Tips Kecutkan Jerawat
Hai semua ya ya yaaaa, Che Sar kembali bersiaran. Ni haa nak cerita pasal jerawat. Jerawat oh jerawat.
Kalau tahi lalat, manis juga kan? Tapi ini jerawat! Oh tidak!
Wanita memang tak terlepas daripada masalah jerawat. Terutama apabila datang bulan, pasti ada seketul atau beberapa ketul yang akan tumbuh menghiasi wajah. Alkisahnya Che Sar pula ditumbuhi jerawat ketika nak pergi travel. Setiap kali nak travel mesti masa itula dia nak keluar. Sibuk saja dia nak ikut, rosak semua gambar hmmm.
Semua wanita kalau boleh memang nak katakan TIDAK pada jerawat ini. Maklumlah, sebutir jerawat pun boleh membuatkan emosi kita jadi tak stabil kan? Aaaargh stress okeh. Macam-macm benda kita akan usahakan untuk mengecutkan jerawat yang baru nak tumbuh ini tanpa tinggalkan parut.
Pantang toknenek nombor satu, jerawat jangan sesekali dipicit-picit untuk mengelakkan berparut hitam dan hodoh dan semestinya susah nak hilang. Tapi tangan kita ni memang tak boleh duduk diam kan? Mesti nak usik-usik jerawat tu, jadi geram pula lebih-lebih lagi bila jerawat tu membengkak dan menguning.
Petua orang tua
Dulu-dulu petua orang tua nak kecutkan jerawat pakai serbuk kulit kayu manis. Bukan sahaja boleh kecutkan jerawat, tetapi amalan ini jika dibuat secara konsisten memang boleh hilangkan parut degil yang berleluasa di wajah anda. Dah la murah dan menjimatkan serta bersifat alami tiada bahan-bahan kimia yang merbahaya.
Untuk hilangkan parut yang degil dan nak kecutkan jerawat baru tumbuh tanpa tinggal parut mudah saja. Kulit kayu manis cuma 3 batang dan sedikit bedak sejuk. Tak perlu tunggu semalaman nak guna. On the spot lepas siap, terus guna. Bajet bawah RM3.00, bedak sejuk RM2.50 sahaja.
Step1 – Tumbuk sampai jadi serbuk kulit kayu manis. Serbuk ini boleh blend guna blender kering. Nak jaga pun mudah. 3 batang dapatlah tahan dekat sebulan. Bukan pakai banyak pun.
Step2 – Ambil 5-10 biji bedak sejuk dan ambil setengah sudu kecil serbuk kulit kayu manis campur dengan air dan terus tempek di tempat yang ada jerawat yang baru timbul then tempat parut-parut. Tunggu sampai kering dan bilas. Esuk pagi confirm jerawat kecut (jerawat baru).
2 step sahaja, mudahkan? Cara ni muka pedih sikit tapi percaya la mujarab. Pedih dalam 2 minit awal saja tapi lepas tu kalian boleh tidur dengan lena hehehe. Lapik lah bantal tu dengan kain batik, nanti berpeta-peta benua Afrika hahaha.
Malas lah!
Ish kakak-kakak ni, nak cantik mana boleh malas-malas. Ok lah ada satu lagi solusi bagi yang pemalas tapi nak cantik. Che Sar pun malas juga haha. Sebenarnya lebih kepada tiada masa. Kalian boleh beli benda alah ni. Cari saja kat farmasi, nama dia “Acne Patch”. Plaster jerawat gitu, tempek sahaja kat jerawat kita, wallah selesai.
Ni lah dia rupa plaster jerawat tu.
Plaster ni lutsinar tau, kakak-kakak bersihkan wajah dahulu, keringkan wajah dan tempek di atas jerawat sebelum makeup. Selepas dah tempek, kakak-kakak boleh makeup macam biasa. Senangkan? Bila pakai plaster ni, kuranglah aktiviti gatal tangan menggentel jerawat tu kan. Dia duduk diam-diam saja bawah plaster tu hehehe.
Tadda beginilah rupanya selepas ditempek.
Satu plaster boleh bertahan selama 12 jam maksimum, jadi kakak-kakak boleh tukar setiap 12 jam atau sebelum dari tu. Plaster ini akan menyedut nanah dan mengecutkan jerawat dengan cepat, macam magik. Jadi bila dah nampak plaster tu semakin memutih, bermakna dah penuh dengan nanah. Jadi kakak-kakak hanya perlu cabut dan ganti dengan plaster yang baru sehingga jerawat sembuh, senang.
Ya, itu sahaja perkongsian Che sar kali ini, terima kasih kerana sudi mengikuti blog Che Sar. Selamat mencuba dan semoga bertemu kembali di lain entri. Nak cantik tak boleh malas-malas, janji tau.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.chesar.my/tips-kecutkan-jerawat/