Tips Hilangkan Dan Merawat Melecur Tangan Kena Air Sup Panas
Tips Hilangkan dan Merawat Melecur Tangan Kena Air Sup PanasTips Hilangkan dan Merawat Melecur Tangan Kena Air Sup Panas | Jika melecur jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan lain-lain di tempat tu.
Tips Hilangkan Melecur
1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik). Kekal tenang, tak usah panik.
2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.
3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.
4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.
5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.
Tips Hilangkan dan Merawat Melecur Tangan Kena Air Sup PanasIni kisah tangan saya melecur kena sup panas.
Saya ingin keluarkan ayam yang direbus untuk masukkan ke dalam ais supaya ia kekal lembut sebelum saya ke sekolah. Disebabkan itu saya membuka tudung periuk tersebut tanpa terlebih dahulu pastikan tekanan periuk tersebut telah keluar sepenuhnya.
Periuk tersebut seolah-olah meletup dan kuahnya keluar mengena keseluruhan tangan kiri saya sehingga ke pergelangan tangan.
Saya terus ke singki dan alirkan air paip dengan banyaknya. Kemudian saya duduk seketika di ruang tamu tetapi bisa kesakitan itu seolah- olah terus datang menyengat saya. Memang sakit teramat sangat. Saya kemudian bergerak pantas mencari Krim Pelbagai Guna Herbal Blend supaya merasa lebih baik dan sejuk. Saya letak di keseluruhan tangan kiri saya.
Tidak lama kemudian sakit semakin berkurangan. Tangan akan sakit apabila disentuh dan berdenyut untuk beberapa hari. Saya hanya sapukan saja Krim Herbal Blend setiap masa supaya terasa sejuk dan mengurangkan kesakitan.
Kesakitan saya beransur kurang setelah 4 hari berlarutan dan kembali normal selepas itu.
Alhamdulillah dengan izin Allah saya tidak perlu ke klinik dan hanya berikhtiar dengan Krim Herbal Blend.
Nak dapatkan produk Shaklee?
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.uminazrah.com/2019/10/tips-hilangkan-dan-merawat-melecur-tangan.html