7 Tips Untuk Menjadi Ahli Sedekah



Assalamualaikum wbt..Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: صدقة‎) yang bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.
Makna sedekah memang sering menunjukkan makna memberikan harta untuk hal tertentu di jalan Allah S.W.T , sebagaimana yang terdapat dalam banyak ayat-ayat dalam Al-Qur’an, :-
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir." Surah Al-Baqarah : ayat 264[1]
Jadi, bagaimana caranya untuk melatih diri kita menjadi ahli sedekah..? 
1. Niatkan dalam hati setiap pagi ketika bangun dari tidur, 'saya mahu bersedekah'. Ini sesuai dengan ajaran agama, kerana Nabi Muhammad SAW ada menyatakan : "Setiap amalan atau pekerjaan itu adalah berdasarkan niat." (Hadis sahih Muttafaqun 'Alaih). Apabila sudah ada niat, akan mudahlah kita melaksanakannya. Tanpa niat sedari awal, minda dan hati kita akan menjadi leka untuk bersedekah.
2. Lakukan sedekah walaupun hanya bermula dengan jumlah wang yang kecil. Ada orang merasakan jumlah sepuluh sen kecil ataupun RM1 itu kecil? Tetapi yakin dan percayalah, bagi mereka yang tiada atau miskin, jumlah itu besar nilainya. Maka, mulailah bersedekah walaupun dengan jumlah yang bagi kita tidak masuk akal itu. Pesan Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW : "Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara : Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi kafir yang melalaikan diri kamu semua, ataupun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, ataupun kedatangan pengaruh dajjal yang ia adalah seburuk-buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari kiamat padahal hari kiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya." (Riwayat Imam Tarmizi)
3. Letakkan tabung sedekah di rumah kita di tempat terbuka dan namakannya dengan nama yang istimewa, misalnya 'Tabungan Syurga'. Kita ini memang manusia yang bersifat pelupa (juga sering buat-buat lupa), maka usahakanlah agar pintu-pintu untuk bersedeka itu sentiasa wujud di depan mata. Kemudian, letakkan 'Tabungan Syurga' itu di pintu atau di laluan utama. Apabila sudah di depan mata, maka masukkanlah walau RM1 sehari, kemudian setelah genap sebulan atau setahun, keluarkanlah dan berikanlah ia kepada pihak yang memerlukan. Percayalah, kita akan merasai 'keberkatannya'.
4. Sentiasa menyediakan wang kecil RM1 di dalam saku baju atau seluar. Selalunya, apabila kita bermusafir dan singgah di mana-mana masjid untuk mendirikan solat, maka sudah tersedia sebuah peti derma. Masukkanlah wang berkenaan dengan segera tanpa perlu lagi susah-susah mencarinya. Ingat, wang yang berada di saku paling atas itulah selalunya paling mudah dikeluarkan oleh kita. Ataupun kala singgah makan di mana-mana restoran, sering disediakan kotak derma di kaunter pembayaran. Apalah salahnya, jika ada lebihan wang kecil dimasukkan seringgit dua ke dalamnya.
5. Melazimi mendengar dan membaca sejarah dan kisah para ahli sedekah zaman silam. Kita ini memang cepat kendur semangatnya, maka kenalah kita sering memotivasikan diri sendiri. Jika kita kaki ceramah, kita mungkin akan mendengar kisah ini daripada para penceramah. Namun, jika kita kaki buku, maka belilah buku atau majalah yang memuatkan kisah-kisah kelebihan ahli sedekah ini. Kita pasti akan terinspirasi dengan kisah-kisah kehebatan mereka dan dari situlah akan terbitnya kesukaan untuk turut menjadi ahli sedekah.
6. Istiqamah dalam bersedekah. Ini juga perkara penting, kerana hanya orang yang istiqamah atau konsisten dalam sesuatu amalan, bisa dianggap orang yang terbaik dalam amalannya. Maka, jangan bebankan diri dengan sedekah yang besar (RM100 misalnya), tetapi diberi enam bulan sekali; sebaliknya biarpun RM1, tetapi hari-hari. Nabi Muhammad SAW mengingatkan : "Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit." (Hadis sahih Muttafaqun 'Alaih)
7. Berazam untuk memberi lebih lagi pada tahun hadapan. Bagi kita orang Islam, sudah pun disediakan penanda arasnya, iaitu zakat (yang wajib dikeluarkan 2.5 peratus setahun). Maka pastikan tahun ini jika bersedekah RM1,000, harus ada peningkatan minimum 2.5 peratus pada tahun hadapan dalam perolehan harta kita agar kita mampu meningkatkan sedekah dan juga zakat. Jika RM1,000 disedekah atau dizakat, maknanya kekayaan kita baharu berjumlah RM40,000; maka gandakan 2.5 peratus supaya menjadi RM41,000 dan jadilah zakatnya RM1,025. Ini hanyalah jumlah minimum, kerana yakinlah, Allah SWT pasti akan menambahkan rezeki dan kesuburan bagi pemilik harta yang suka berzakat dan ringan bersedekah.
Semoga tips ini akan membantu kita semua menjadi ahli sedekah yang ingin mendapat keredhaan Allah..  
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2020/08/7-tips-untuk-menjadi-ahli-sedekah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tips Bagaimana Menjadi Usahawan Online Yang Berjaya Di Malaysia

5 Tips Bagaimana Menjadi Usahawan Online Yang Berjaya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 693 hits
5 Tips Bagaimana Menjadi Usahawan Online yang Berjaya di Malaysia Semakin hari semakin ramai muncul usahawan online berjaya di Malaysia Cara memulakan perniagaan online di Malaysia sentiasa cuba di cari oleh mereka yang gemar berniaga Akiba...
Ahli Neurologi Inggris Ungkap Faedah Menghafal Al Qur An Dapat Menyehatkan Otak Sampai Usia Tua

Ahli Neurologi Inggris Ungkap Faedah Menghafal Al Qur An Dapat Menyehatkan Otak Sampai Usia Tua

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 292 hits
Menghafal Al Qur an merupakan amalan ibadah yang berpahala besar Orang yang menghafal dan senantiasa menjaga hafalannya mempunyai derajat yang tinggi dan memiliki keutamaan di dunia dan akhirat Sebab dari ingatan merekalah kemurnian Al Qur ...
Ibadahnya Biasa Saja Tapi Dia Disebut Rasulullah Sebagai Ahli Surga Ini Amalannya

Ibadahnya Biasa Saja Tapi Dia Disebut Rasulullah Sebagai Ahli Surga Ini Amalannya

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 477 hits
Dalam suatu kesempatan di dalam masjid Nabawi Rasulullah SAW berkata kepada para sahabat Akan datang kepada kalian sekarang ini seorang laki laki penghuni surga Ucapan Rasulullah SAW ini tentu saja membuat penasaran Para sahabat bertanya ta...
Muktamad Bn Akan Ambil Semula 16 Kerusi Ahli Parlimen Yang Lompat Ke Bersatu

Muktamad Bn Akan Ambil Semula 16 Kerusi Ahli Parlimen Yang Lompat Ke Bersatu

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 349 hits
1 502 total views 915 views today Majlis Tertinggi Umno memutuskan bahawa BN akan bertanding di kerusi yang mana ahli parlimennya berpaling tadah selepas menang pada PRU14 Kerusi kerusi yang BN menang dulu yang melompat maka kita ambil bali...
2 Bekas Ahli Parlimen Pkr Silap Langkah Sertai Ppbm Kata Petugas Dap

2 Bekas Ahli Parlimen Pkr Silap Langkah Sertai Ppbm Kata Petugas Dap

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 314 hits
Willie Mongin dan Ali Biju adalah antara 10 bekas ahli PKR yang menyertai PPBM PETALING JAYA Dua ahli Parlimen yang keluar PKR untuk menyertai PPBM tersilap langkah kerana PPBM tidak memperjuangkan komuniti Dayak kata pembantu seorang pemim...
Dr Mahathir Ramal Bersatu Akan Di Bubarkan Ahli Sertai Umno Semula Menjelang Pru 15

Dr Mahathir Ramal Bersatu Akan Di Bubarkan Ahli Sertai Umno Semula Menjelang Pru 15

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan dibubarkan dan terpaksa menyertai UMNO apabila kehilangan sokongan daripada UMNO dan Pas pada PRU 15 nanti Katanya kehadiran parti Pej...
Dulu Ada Kuasa Dah Ada Kewangan Banyak Kononnya Ada Profesional Tapi Masih Harap Ahli Ahli Pas Untuk Dikencing

Dulu Ada Kuasa Dah Ada Kewangan Banyak Kononnya Ada Profesional Tapi Masih Harap Ahli Ahli Pas Untuk Dikencing

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 260 hits
Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar mendakwa kononnya penyokong veteran PAS di DUN itu menyuarakan rasa tidak gembira dengan kerjasama parti itu dengan Umno Mahfuz berkata penyokong PAS yang berusia lebih 50 tahun mudah dikelirukan dengan makl...
Wakil Pas Akan Dilantik Jadi Ahli Majlis Di Semua Pbt Johor Kata Mb

Wakil Pas Akan Dilantik Jadi Ahli Majlis Di Semua Pbt Johor Kata Mb

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 284 hits
Kerajaan Johor akan melantik wakil dari PAS sebagai Ahli Majlis di semua 16 pihak berkuasa tempatan di negeri itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan ahli PH sejak Mac lepas susulan pertukaran kerajaan negeri Menteri Besar Hasni Moham...
Kerajaan Negeri Johor Akan Lantik Wakil Pas Sebagai Ahli Majlis Di 16 Pbt Negeri Itu

Kerajaan Negeri Johor Akan Lantik Wakil Pas Sebagai Ahli Majlis Di 16 Pbt Negeri Itu

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 362 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan negeri Johor akan melantik wakil dari PAS sebagai Ahli Majlis di semua 16 pihak berkuasa tempatan di negeri ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan ahli Pakatan Harapan sejak Mac lepas susulan pertukaran kerajaan ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor