Tips Mendapatkan Tidur Nyenyak Dan Berkualiti



Tips Mendapatkan Tidur Nyenyak dan Berkualiti
Bagi mereka yang yang hidup di bandar, salah satu kualiti time adalah waktu tidur.
Pernah tak anda berniat untuk tidur awal, tidur dengan lena tetapi sukar?Pusing ke kanan, pusing ke kiri. Mata tak boleh pejam. 
 Pernah?
Bermula dari kita bangun pagi hingga ke malam, kita habiskan banyak tenaga yang mungkin buat kita keletihan di malam hari. 
Tapi tiba waktu tidur, susah pula nak lelap.
Ini kerana minda kita masih terlalu sibuk dan aktif untuk tertidur.
Bagaimana nak tidur lena? 
Cuba empat kaedah ini:
1. Jauhi Gajet Sebelum TidurSelalu gunakan telefon atau gajet atas katil?
Semakin lama kita gunakan telefon di tempat tidur, semakin banyak kesan buruk gajet menganggu kualiti tidur kita. 
Kajian menunjukkan pendedahan cahaya biru (blue light atau short wavelength light; SWL) dari gajet boleh mengganggu tidur manusia, biological rhythms, dan kemampuan kita untuk memberi perhatian terhadap tugas pada keesokan harinya.
Hal ini kerana ia menghalang rembesan melatonin di dalam badan kita.
Ia seperti isyarat otak kepada tubuh kita "waktu tidur" jadi terganggu atau lambat menyebabkan gangguan tidur.
Jika kita terdedah kepada blue light untuk waktu yang lama, tidur akan terganggu, sekejap-sekejap terjaga di malam hari dalam 6-7 kali, menyebabkan keletihan dan menganggu mood di siang hari.
Untuk mengelakkan kesan blue light dari gajet, langkah pertama yang boleh kita lakukan adalah elak daripada melihat skrin gajet pada waktu malam.
Tukar aktiviti kepada membaca buku atau mendengar muzik perlahan, 
dan kurangkan bergantung pada gajet. 
Rasa sukar? Cuba tetapkan alarm untuk tutup gajet. 
Contohnya matikan gajet secara auto, 90 minit sebelum tidur. 
Kalau tidak ada kawalan diri, belum cukup 90 minit buka balik telefon tu, cuba jangan bawa gajet ke bilik tidur.
Kalau mahu tidur nyenyak, cari jalan untuk jauhkan gajet sebelum tidur.


2. Bina Persekitaran Tidur Yang Selesa
Pernah tak setiap kali tidur di hotel atau menginap di rumah baru, 
sukar untuk tidur seperti di rumah sendiri atau tempat lama?
Ini bukan perkara yang ganjil dan memang ramai yang hadapi masalah yang sama.
Tinggal di tempat yang sama memudahkan kita untuk tidur dan berehat. 
Sekiranya persekitaran tidur kita "tepat" dengan kita, tidak sukar untuk dapatkan tidur yang berkualiti.
CahayaMata kita, ada kebolehan membezakan intensiti cahaya pada siang dan malam, 
Mata kita akan berkomunikasi dengan otak untuk menentukan sama ada waktu malam, badan perlu tidur.
Cahaya terang adalah isyarat waktu siang, sementara cahaya redup dan malap mengingat kan tubuh & otak bahawa sudah waktunya untuk tidur.
Kalau nak tidur yang berkualiti, siapkan tempat tidur yang selesa dengan kadar cahaya yang malap dalam bilik.
Katil
Selain daripada cahaya, katil atau tilam juga antara perkara penting yang perlu dititikberatkan.
Ini kerana sepanjang malam kita berbaring diatas katil ketika tidur,
Percayalah, tempat tidur yang bersih dan selesa itulah yang menjadi asas tidur berkualiti.
Tilam, selimut, dan bantal, pilih dengan teliti bahan-bahan yang sesuai untuk memastikan tidur kita lena. 
White NoisePerasan tak setiap kali hujan di luar, kita akan kata "uish dapat tidur ni best". Atau hujan pada waktu malam, kita boleh tidur lebih lena?
Pernah alami benda ini?
Sistem pendengaran kita ibarat penjaga badan kita. Walaupun sedang tidur, ia tetap bertindak balas terhadap suara di luar.
Bunyi hujan yang berterusan ibarat magik. 
Ini kerana bunyi hujan buat semua suara lain memudar. Dengan suasana yang gelap, otak sampaikan maklumat untuk beransur-ansur tenang dan santai.
Mereka yang mengalami insomnia juga boleh tertidur dengan cepat.
Kebanyakan bunyi alam kita panggil sebagai white noise, 
seperti bunyi hujan dan bunyi ombak. 
Bunyian ini menenangkan dan berirama. 
Dapat membantu menyekat bunyi lain, yang boleh mengganggu tidur kita.
Bau Aromatherpy
Kalau boleh, hidupkan bau-bauan aromatherapy, khususnya lavender. Bau aromatheraphy sangat menenangkan.
Contoh yang lain, linalyl asetat dan linalool yang terdapat di dalam minyak lavender semulajadi dapat menenangkan sistem saraf dan mengurang kan epinefrin (hormon adrenaline). Oleh itu, ia dapat membantu emosi kita dan mengurangkan tekanan.
3. Tarik Nafas Dalam-Dalam dan Bertenang
3. Tarik Nafas Dalam-Dalam dan BertenangKebiasaannya tiba saja di rumah, satu-satunya benda kita mahu lakukan adalah rehat setelah seharian bekerja. 
Tapi, kebanyakan daripada kita, minda kita terperangkap dengan perkara-perkara yang berlaku pada siang hari atau bimbang dengan hari esok.
Orang putih sebut overthinking. Biasa terjadi ketika kita berbaring di tempat tidur. 
Nak rehat pun terbantut. 
Stress dan keletihan tak hilang walaupun tidur sebab overthinking ni. 
Luangkan masa sepenuhnya untuk berehat. 
Cuba lepaskan semua beban dan stres di dalam badan dan nikmati ketenangan sepenuhnya di sekeliling anda. 
Tumpukan perhatian pada pernafasan anda. 
Tarik nafas dalam-dalam dan gunakan kaedah bernafas 4-7-8 untuk bertenang.
Apa kaedah 4-7-8 itu?
Inilah caranya:
Buka sedikit bibir. Hembusan nafas perlu keluar sepenuhnya melalui mulut.
Tutup mulut. Tarik nafas dengan hidung sambil kira 1-4 di dalam kepala, aktiviti ini beri kita lebih banyak oksigen.
Tahan nafas selama 7 saat, biarkan oksigen masuk sepenuhnya ke dalam badan.
Hembus nafas perlahan-lahan sambil hitung 1 hingga 8. Aktiviti ini dapat lepaskan sepenuhnya karbon dioksida di dalam badan dan mengurang kan tahap sympathetic nerve excitement. Mengurangkan risiko darah tinggi. 
Kaedah bernafas 4-7-8 ini direka oleh Dr. Andrew Weil dari Universiti Harvard. 
Kita ‘memaksa’ minda dan tubuh kita untuk fokus mengatur nafas, overthinking juga hilang.
Tubuh berada dalam keadaan relaks untuk tidur.
Dengan kaedah pernafasan 4-7-8 ini, kita dapat sesuaikan badan dengan tempat tidur.
Fokus tertumpu dengan apa sahaja yang dapat kita lihat atau bau di dalam bilik.
Apabila anda menikmati setiap masa untuk relaks ini, kita akan mudah tertidur. 
4. Terima Kenyataan Bahawa Anda Ada Masalah Untuk TidurSalah satu sebab ramai orang mengalami masalah tidur disebabkan kebimbangan (insomnia) itu sendiri.
Berbaring di atas katil, asyik periksa jam dengan kerap dan mengira berapa lama durasi tidur sebelum masuk subuh atau pagi. Kita mungkin sudah jemu cuba macam-macam cara nak paksa diri untuk tidur. 
Kita bimbang, gelisah sebab insomnia itu sendiri dan tanpa sedar inilah sebab utama kita tidak boleh tidur.
Apa yang perlu kita lakukan adalah:
lepaskan semua overthinking. Tidak perlu fikir kenapa anda alami semua ini.
Selain empat cara untuk tidur nyenyak yang saya sebutkan tadi, berikut adalah senarai 10 perkara yang boleh kita cuba.
Langkah demi langkah untuk dapatkan tidur yang berkualiti.
Kawal jumlah kafein yang anda ambil 6 jam sebelum tidur
Mandi dan pastikan keselesaan tempat tidur untuk lepaskan stress dalam badan.
Baca buku dengan perlahan untuk tenangkan fikiran
Dengarkan melodi/zikir yang menenangkan, hati kita akan jadi semakin tenang.
Kecilkan lampu bilik untuk wujudkan persekitaran yang tenang.
Letakkan alat elektronik anda di samping dan bayangkan perkara-perkara yang menyenangkan.
Regangkan badan dengan perlahan 
Kunci jam dengan muzik lembut untuk pagi yang hebat
Tarik nafas dalam-dalam, perlahan-lahan hembus
Tutup mata dengan perlahan dan insha Allah anda boleh tidur lena
Jangan paksa diri untuk tidur. Apa sahaja perasaan yang timbul semasa tidur, fokus dengan teliti. Secara beransur-ansur, kita akan tidur nyenyak.
Tidak jadi masalah jika rutin harian kita sibuk dan memenatkan.
Setiap malam ketika kita lepaskan semua keletihan dan baring dengan selesa di atas katil, jadikan ia saat yang paling menyenangkan dan menggembirakan.
Sumber : Neuroversiti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2020/10/tips-mendapatkan-tidur-nyenyak-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Supaya Tidur Nyenyak Dari Rasulullah Ini Penyebab Kenapa Sulit Tidur

Doa Supaya Tidur Nyenyak Dari Rasulullah Ini Penyebab Kenapa Sulit Tidur

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 294 hits
Tidur yang nyenyak merupakan hal yang diperlukan Sebagai manusia kita butuh tidur nyenyak untuk kesehatan Apakah Anda pernah tidur tidak nyenyak Ada beberapa penyebab mengapa hal itu bisa terjadi Sebelum membahas lebih lanjut harus tahu doa...
Air Naik Ketika Nyenyak Tidur

Air Naik Ketika Nyenyak Tidur

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 284 hits
Ramli Ibrahim Gua Musang Hujan lebat lebih enam jam sejak malam tadi menyebabkan banjir kilat di Rancangan Tanah Kesedar Paloh 1 dan Felda Chiku dekat sini Kejadian dipercayai berpunca daripada parit dan longkang tersumbat Seorang peneroka ...
Mesti Baca 6 Tips Penjagaan Muka Sebelum Tidur Yang Selalu Kita Abaikan

Mesti Baca 6 Tips Penjagaan Muka Sebelum Tidur Yang Selalu Kita Abaikan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 494 hits
Tips penjagaan muka sebelum tidur Rasanya ramai di antara kita yang tidak tahu penjagaan kulit muka pada malam hari sangat penting Kalau tahu pun kadang kadang disebabkan rasa MALAS semua tu kita abaikan Padahal penjagaan kulit muka pada wa...
Tesla Diperkatakan Ingin Mendapatkan Pegangan Pada Perniagaan Bateri Lg

Tesla Diperkatakan Ingin Mendapatkan Pegangan Pada Perniagaan Bateri Lg

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 255 hits
Tesla salah satu pengeluar kereta elektrik terkemuka kini diperkatakan sedang dalam persiapan untuk mengambil alih sedikit pegangan pada LG Energy Solution 8211 perniagaan yang akan diasingkan oleh LG Chem LG Chem merupakan pengeluar bateri...
6 Tips Berjaya Beras Faiza

6 Tips Berjaya Beras Faiza

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 367 hits
Tip Kejayaan Puan Faiza 1 Bangun tidur pukul 4 30 pagi setiap hari dan tidur awal sekitar pukul 10 30 malam 2 Tidak lupa membaca Al Quran setiap hari 3 Niat beliau untuk berniaga bukanlah untuk menjadi kaya raya tetapi untuk membantu masyar...
Aplikasi Myubat Memudahkan Proses Mendapatkan Ubat Dan Temu Janji Farmasi Di Hospital Kerajaan

Aplikasi Myubat Memudahkan Proses Mendapatkan Ubat Dan Temu Janji Farmasi Di Hospital Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 722 hits
Sebuah lagi aplikasi telah dilancarkan kerajaan iaitu MyUBAT dengan fungsi memudahkan proses mendapatkan ubat ubatan dari hospital kerajaan Pesakit menggunakan MyUBAT untuk memesan ubat tanpa perlu ke kaunter farmasi hospital Ia kemudiannya...
Hampir Gugur Jantung Tak Cukup Tumpang Tidur Di Rumah Suami Terkejut Bila Rakan Tiba Tiba Minta

Hampir Gugur Jantung Tak Cukup Tumpang Tidur Di Rumah Suami Terkejut Bila Rakan Tiba Tiba Minta

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 394 hits
Sebagai pasangan berumahtangga komunikasi adalah penting untuk mengelakkan salah faham dan bermasam muka Sebelum membuat keputusan pasangan hendaklah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian Seperti kisah yang dikongsi saudara ini seoran...
Amal 7 Tips Ini Untuk Rezeki Yang Cukup Dan Berkat

Amal 7 Tips Ini Untuk Rezeki Yang Cukup Dan Berkat

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 390 hits
Dah menjadi rutin harian aku sebelum tidur aku akan Google carian ilmu tentang tips mencari rezeki yang melimpah ruah Dalam banyak banyak tips aku tertarik
Dah Mula Cari Bapa Baju Arwah Ubat Rindu Anak Tiap Kali Nak Tidur Menangis

Dah Mula Cari Bapa Baju Arwah Ubat Rindu Anak Tiap Kali Nak Tidur Menangis

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 704 hits
Baju arwah kini pengubat rindu buat anak setelah pemergian bapa dalam kemalangan yang cukup tragis akibat kecuaian orang lain baru baru hari ini Itu yang dilalui oleh anak sulung Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri 31 yang meninggal dunia selepa...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation