Tips Mudah Bulu Mata Panjang Dan Lebat


Kenapa semua orang sibuk nak panjangkan bulu mata ni? Rasa tak cukup lagi panjang, ditambahnya lagi dengan eyelash extension. Ada yang paling tak masuk akal dia pilih eyelash extension yang dah serupa macam bulu penyapu tebal dan panjangnya.

No no no.

Bagi aku kalau setakat untuk dandanan harian cukup lah bulu mata tu nampak 'wujud' dekat mata kita kan? Ni tak, dah lah mata sepet, bulu mata pulak kontot. Kalau pakai mascara, leceh nak kena cuci pula. Kalau pakai eyelash extension lagi lah, kena buang gam bulu mata tu betul-betul baru bersih dan boleh dibawa solat.


Sebab tu kita sebenarnya ada petua atau tips atauuuuu cara mudah nak panjangkan bulu mata tanpa sebarang extension. Dalam bahasa mudah, ini tips panjangkan bulu mata dan lebat untuk orang pemalas.

Dah tak perlu pakai mascara tebal-tebal untuk nampak lebih menawan. Mungkin akan mengambil masa sedikit tapi okay lah daripada nak kena letak extra effort hari-hari semata-mata nak bagi nampak kewujudan bulu mata kita sebab proses nak mencuci nya tu agak leceh dan sangat tak praktikal untuk orang pemalas macam aku hahaha.

So, antara tips yang paling popular orang banyak share adalah dengan menyapu vaseline pada bulu mata. Kenapa vaseline boleh panjangkan bulu mata? Sebab produk yang berasaskan 'petroleum jelly' boleh merangsang pertumbuhan bulu mata.

Cara nak apply vaseline pada bulu mata adalah dengan menggunakan apa-apa berus mascara terpakai yang dah dibersihkan dan apply pada bulu mata macam apply mascara setiap kali sebelum tidur. Tapi kalau tak ada berus mascara boleh je pakai cotton bud atau pun pakai jari.

Cumanya kalau pakai jari tu akan jadi agak comot sedikit lah. Aku selalu pakai jari je dulu sebab aku suka letak banyak-banyak setiap kali sebelum tidur sampai aku dah tak boleh nak buka mata esok paginya hahahaha (jangan tiru aku).

Bila tahap kebijakan aku dah tinggi sikit, aku try pula tips lain.

Sebab bagi aku macam leceh juga nak apply vaseline pada bulu mata hari-hari sebelum tidur. Sebab tekstur vaseline tu kan agak bold so dia macam agak berat sikit pada mata sebab tu orang biasa pakai sebelum tidur je. Tapi kalau sebelum tidur tu dah tak sempat nak buat-buat apa-apa dah terpengsan dulu macam mana kan?

So aku pun beli lah eye lash serum.


Aku terjumpa benda magic ni masa tengah window shopping dekat website Althea. Tak silap aku ada dua brand eye lash serum yang ada dijual di website Althea waktu tu and aku beli brand Etude House ni sebab dia lagi murah. Disebabkan ini first time aku pakai eye lash serum, aku pilih lah yang lagi murah dulu sbeab nak try hahaha.

Aku pun apply lah eye lash serum ni hari-hari. Rupanya menjadi juga weh! Dia punya kesan bagi aku sama je macam pakai vaseline tapi yang bestnya, serum ini bukan setakat boleh pakai sebelum tidur je, nak pakai sepanjang masa dalam sehari pun boleh. Aku actually jarang nak pakai mascara kalau keluar berjalan ke pergi kerja ke sebab bagi aku leceh nak kena cuci bila nak solat nanti (sebab aku jarang pakai makeup sangat bila keluar).

So bila dah ada eye lash serum ni, sepanjang masa aku boleh apply kat bulu mata sebab dia kan macam serum je tak perlu nak kena cuci. Yang pemalas macam aku sangatlah sesuai gunakan cara ini. Sebelum pergi kerja aku pakai, tengah lunch break aku pakai, lepas habis solat aku pakai, sebelum tidur aku pakai. Dia dah ada berus mascara tu kan so serum tu boleh apply dengan sangat senang pada bulu mata bila-bila masa je kau nak.


Benda ni dah jadi antara benda wajib dalam hand bag kalau pergi ke mana-mana. Nak bulu mata panjang naturally kena lah konsisten. Aku ni mata jenis bulat tu kalau aku termenung orang pun seram tengok biji mata aku macam nak tersembul keluar hahaha. Bulu mata pula kontot alahai. At least bulu mata dah panjang sikit boleh lah nampak balance sikit mata aku ni. And kurang seram. Kot.

Anyways, ada je lagi tips lain yang kita boleh guna untuk panjangkan dan lebatkan bulu mata. Contohnya macam sapu bulu mata dengan natural oil macam minyak zaitun, tekap mata dengan uncang teh hijau sepanjang malam waktu tidur, sikat bulu mata dengan kerap, sapu vitamin E yang macam cosmoderm punya toning lotion tu, makan biotin lah.

Tapi aku sure tak ada siapa yang akan rajin nak buat hari-hari termasuk aku ahahaha.

Bagi aku cara paling senang dan mudah adalah dengan menggunakan vaseline sebab produk sangat mudah didapati beli di drug store dalam RM5 je atau pun beli je eye lash serum harga tak sampai RM20 boleh tahan lama. Eye lash serum boleh try cari kat any online beauty store macam Althea ke, Hermo ke, Sephora ke, inshaAllah ada hehe.

Selamat mencuba!


*Disclaimer : Bukan sponsored post. Review ditulis berdasarkan pengalaman penulis blog sendiri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://messarah.blogspot.com/2020/03/tips-mudah-bulu-mata-panjang-dan-lebat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Petua Mudah Menghilangkan Mata Panda

4 Petua Mudah Menghilangkan Mata Panda

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 485 hits
4 Petua Mudah Menghilangkan Mata Panda Salam MCO Tak kisah la kita ni kerja apa penulis atau pelajar atau juga ibu bapa yang berjaga waktu anak tidak sihat atau mungkin juga seorang doktor yang kerja ikut syif atau apa apa jer yang membuatk...
Pasangan Mata Wang Nzd Usd Menolak Di Bawah Rintangan Garis Aliran Menurun Jangka Panjang Penurunan Selanjutnya Dalam

Pasangan Mata Wang Nzd Usd Menolak Di Bawah Rintangan Garis Aliran Menurun Jangka Panjang Penurunan Selanjutnya Dalam

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 282 hits
Cadangan DaganganKemasukan 0 66566Alasan untuk Kemasukan Lanjutan Fibonacci 61 8 Ambil Keuntungan 0 61115Alasan untuk Ambil Keuntungan Anjakan semula Fibonacci 27 Stop Loss 0 63727Alasan untuk Stop Loss Anjakan semula Fibonacci 61 8 Rintang...
Tips Agar Mudah Bangun Tidur Untuk Sholat Malam

Tips Agar Mudah Bangun Tidur Untuk Sholat Malam

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 284 hits
Salah satu tantangan ketika hendak melaksanakan shalat malam adalah susah bangun tidur Padahal sebelum mata dipejamkan tekad sudah dibulatkan untuk mengerjakan amalan sunah tersebut Lalu adakah tips agar mudah bangun tidur untuk sholat mala...
Cheta Buka Mulut Bila Pu Azman Bangkitkan Isu Pakai Bulu Mata P4lsu

Cheta Buka Mulut Bila Pu Azman Bangkitkan Isu Pakai Bulu Mata P4lsu

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 370 hits
Memang cara saya menyampaikan ceramah dan menjawab soalan di media sosial dengan santai agar mudah difahami orang ramai tanpa menyentuh isu sens1itif mengaitkannya dengan artis atau politik jelas Pencetus Ummah Azman Syah Alias CheTa Buka M...
Tips Mudah Tidur Nyenyak Waktu Malam Kesan Tak Cukup Tidur

Tips Mudah Tidur Nyenyak Waktu Malam Kesan Tak Cukup Tidur

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 375 hits
Tips Mudah Tidur Nyenyak Waktu Malam Kesan Tak Cukup TidurTips Mudah Tidur Nyenyak Waktu Malam Kesan Tak Cukup Tidur Kebanyakan ibu bapa mengalami gangguan untuk tidur disebabkan tekanan keresahan dan kemurungan Ibu bapa zaman kini banyak m...
Ibu Menitis Air Mata Bayi Diambil Ujian Covid 19 Kali Kedua

Ibu Menitis Air Mata Bayi Diambil Ujian Covid 19 Kali Kedua

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 292 hits
Puan anak puan ni perlu ambil ujian untuk kali kedua Tolonglah doktor Saya kesian sangat pada anak saya ni Ini antara kata kata yang kedengaran di wad hospital pada musim penularan wabak Covid 19 ketika ini Baca Perkongsian ini dicatatkan m...
Potret Bcl Dengan Mata Sembab Di Momen 40 Hari Meninggalnya Ashraf Sinclair

Potret Bcl Dengan Mata Sembab Di Momen 40 Hari Meninggalnya Ashraf Sinclair

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 170 hits
Selama 40 hari sudah Ashraf Sinclair pergi meninggalkan Bunga Citra Lestari Selama itu pula wanita yang akrab disapa Unge itu tak kuasa menahan sedih kehilangan sang suami untuk selamanya
Kajol Marey Lagu Joget Si Ulat Bulu Chord

Kajol Marey Lagu Joget Si Ulat Bulu Chord

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 384 hits
D A Bm E AD A Bm E A A Bmmarilah dengar satu cerita E Acerita tentang si ulat bulu A Dkalau terkena aduh gatalnya A E Abengkak sana sini di buatnya A Bmulatlah bulu pandai menggoda E Atak nak yang tua mahu yang muda A Bmbadannya kecil penuh...
Harap Betul Betul Tak Kompromi Jangan Pilih Bulu Sudah

Harap Betul Betul Tak Kompromi Jangan Pilih Bulu Sudah

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 318 hits
Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana mana majikan yang mengabaikan kebajikan pekerja dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha mengekang penularan wabak koronavirus Covid 19 Menteri Sumber Manusia Datuk M Saravan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut