Tips Jana Income Dengan Youtube
TIPS JANA INCOME DENGAN YOUTUBE - Selain blog (jana income dari Google Adsense atuu Nuffnang dan lelain) , YouTube juga boleh tambahkan pendapatan korang. Macam mana YouTube berfungsi dan macam mana nak jana income dengan YouTube?
TIPS JANA INCOME DENGAN YOUTUBE
Ada ke TIPS JANA INCOME DENGAN YOUTUBE ? Seriuss..Mummy pun baru je tahu yang kita boleh jana income dengan YouTube. Padahal dah 5 tahun bermain dengan YouTube yang asalnya nak simpan video personal dengan anak-anak je ! Tak sangka YouTube boleh tambahkan pendapatan mummy.
Otai-otai YouTube mengatakan INCOME dari YouTube ni agak lumayan. Kemungkinan, orang yang bayar iklan di YouTube pun agak mahal (pricey). Sebab tu kot bayaran YouTube Adsense lagi tinggi dari blog. Agaknyalah...mummy pun newbie je. Tak expert lagi bidang YouTube.
As usual, blog mummy is saharing is caring. Korang pun mesti nak tahu jugakan. Macam mana nak atau apa tips untuk jana INCOME dengan YouTube.
SYARAT YOUTUBE !
Pertama sekali korang mestilah ikut SYARAT YouTube. Ada akaun YouTube. Dan seterusnya WAJIB dapatkan :-
1. Kawan-kawan atau followers atau bahasa YouTube nya SUBSCRIBERS. Tidak kurang dari 1000 subscribers.
2. YouTube korang WAJIB ada orang tengok atau tonton sebanyak 4000 jam dalam masa 12 bulan. Sebulan aim 400 orang atau sehari lebih dari 100 orang tonton.
Sekarang ni, mummy lihat banyak group untuk support YouTube (jangan tanya mummy group apa, sebab mummy tak join pun).
Atau carilah geng YouTube untuk sesama bantu.
Susah juga kan !
Bagi mummy... semua ini adalah REZEKI. Kalau Allah nak bagi, DIA boleh bagi dalam pelbagai bentuk.
Kalau dia tak nak bagi. Sekejap je dia boleh TARIK nikmat yang ada.
Ianya bergantung pada rezeki.
Macam mummy, tak pernah impikan dan tak pernah tahu pasal INCOME dari YouTube ni sehingga ada 1 masa mummy belek YouTube setting linked dengan GOOGLE ADSENSE BLOG tup tup dapat email approve.
Mungkin di sebabkan mummy dah sedia ada GOOGLE ADSENSE (blog). Dan, feature nya sudah sedia adalah dalam YouTube mummy.
Ada juga mummy ada hantar pertanyaan kepada YouTube untuk mengesahkan sama ada YouTube mummy di Monetisation atau tidak. Sebab macam tak berapa faham sangat dengan YouTube. Alhamdulillah team YouTube sedia membantu dan menjawab persoalan mummy dengan kadar segera. So, korang yang nak tanya apa-apa. Boleh tanya ke YouTube juga.
Oh ya ! Untuk play safe, sewaktu masukkan lagu dalam YouTube. Korang carilah lagu NON COPYRIGHT. Sebab, income korang tak akan di kira jika vidoe korang ada copyright.
INCOME YouTube di kira dari segi tontonan dan yang NO COPYRIGHT sahaja !
Untuk selanjutnya, korang boleh baca penerangan dari Youtube di sini: https://youtube-creators.googleblog.com/2018/01/additional-changes-to-youtube-partner.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azlindaalin.com/2018/12/tips-jana-income-dengan-youtube.html