang masa. 😊
Kredit : Siti Suryani Yaakop


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2020/09/tips-parenting-dari-imam-hassan-al-banna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cyclist Tips Beli Aksesori Basikal Murah Dan Berbaloi

Cyclist Tips Beli Aksesori Basikal Murah Dan Berbaloi

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 570 hits
Musim tengah viral kini orang Malaysia ramai termakan dengan racun berbasikal Ia satu fenomena yang bagus untuk aktiviti sihat aktiviti yang memberi faedah kepada kesihatan penggunanya Fenomena viral ini sangat rare hinggakan kebanyakkan ke...
5 Tips For Taking Care Of A Vintage Car

5 Tips For Taking Care Of A Vintage Car

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 332 hits
Many people are looking for vintage cars to enjoy their classic features style and timelessness Vintage cars offer a nostalgic smell and feel unlike today s vehicles which as known to be more modern and industrial Vintage cars feature great...
Penat Nak Bersesak Ini Tips Cari Pasar Raya Kurang Sesak Ketika Pkp

Penat Nak Bersesak Ini Tips Cari Pasar Raya Kurang Sesak Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 256 hits
Seperti yang semua tahu kita sedang melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini Walaupun keadaan perlahan lahan kembali normal orang awam diwajibkan memakai mask sentiasa mencuci tangan dan ...
7 Tips Untuk Menjadi Ahli Sedekah

7 Tips Untuk Menjadi Ahli Sedekah

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 449 hits
Assalamualaikum wbt Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan yang bermaksud benar Makna syara sedekah pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S W T Jadi apabila meruj...
Pentingnya Pelembab Untuk Kulit Berminyak Dan Tips Mengaplikasikannya Biar Nggak Over Kilap

Pentingnya Pelembab Untuk Kulit Berminyak Dan Tips Mengaplikasikannya Biar Nggak Over Kilap

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 228 hits
Pelembab bukannya bikin wajah makin mengilap justru malah menyeimbangkan minyaknya biar nggak berlebihan
5 Tips Cepatkan Loading Blog

5 Tips Cepatkan Loading Blog

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 330 hits
5 Tips Cepatkan Loading Blog Salah satu kemestian untuk blogger ialah blogwalking Salah satu yang mempengaruhi blogwalking ialah faktor masa loading sesebuah blog MF selalu blogwalking Tapi bila hujung hujung bulan kouta internet dah tenat ...
10 Tips Cara Menulis Artikel Untuk Blogger Pemula

10 Tips Cara Menulis Artikel Untuk Blogger Pemula

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 280 hits
Menulis adalah bagian dari kegiatan seorang blogger Tapi pada kenyataannya banyak yang masih bingung bagaimana cara menulis artikel yang baik dan benar Khususnya untuk blogger pemula yang masih dalam tahap belajar Jujur saja saya sendiri ti...
Tips Daftar Google Adsense Non Hosted Full Approve

Tips Daftar Google Adsense Non Hosted Full Approve

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 309 hits
Kali ini Saya ingin berbagi tips buat Anda sekalian tentang tips daftar Google AdSense non hosted full approve Artikel ini Saya buat dengan tujuan untuk membantu teman teman yang kesulitan dalam mendaftar Google AdSense non hosted Sebenarny...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco