Tips Membeli Belah Dalam Talian Pada Bulan Merdeka
Cara membeli-belah dalam talian dengan berkesan
Rata-rata semua rakyat Malaysia mengetahui bahawa bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Jadi, tidak hairanlah jika bendera Malaysia dikibar lebih banyak pada bulan ini berbanding bulan-bulan sebelumnya. Bulan yang dirai dengan kegembiraan kerana sejarahnya. Lagi menarik, bulan merdeka ini banyak kedai dalam talian atau online buat jualan murah! Hehehe
Apabila sebut saja jualan murah, mata terus terbuka luas. Peluang keemasan yang sentiasa dinanti. Masa inilah sesuai nak cari pelbagai barangan keperluan dengan harga yang berpatutan kan. Boleh jimat berganda lagi tu. Ramailah yang akan buka laman web kedai dalam talian seperti Shopee, Lazada, Watson dan sebagainya nanti. Mungkin Malaysia Airlines juga akan menawarkan tiket penerbangan dengan harga berpatutan pada bulan kemerdekaan ini. Siapa tau kan ;)
Jualan murah sememangnya menjimatkan. Tapi jangan pula terlebih berbelanja sehingga ‘kering’ duit dalam akaun bank. Tiada langsung yang tinggal untuk perbelanjaan harian yang lain. Ini tidak bagus ya.
Nak membeli-belah dalam talian bukan main klik ‘add to cart’ kemudian terus bayar. Kena ada ilmu. Macam mana caranya?
Tips membeli-belah secara online
1. Utamakan membeli barangan keperluan
Ini adalah perkara yang paling penting untuk membeli-belah. Tujuannya supaya kita fokus dengan misi untuk mencari barangan keperluan. Kalau nak membeli barangan bukan keperluan, boleh saja tapi jangan sampai berlaku pembaziran.. beli tapi akhirnya tidak digunakan. Membazir bukan?
2. Buat senarai barangan keperluan beserta harga
Mai suka buat yang ini. Membuat kira-kira tentang perbelanjaan secara kasar yang perlu dikeluarkan agar tidak membazir wang. Selain itu, dengan membuat senarai ini dapat menjimatkan masa ketika membeli belah. Sebabnya kita dah tahu nak beli apa. Walaupun membeli belah secara online, ia dapat mengelakkan kita daripada asyik meninjau kedai online sehingga mengabaikan kerja harian kita.
3. Kaji selidik harga di pelbagai kedai dalam talian
Dengan melakukan kaji selidik harga, kita akan nampak perbezaan harga di setiap kedai talian untuk sesuatu barangan yang hendak dibeli. Pilih harga yang lebih murah untuk penjimatan berganda.
4. Pilih kedai online serta peniaga yang dipercayai
Ini amat penting supaya dapat mengelakkan penipuan berlaku. Cara untuk mengetahuinya.. kalau di laman Lazada atau Shopee, boleh tanya pada peniaga sendiri serta lihat pada komen-komen pembeli. Jika banyak yang memberikan komen positif maka bolehlah membeli dengan peniaga tersebut. Sama juga jika ingin membuat pembelian dengan peniaga di Instagram atau Facebook, tanya peniaga sehingga puas hati atau minta saja testimoni pembelian.
Banyak yang telah menjadi mangsa penipuan peniaga online. Di laman web yang dikenali ramai juga tidak kurang hebatnya. Lain yang dibeli, lain pula barang yang diterima. Dapat barang yang tidak masuk akal pula tu. Teringat kisah benar dalam akhbar tempatan… seorang pembeli yang sudah membayar untuk sebuah telefon pintar, menerima sebiji lesung batu. Sedih dan menyesal tak sudah jawabnya…
Sebab itulah perlu lebih berhati-hati ketika membeli-belah secara online supaya dapat elak sesuatu yang tidak diingini berlaku.
5. Selidik kualiti sesebuah produk
Bagi Mai, penting untuk kita mengetahui kualiti sesebuah produk yang hendak dibeli. Sesuatu harga yang ditawarkan biarlah setanding dengan kualitinya. Kalau tak, kita juga yang menyesal setelah menerima barangan yang dipesan kerana dapat kualiti rendah.
Caranya, baca penerangan produk yang disediakan dan baca komen pembeli.
6. Guna kupon dengan membeli melalui laman web yang menawarkan diskaun berganda
Ini satu bonus untuk pembeli seperti kita. Siapa yang tidak suka harga diskaun kan? Memang dapat berjimat sungguh. Contohnya membeli barangan keperluan dengan menggunakan Shopee promo code atau dengan Watson Promotion untuk membeli produk penjagaan diri. Jadi, rajin-rajinlah menjengah ke pelbagai laman web yang menyediakan servis sebegini, seperti ShopCoupons.
Inilah antara beberapa tips yang dapat dikongsikan. Nampak macam remeh je kan tapi inilah perkara yang perlu dibuat sebelum membeli belah secara online untuk mengelakkan kerugian.
Anda pula macam mana? Ada tips selain yang disebutkan di atas ini? Jom sama-sama kongsi di ruangan komen di bawah ye.
Business vector created by pikisuperstar - www.freepik.comInfographic vector created by freepik - www.freepik.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.maisarahsidi.com/2019/08/tips-membeli-belah-dalam-talian-pada-bulan-merdeka.html