Tips Memohon Kerja Di Jobstreet
Bismillah
Assalamualaikum
Tips 1 : Update setiap section di atasPengalaman kerja sangat penting! Tak kiralah kerja part - time, practical atau online seller, tolong nyatakan dan update segala pengalaman kerja yang pernah buat. Ini sangat penting untuk company masa diorang review profile kita. Wajibkan diri untuk update resume dan upload semula resume setiap 3 bulan sekali. Yang paling penting dalam resume mesti ada details mengenai personal information dan experience. Email mestilah yang bersesuaian dan berjenis sikit, bukan yang merapu dan merepek. Kalau fresh graduate, tolong nyatakan skills. Kurikulum sangat penting supaya company dapat tahu kita ada skill yang macam mana. Another important part is language, education (Letak sekali CGPA). Gaji pun penting juga. Untuk fresh graduate, sila ikut harga pasaran sekarang. Basic salary boleh RM 1800. Janganlah demand tinggi-tinggi sangat, masa interview baru negotiate dan berbincang. Oh satu lagi, tolong letak gambar formal dekat profile picture kita supaya company tahu, yang kita ni betul-betul nakkan kerja, janganlah letak gambar candid apa semua :")
Tips 2 : Search Mengikut AreaTak digalakkan untuk mencari menggunakan pekerjaan yang kita nak. Lebih baik cari menggunakan area / location yang kita nak. Contohnya, Selangor. Nanti akan keluar segala jenis kerja kosong yang ada di Selangor. Scroll ke bawah sampai jumpa bidang yang kita nak. Lihat bila company pos jawatan kosong tu. Contohnya, 4 hours ago. Cepat-cepat apply. Bila company dah review profile applicant, profile kita akan berada di atas sekali. Konsep dia sama macam, first come first serve. Walaupun company nak applicant yang ada pengalaman 2 tahun, tak salah untuk kita apply. Kalau company rasa kita sesuai dengan position tu, tak mustahil untuk kita dipanggil interview nanti - walaupun kita ni baru fresh graduate.
Tips 3 : Apply Setiap Kali Latest Job Company OpenGrab peluang sebanyak dan secepat mungkin untuk apply mana-mana jawatan kosong yang baru dibuka. Jangan lengah-lengakan masa dan tangguh-tangguh. Kalau ada kerja kosong yang baru post dan kita minat kerja tu, cepat-cepat tekan butang apply.
Tips 4 : Pitch (Recommendation)Kotak pitch atau recommendation ni akan keluar lepas kita tekan button apply job. Tulis dalam kotak tu tentang experience / skills kita / apa-apa pun, janji bertulis. Nampaklah kita ni sebagai candidate yang betul-betul serius mahukan kerja. So, bila application kita di atas antara candidate yang lain, peluang kita untu dipanggil nterview daripada company tu besar. Tambah-tambah lagi bila dia review, keluar segala information formal yang kita tulis dan juga expected salary yang kita minta yang logik akal as fresh graduate (khusunya). Peluang kita besar dan cerah untuk dapat panggilan interview
Semoga semua orang dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki yang banyak dan berkat untuk mendapatkan kerja.
Source : Facebook Siti Nabila
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://stnrsyfh.blogspot.com/2019/08/tips-memohon-kerja-di-jobstreet.html