Tips Main Tiktok Untuk Newbie Dapatkan Ribuan Pengikut
TikTok telah menjadi medium paling popular dalam kategori media sosial berkaitan perkongsian video pendek. Malah, menurut sumber tertentu, sehingga Februari 2023, TikTok telah dimuat-turun sebanyak 3.5 bilion kali. Ini menjadikannya platform media sosial ke-6 paling popular di seluruh dunia.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, TikTok merupakan aplikasi online berasal dari China. Ianya dilancarkan pada September 2016 dengan nama Douyin, diurus ByteDance. Kemudian, pada September 2017, TikTok dilancarkan ke sluruh dunia pada 2017 untuk semua peranti iOS dan Android.
Panduan Newbie Menghasilkan Konten TikTok Untuk Mendapatkan Ribuan Follower
Aplikasi TikTok boleh diperoleh dalam 75 bahasa dan sangat-sangat popular di Asia dan Amerika Syarikat. Malah, pada Oktober 2018 TikTok telah menjadi aplikasi yang paling banyak dimuat-turun di Amerika Syarikat. Ia merupakan satu rekod baharu untuk aplikasi dari China. Amerika Syarikat mempunyai 109.54 juta pengguna TikTok (2021).
Kemudian, satu lagi rekod dicipta apabila pada sekitar Februari 2019, TikTok dan Douyin bersama meraih satu bilion muat-turun secara global tidak termasuk pemasangan Android di China. Tentunya ia menjadi satu fenomena bagi syarikat ByteDance.
Aplikasi ini sangat cepat berkembang dengan majoriti penggunanya ialah wanita. Malah, mengikut data-data terkini, kebanyakkan pengguna aplikasi video pendek ini tergolong dari generasi baharu - Gen Z. Kebanyakkan daripada mereka telah mengambil peluang untuk menjadi kreatif dengan penghasilan pelbagai video pendek samada untuk sekadar hiburan ataupun yang mampu memberikan manfaat dan ilmu kepada pengguna yang lain.
8 Tips dan Panduan Ringkas Hasilkan Konten TikTok Untuk Peroleh Ribuan Pengikut
Daripada apa yang saya lihat, ramai yang popular dan mendapat ribuan pengikut di TikTok dalam masa singkat telah menghasilkan konten yang sangat bagus dan mudah diviralkan. Berikut adalah beberapa tips yang dapat saya kongsikan mengenai cara 'bermain' TikTok untuk mendapatkan ribuan pengikut:
Kena pilih satu tajuk atau niche yang anda mahir. Maksudnya, anda tak perlu rujukan apa-apa untuk anda menghasilkannya; contohnya memancing, berkebun atau bersukan.
Rekod video dengan durasi pendek. Biar singkat tetapi padat. Dengan kata lain, biar sampai maksud. Untuk permulaan, boleh hasilkan video bawah 1 minit. Guna smartphone pun boleh.
Dalam TikTok ada muzik dan teks yang boleh digunakan. Gunakan ia mengikut kesesuaian video yang dihasilkan. Biar ada kena mengena dengan video. Muzik yang viral antara faktor pemangkin untuk mudah mendapatkan jumlah tontonan yang tinggi.
Sebagai newbie, digalakkan untuk kongsikan 3 hingga 5 video sehari. Lebih banyak lebih bagus, kerana TikTok sangat suka pengguna yang aktif membuat konten. Lagi banyak video, lebih banyak konten TikTok dapat viralkan kepada pengguna yang lain.
Paling penting, elakkan buat konten yang syok sendiri. Video yang bermakna, ada nilai dan mampu membantu orang lain akan cepat dapat ribuan pengikut.
Untuk permulaan, elakkan hasilkan konten untuk menjual walaupun memang menjadi hasrat anda untuk buat TikTok bagi melariskan jualan dan mendapat pendapatan.
Cuba untuk konsisten selama 180 hari, sehari 5 video pendek yang bermanfaat - tips dari Azri Walter (influencer TikTok).
Jadilah sekreatif yang boleh, sepertimana dilakukan oleh influencer-influencer terkenal di Malaysia yang ada ribuan follower. Normal is boring!
Tawaran Khas untuk Mereka yang Serius:
Ebook - Rahsia 50 Ribu Followers TikTok dalam masa 2 Bulan!
Untuk mendapatkan ribuan followers di TikTok perlukan kerja keras, masa dan juga kesabaran. Terus-terusan menghasilkan konten yang baik kerana anda tidak akan tahu bila video anda akan jadi viral di TikTok.
Bagi memastikan jumlah followers atau pengikut TikTok sentiasa bertambah, cuba ingatkan pengguna lain untuk follow anda atau simpan video anda. Kadangkala pengguna yang santai tidak akan secara automatik mengikuti anda, jadi anda boleh nyatakan dalam video atau letakkan teks dalam video.
Tak Perlu Muncul Dalam Video
Oh ya, menghasilkan konten TikTok tidak perlu pun untuk papar wajah anda. Ada sahaja TikTokers yang mampu mendapatkan puluhan ribu followers hanya berkongsi video mengenai resepi masakan atau cara bercucuk tanam tanpa penampilan wajah. Hanya tunjuk cara dan kaedah sahaja mampu menjadikan video itu disukai dan seterusnya mendapatkan pengikut setia yang sedia menanti video baharu daripada anda!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.hasrulhassan.com/2023/09/tips-main-tiktok-untuk-dapatkan-ribuan.html