Tips Menangani Stress


Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila  tuntutan tidak dapat dipenuhi. Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.
Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres. Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi. Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.
Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit. Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.
Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B
Kaedah 10B ini adalah :-
1. Bertenang

Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan,  bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.

2. Bernafas dengan dalam.

Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida  dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

3. Berkata, ` Relakslah’.

Cuba katakan pada diri sendiri,  saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu .  Bawalah bersabar.  Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.
4. Beribadat

Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.
5. Berkongsi perasaan dengan seseorang

Bercakaplah dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda .  Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.  Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.
6. Berurut. 

Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang.  Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.
7. Berehat dan mendengar muzik.

Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang  lembut.  Muzik  dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta  pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda   berasa tenang.  Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.
8. Beriadah.
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti  di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.  Lakukanlah aktiviti yang anda sukai.  Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.

9. Bersenam. 

Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan  bersenam  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.9
Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.

10. Berfikiran positif.

Stres  juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi.  Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba  melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif. Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri.  Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.
Dengan melakukan kaedah 10B,  kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan. Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda
Walau bagaimanapun, kaedah 10B hanya boleh mengawal stres untuk jangka masa pendek. Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2020/12/tips-menangani-stress.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Dan Cara Kurangkan Stress Melalui Kaedah 10b

Tips Dan Cara Kurangkan Stress Melalui Kaedah 10b

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 333 hits
Original Content Kadang kadang kita tidak dapat lari dari tekanan yang berkemungkinan berpunca dari tempat kerja atau rumah lebih lebih lagi dalam keadaan dunia menghadapi pandemik COVID 19 Masyarakat boleh menghadapi tekanan atau stres yan...
8 Tips Penting Memilih Pakaian Sukan Tak Boleh Asal Sarung

8 Tips Penting Memilih Pakaian Sukan Tak Boleh Asal Sarung

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 341 hits
Sebagai seorang pelari tegar yang sebaik boleh cuba untuk konsisten berlari pada setiap hari kakak sangat menitik berat soal pakaian yang selesa Bukan sahaja dalam bidang larian sebenarnya bila bersukan korang perlu memakai pakaian khusus u...
4 Tips Manajemen Karyawan Yang Penting Untuk Bisnis Restoran

4 Tips Manajemen Karyawan Yang Penting Untuk Bisnis Restoran

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 185 hits
Buat yang punya atau kepikiran buka restoran bisa jadi tips yang oke banget nih
Kod Alasan Tidak Lulus Gkp 2 0 Tips Lulus Gkp Dengan Mudah

Kod Alasan Tidak Lulus Gkp 2 0 Tips Lulus Gkp Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 311 hits
Kod Alasan Tidak Lulus GKP 2 0 Tips Lulus GKP Dengan Mudah GKP 2 0 alhamdulillah dah telah selamat menerimanya ketika di buka buat kali pertama ketika awal PKP dulu Dan kali ini GKP di buka sekali lagi dan secara asasnya bantuan ini hanya u...
Tips Khutbah Jumat 15 Menit Paling Berkesan

Tips Khutbah Jumat 15 Menit Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 255 hits
Tips khutbah jumat yang singkat tetapi berkesan bagaimana yah
Tips Seo Padcast Agar Podcast Anda Banyak Pendengar Dan Follower

Tips Seo Padcast Agar Podcast Anda Banyak Pendengar Dan Follower

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 288 hits
Podcasting sangat mirip dengan blogging Seperti blogging podcasting juga perlu SEO Yang dimaksud SEO podcast bukan podacst tentang SEO tapi penerapan SEO untuk podcast Anda agar mendapatkan peringkat bagus di Google Dengan menerapkan SEO sa...
Tips Urus Modal Niaga Semudah Abc

Tips Urus Modal Niaga Semudah Abc

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 222 hits
TIPS JAGA MODAL NIAGA Wajib Ada tabung A B C Tiga tabung Bila dapat hasil jualan Modal masukan balik tabung A Lebih nya kepada 2 Untuk tabung B Dan C Tabung A Modal Tabung B Untung JUALAN Tabung C GAJI Kita Tabung A B Dilarang sentuh kecual...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration